Sunday, February 22, 2009

Looking Foward


bunkface
aku minat vokal penyanyi kumpulan ini. power! faizal tahir baik-baik jgn sampai budak ni go solo! so far 3 track Situasi, Silly Lily dan terbaru Revolusi memang layan habis. Pengaruh punk rock Greenday, Sum 41 yang kental.



amylea
hopefully first album yang sudah diterbitkan akan bagi tuah buat gadis langkawi ini. Track Selepas Tiga dan Ku Temui ada potensi besar untuk meletup kalau radio push! plus dengan penyertaan beliau dalam OIAM 3 ni aku hope orang akan lebih appriciate bakat Amylea. Ape pun track Akan Tiba (Alif) untuk drama Rona Roni Makaroni sangat layan!




yuna
track deeper converstaion sangat sensual, aku suka. really looking foward to her debut. but yang kurang pasal yuna adalah originality. but masih relevan



farhan
aku agak tak sabar untuk debut Farhan. hopefully sound jazz yang menjadi pengaruh muziknya akan jadi tunggak kepada 1st album beliau nanti. so far 3 single yang ada tidak mengecewakan kecuali lagu ballad yang aku tak ingat tajuknya agak bosan. track kelmarin dan bukan mimpi layan.


komplot
ye, komplot tak payah ulang baca je entri yang lepas.


p/s: akan diupdate

Saturday, February 14, 2009

KOMPLOT - Konflik Metropolis


Aku tengah layan lagu ni sekarang! blend music rock n roll, jazz dan funk buat aku rasa band ni lain sikit berbanding band indie yang ada. Track Nora Zain pon layan abes! yeah yeah..

Tuesday, February 10, 2009

Siti Nurhaliza - Lantera Timur


Album: Siti Nurhaliza – Lantera Merah
Producer: Johari Teh, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki dan Pak Ngah.
Verdict: 3/5

Dah lama rasanya kita tak dengar lagu-lagu tradisional di radio maybe sebab siti pun dah lama tak keluar album tradisional. Tak salah aku album ini sepatutnya keluar selepas Transkripsi, but maybe belum cukup material, album Hadiah Daripada Hati keluar dulu. Tak kisah mana-mana dulu, yang kita semua tahu every year siti akan keluar album, sama atau lain itu belakang kira sebab peminat masih mahu Siti yang begitu.

Aku takkan ulas semua lagu yang ada hanya track2 yang aku fikir aku suka dan ada something. First track Di Kayangan Kita track ciptaan Johari Teh, ini hanya ada susunan melodi tradisional, kalau diubah jadi pop lagu ini akan jadi lagu pop lembik yang banyak kat radio, but I do like this track arrangement lagu ini menarik, flow disusun dengan cantik dan pasti ya, pasti disulam vokal Siti yang sedap. Ya, sedap!

Bintang Malam (Johan Nawawi, Amran Omar) amat catchy, sing along punya lagu. Namun tak menarik sangat. Track Ada Masa Mata (M. Nasir, Ad Samad) lebih memikat, aku sangat teruja seawal track ini dimulakan ada mood ala-ala lagu siam sikit. Sangat entertaining, baca lirik lagu ini bait:

“Ada masa masa Bukan dgn mata Nak menilai rupa Tetapi kerja hati Melihat dari pekerti”

Blend vokal, music dan lirik lagu ini sangat baik! Ini antara track yang buat aku tak kisah untuk ulang dengar. Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar, Zubir Ali) satu lagi track yang entertaining, ala-ala dondang sayang.

Senyum Minang Manis (Zul Mahat, Abot) sebuah fusion antara tradisional dan muzik disco yang moderate. Ini antara track yang aku harap memonopoli album ini gabungan moden dan tradisional yang bijak. Melodi Zul Mahat sangat hebat dibantu susunan muzik yang fresh.

Ada beberapa track lain dalam album ini hasil ciptaan, Pak Ngah, Fauzi Marzuki, Katon Bagaskara dll. Track seperti Di Taman Teman dan Jelmakanlah Ayumu antara track yang tak musathil untuk meletup di radio, but personally aku sangat terpikat dengan track Ada Masa Mata dan Senyum Minang Manis, ada suntikan moden dan improvisasi yang baik untuk sebuah lagu berentak tradisional,

overall ini bukan sebuah album yang full of surprise masih ada elemen2 dalam album tradisional Siti yang lepas, but please dengar dua track yang aku sangat recommended itu!

