Monday, February 2, 2009

Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia


Album: Butterfingers -Selamat Tinggal Dunia
Producer: Butterfingers
Verdict: 5/5

Ye agak lambat untuk review album ni. Bukan apa aku cuma rasa album baru mereka - Kembali tak sekuat album ni. Bagi aku bila kita beli cd tentu skali nak dapat kepuasan maksima muzik, lirik yang genius, susunan yang impresif, kualiti kulit album yang cantik dan paling penting berbaloi dengan harga yang dibayar. dan jarang aku dapat semua tu. tapi kali ini aku betul-betul puas dan kagum dengan hasil kerja loque dan rakan-rakan butterfingers. album ini amazing!

dimulakan dengan track "NGILU" yang sangat sempoi dan seronok didengar. lagu begini pula dah jadi anthem butterfingers. track kedua betul-betul buat aku kagum! "DAULAT TUANKU" track ini mengambil durasi hampir sepluh minit dan bila habis sahaja lagu ini buat aku rasa nak tepuk tangan. sangat experimental dan lain daripada apa yang kita selalu dengar di radio. track macam inilah perlu selalu dj radio kita pasang selalu untuk mendidik rakyat malaysia celik muzik! "C U A I" sangat entertaining. aku boleh ulang dengar lagu ini banyak kalo dengan lirik yang sangat genius."...salahkah aku berasa serba salah, salahkahku bermasalah.." track empat adala instrumental yang sangat experimental "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA" aku boleh layan lagu ini sambil membayangkan bagaimana kalau videoklipnya akan terhasil dengan begitu hebat! huhu... lagu ini sangt hebat menurut aku.

"KABUS RIBUT" dan "SELAMAT TINGGAL DUNIA" lebih relax berbanding empat track terawal. "MERPATI SEJOLI" sangat kool. dan untuk pengetahuan semua disebabkan lagu inilah album ini diband oleh ramai wartawan di malaysia mana tak nya cuba baca lirik sinikal mereka dalam lagu ini

"...wartawan hiburan pondan homoseksual merpati sejoli hari-hari geli-geli.." fuyooo! tabik untuk mereka kerana tak pernah takut wartawan huhu..

album ini diteruskan dengan trak favourite aku "HANYUT" yang ada sedikit elemen rnb blues di dalamnya. album ini ditutup dengan track "TENTANG TENTANG" yang merupakan melodi asal "geylang si paku geylang" skali lagi lirik lagu ini bercerita tentang jati diri, patriotisme yang sangat kuat!

"Selamat Tinggal Dunia" lebih dari sekadar untuk dengar dan enjoy tetapi buat aku berfikir. album ini umpama sebuah journey seorang manusia tentang perjalanan hidup dengan persekitaran yang ada sekeliling kita. aku dapat bayangkan jika album ini sebuah filem indipendent ia akan jadi hasil yang sangat hebat.

Album ini dikeuarkan sekitar 2005 dan pada pandangan aku AIM2006 yang lepas album ini adalah yang terlayak merangkul album terbaik namun tewas ditangan Spider -Nazraku yang sangat pop. album begini mampu mengajar orang malaysia tentang bagaimana muzik yang bagus itu sebenarnya. buy this album kalau tak dengar pon bacalah lirik-lirik dalam semua lagu.

No comments:

Post a Comment