Monday, February 2, 2009

Music Influence Vol.1: Azlan Abu Hassan

Ada banyak benda yang special tentang melodi yang ditulis Azlan, ada yang berpendapat banyak lagu yang beliau buat terlalu cliche sekali dengar dah tau Azlan tapi bagi aku itu adalah signature seseorang composer macam jugak dengar babyface, dia buat lagu untuk siapa pun kadang kita boleh agak yang lagu tu babyface yang buat. so aku takde masalah sangat dengar benda yang cliche sebab apapun yang kita buat pasti berulang atas dasar suka dan kelebihan yang ada. melodi Azlan jarang buat aku rasa gagal untuk ulang dengar, but frankly aku betul-betul minat nak tahu dan ikut karya beliau sejak Selamanya - Innuendo. one of my all time fav track dari Azlan. dan lepas tu aku terus dengar beberapa track yang beliau bikin antarnya Ceria Kembali by Shawn Baharin, Ku Izinkan Kasih - Camelia etc. Dedebu Cinta - Misha Omar adalah antara track yang aku dengar sekali dan bosan. so kat sini beberapa track yang aku rasa benar-benar beri impact untuk aku dengar tanpa jemu:


1) SEKIAN LAMA
melodi lagu ini sangat powerful. Siti beri nyawa pada track ini. aku tak pasti tapi mungkin lagu ini custom made untuk siti sebab aku tak dapat bayang ada penyanyi lain yang boleh bawa lagu ini sehebat siti.


2) FANTASI SEBUAH CINTA
ini antara track yang aku harap boleh jadi hits dari album adibah noor, sebab aku rasa melodi lagu ini lebih hebat berbanding Terlalu Istimewa tapi maybe weight lagu ini agak berat dan bukan radio friendly buat lagu ni tercicir dari masuk carta radio but that is not the point, lagu ni dah berusia lebih kurang hampir 3 tahun sejak album Adibah Noor dipasaran but bagi je bila-bila masa, aku masih boleh layan.


3) SELAGI BERTAHAN
jac bagi aku agak over do dalam lagu ini sebab ada similarity lagu ini dengan Fantasi Sebuah Cinta, which aku rasa akan lebih soul kalau Adibah Noor yang bawa. but this still one of his best work.


4) GEMAWAN
again kita cakap pasal soul. deep lagu ini ditangani hebat oleh group (bukan boy band!) hebat dunia (yes dunia sebab bila dengar kadang-kadang diorang lebih hebat dari boys2men haha..) lagu ini dibuka dengan deep suara Taj yang sangat menawan dan Raymee diletak di tengah lagu untuk bagi impact lagu ini menaik dan menaik. dan lagu ini di akhiri dengan sungguh cantik. ok i should stop. hebat!


5) SELAMANYA
lagu ini bagi trofi AIM buat Azlan. and he deserved to win.this i sthe first song yang buat aku minat karya Azlan.


6) MALIS CINTA
ok first time dengar lagu ni tak dapat tangkap ini adalah lagu Azlan. sebab sound lain sikit macam aku tak sangka dia buat lagu Elegi Sepi (Azharina) sanagt lain. Ini antara track favourite aku dalam banyak-banyak lagu Sarah. perkataan 'malis' tu sendiri dah memikat aku. haha.. lagu ni berat. petikan piano awal lagu ini sangat berhantu, aku boleh ulang dengar intro je berulang kali before dengar the whole song.


7) SINARAN
sejujurnya tak banyak lagu rancak yang azlan cipta best. but this track dah jadi sebahagian daripada siapa Sheila Majid sebenarnya dan baru tahun lepas aku sedar yang lagu ini dicipta Azlan. melodi sangat 80`s but still relevan untuk didengar hingga kini. lagu paling fun untuk dijadikan penutup siri karaoke bersama teman-teman haha..


8) IZINKU PERGI
lagu ni dah jadi anthem kaer. sebut saja kaer this song akan paling diingati. melodi lagu ini sangat sedap tapi kalau tempo lagu ini di slow sedikit akan beri impact yang lebih (sekadar pendapat) bukan yang terbaik dari azlan tapi antara yang sedap.


9) KIBLATKU
track daripada Hazami, lagu ni ada mood babyface haha.. ada unsur dakwah sket la bila hazami buat lirik yang ada unsur ketuhanan, its a nice song


10) KUTEMUI
sekali dengar dah tahu lagu ni lagu azlan. but still one of his best. dengar solo piano ditengah lagu ni. fantastic! and kesederhanaan vocal amylea buat aku melayang.

3 comments:

  1. aku penah dengar seseorang yang bawak lagu sinaran mungkin lebih baek dr shiela majid... huhuhu... u know who... ( kor..)

    ReplyDelete
  2. I like Azlan's Dingin & Lara (Ziana Zain)

    ReplyDelete