Saturday, February 7, 2009

Nikki - Hawa



Album: Nikki - Hawa
Executive Producer: Michael Ang / Vernon Kedit
Verdict: 5/5


Nikki is back dan dia kembali dengan satu produk pop yang jauh meninggalkan muzik pop lapok yang berlambak dipasaran. Maharani (album pertama Nikki) menurut aku antara produk pop yang amat fresh dipasaran but malang skali tak banyak lagu dalam album tersebut diexpose selain Caramu. dan apa yang paling mengecewakan aku adalah album tersebut langsung tak mendapat tempat di AIM. so kita taulah yang AIM still mahu pop lapok yang berlambak dipasaran (rujuk - Siti Nurhaliza, Misha Omar).

Hawa dimulakan dengan track CANTIK (Audi Mok / Amylea) yes lagu ini memang cantik, ada groove dan fresh. fast number yang ada mood Caramu. TAK PERLU (Audi Mok / Faizal Tahir / Rafidah Abdullah) pula pantas buat aku ingat melodi Umbrella Rihanna. Sekali lagi melodi Audi Mok jauh meninggalkan ramai komposer2 yang ada di Malaysia. mengingatkan aku pada karya - karya Stargate.

SELAMAT TINGGAL (Pam Yuen / Imran) bermula dengat sangat warm dan sangat deep, perdengarkan kelainan vokal Nikki dalam lagu ini, first time dengar di radio aku memang tak cam this is nikki sampai dj radio bagitau ini lagu Nikki. Selamat Tinggal menurut aku adalah melodi ballad yang sangat fresh dan impresif. track seperti ni adalah antara track yang aku boleh ulang dengar lagu ni berkali-kali tanpa jemu. HAWA (Kieran Kuek / Mode) ada potensi untuk menjadi sehebat Caramu, hopefully this is one of the track yang aku harap orang tak lupakan talent sehebat Nikki.

BABY BABY (Nurfatima /Nikki) adalah lagu pertama dalam album ini yang aku ulang dengar lebih 3 kali sebelum ke track berikutnya. powerfull! omy goodness lagu ini sound so international and the arrangement really really good. Sebuah ballad yang mengancam! vokal nikki sangat jelas dan aku sangat puas! OH! MY (Audi Mok / Ad Samad) ada sentuhan classical, blend vocal nikki dan melodi ini sangat tersendiri dan aku tak rasa lagu ini akan jadi hebat jika ditangani penyanyi lain. Ibarat sebuah lagu yang dicipta untuk sebuah teater musikal, macam lagu-lagu Queen pun ada dan ada mood lagu Drama. serius sedap nak mampos!

BELASMU (Kierab Kuek / Mode) pula Mariah Carey abes! aku teringat lagu bye bye seawal intro track ini. RELAKAN (Ausi Mok / Nur Fatima) sekali lagi buat aku ingat rihanna, ada mood ala-ala lagu take a bow.rileks dan meyakinkan. vokal Nikki berada di tahap kawalan yang amat baik, tidak terlebih dan tidak kurang.

SEMALAM DAN SEBELUMNYA (Audi Mok / Ad Samad) ada sound jazz yang diblend dengan nuansa pop yang menarik, lagu ini mengingatkan aku pada track tiba-tiba (dayang) lagu semacam ini sepatutnya perlu ada banyak dipasaran atleast bila banyak kita dapat didik telinga pendengar-pendengar kita kepada satu karya yang bijak. PRETTY LIKE ME (Audi Mok / Nikki) track inggeris daripada track Cantik. BETARA SUKMA (Audi Mok / Ad Samad) sebuah melodi klasikal yang hebat! dengar kuasa vokal Nikki dalam track ini dan track ini ibarat sebuah intro yang baik sebelum masuknya track CINTA (Audi Mok / Azalea) lagu ini sangat wow! macam mana si audi boleh buat track sebijak ini aku tak tahu tapi sangat deep sound so jujur terasa agungnya cinta!

Overall ini adalah sebuah album pop yang harus menjadi paksi kepada penyanyi-penyanyi yang sedia ada dalam penerbitan album meraka. Gabungan pop, r&b, classical dan jazz dalam album ini menjadikan Hawa sebuah album yang sangat fresh! Seperti yang aku cakap album ini jauh meninggalkan album-album pop lapok yang ada dipasaran, guys please! aku mohon go and buy this album and listen! support. album ini sangat hebat, dan disaat aku dah bosan dengan muzik "indie band" yang bersepah dan SAMA, album ini mengubat telinga aku! album ini sangat different! sorry siti sorry misha korang lapok!

p/s: tq nikki, audi & vernon for producing a very very good product!

Monday, February 2, 2009

Music Influence Vol.1: Azlan Abu Hassan

Ada banyak benda yang special tentang melodi yang ditulis Azlan, ada yang berpendapat banyak lagu yang beliau buat terlalu cliche sekali dengar dah tau Azlan tapi bagi aku itu adalah signature seseorang composer macam jugak dengar babyface, dia buat lagu untuk siapa pun kadang kita boleh agak yang lagu tu babyface yang buat. so aku takde masalah sangat dengar benda yang cliche sebab apapun yang kita buat pasti berulang atas dasar suka dan kelebihan yang ada. melodi Azlan jarang buat aku rasa gagal untuk ulang dengar, but frankly aku betul-betul minat nak tahu dan ikut karya beliau sejak Selamanya - Innuendo. one of my all time fav track dari Azlan. dan lepas tu aku terus dengar beberapa track yang beliau bikin antarnya Ceria Kembali by Shawn Baharin, Ku Izinkan Kasih - Camelia etc. Dedebu Cinta - Misha Omar adalah antara track yang aku dengar sekali dan bosan. so kat sini beberapa track yang aku rasa benar-benar beri impact untuk aku dengar tanpa jemu:


1) SEKIAN LAMA
melodi lagu ini sangat powerful. Siti beri nyawa pada track ini. aku tak pasti tapi mungkin lagu ini custom made untuk siti sebab aku tak dapat bayang ada penyanyi lain yang boleh bawa lagu ini sehebat siti.


2) FANTASI SEBUAH CINTA
ini antara track yang aku harap boleh jadi hits dari album adibah noor, sebab aku rasa melodi lagu ini lebih hebat berbanding Terlalu Istimewa tapi maybe weight lagu ini agak berat dan bukan radio friendly buat lagu ni tercicir dari masuk carta radio but that is not the point, lagu ni dah berusia lebih kurang hampir 3 tahun sejak album Adibah Noor dipasaran but bagi je bila-bila masa, aku masih boleh layan.


3) SELAGI BERTAHAN
jac bagi aku agak over do dalam lagu ini sebab ada similarity lagu ini dengan Fantasi Sebuah Cinta, which aku rasa akan lebih soul kalau Adibah Noor yang bawa. but this still one of his best work.


4) GEMAWAN
again kita cakap pasal soul. deep lagu ini ditangani hebat oleh group (bukan boy band!) hebat dunia (yes dunia sebab bila dengar kadang-kadang diorang lebih hebat dari boys2men haha..) lagu ini dibuka dengan deep suara Taj yang sangat menawan dan Raymee diletak di tengah lagu untuk bagi impact lagu ini menaik dan menaik. dan lagu ini di akhiri dengan sungguh cantik. ok i should stop. hebat!


5) SELAMANYA
lagu ini bagi trofi AIM buat Azlan. and he deserved to win.this i sthe first song yang buat aku minat karya Azlan.


6) MALIS CINTA
ok first time dengar lagu ni tak dapat tangkap ini adalah lagu Azlan. sebab sound lain sikit macam aku tak sangka dia buat lagu Elegi Sepi (Azharina) sanagt lain. Ini antara track favourite aku dalam banyak-banyak lagu Sarah. perkataan 'malis' tu sendiri dah memikat aku. haha.. lagu ni berat. petikan piano awal lagu ini sangat berhantu, aku boleh ulang dengar intro je berulang kali before dengar the whole song.


7) SINARAN
sejujurnya tak banyak lagu rancak yang azlan cipta best. but this track dah jadi sebahagian daripada siapa Sheila Majid sebenarnya dan baru tahun lepas aku sedar yang lagu ini dicipta Azlan. melodi sangat 80`s but still relevan untuk didengar hingga kini. lagu paling fun untuk dijadikan penutup siri karaoke bersama teman-teman haha..


8) IZINKU PERGI
lagu ni dah jadi anthem kaer. sebut saja kaer this song akan paling diingati. melodi lagu ini sangat sedap tapi kalau tempo lagu ini di slow sedikit akan beri impact yang lebih (sekadar pendapat) bukan yang terbaik dari azlan tapi antara yang sedap.


9) KIBLATKU
track daripada Hazami, lagu ni ada mood babyface haha.. ada unsur dakwah sket la bila hazami buat lirik yang ada unsur ketuhanan, its a nice song


10) KUTEMUI
sekali dengar dah tahu lagu ni lagu azlan. but still one of his best. dengar solo piano ditengah lagu ni. fantastic! and kesederhanaan vocal amylea buat aku melayang.

Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia


Album: Butterfingers -Selamat Tinggal Dunia
Producer: Butterfingers
Verdict: 5/5

Ye agak lambat untuk review album ni. Bukan apa aku cuma rasa album baru mereka - Kembali tak sekuat album ni. Bagi aku bila kita beli cd tentu skali nak dapat kepuasan maksima muzik, lirik yang genius, susunan yang impresif, kualiti kulit album yang cantik dan paling penting berbaloi dengan harga yang dibayar. dan jarang aku dapat semua tu. tapi kali ini aku betul-betul puas dan kagum dengan hasil kerja loque dan rakan-rakan butterfingers. album ini amazing!

dimulakan dengan track "NGILU" yang sangat sempoi dan seronok didengar. lagu begini pula dah jadi anthem butterfingers. track kedua betul-betul buat aku kagum! "DAULAT TUANKU" track ini mengambil durasi hampir sepluh minit dan bila habis sahaja lagu ini buat aku rasa nak tepuk tangan. sangat experimental dan lain daripada apa yang kita selalu dengar di radio. track macam inilah perlu selalu dj radio kita pasang selalu untuk mendidik rakyat malaysia celik muzik! "C U A I" sangat entertaining. aku boleh ulang dengar lagu ini banyak kalo dengan lirik yang sangat genius."...salahkah aku berasa serba salah, salahkahku bermasalah.." track empat adala instrumental yang sangat experimental "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA" aku boleh layan lagu ini sambil membayangkan bagaimana kalau videoklipnya akan terhasil dengan begitu hebat! huhu... lagu ini sangt hebat menurut aku.

"KABUS RIBUT" dan "SELAMAT TINGGAL DUNIA" lebih relax berbanding empat track terawal. "MERPATI SEJOLI" sangat kool. dan untuk pengetahuan semua disebabkan lagu inilah album ini diband oleh ramai wartawan di malaysia mana tak nya cuba baca lirik sinikal mereka dalam lagu ini

"...wartawan hiburan pondan homoseksual merpati sejoli hari-hari geli-geli.." fuyooo! tabik untuk mereka kerana tak pernah takut wartawan huhu..

album ini diteruskan dengan trak favourite aku "HANYUT" yang ada sedikit elemen rnb blues di dalamnya. album ini ditutup dengan track "TENTANG TENTANG" yang merupakan melodi asal "geylang si paku geylang" skali lagi lirik lagu ini bercerita tentang jati diri, patriotisme yang sangat kuat!

"Selamat Tinggal Dunia" lebih dari sekadar untuk dengar dan enjoy tetapi buat aku berfikir. album ini umpama sebuah journey seorang manusia tentang perjalanan hidup dengan persekitaran yang ada sekeliling kita. aku dapat bayangkan jika album ini sebuah filem indipendent ia akan jadi hasil yang sangat hebat.

Album ini dikeuarkan sekitar 2005 dan pada pandangan aku AIM2006 yang lepas album ini adalah yang terlayak merangkul album terbaik namun tewas ditangan Spider -Nazraku yang sangat pop. album begini mampu mengajar orang malaysia tentang bagaimana muzik yang bagus itu sebenarnya. buy this album kalau tak dengar pon bacalah lirik-lirik dalam semua lagu.