Tuesday, February 10, 2009

Siti Nurhaliza - Lantera Timur


Album: Siti Nurhaliza – Lantera Merah
Producer: Johari Teh, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki dan Pak Ngah.
Verdict: 3/5

Dah lama rasanya kita tak dengar lagu-lagu tradisional di radio maybe sebab siti pun dah lama tak keluar album tradisional. Tak salah aku album ini sepatutnya keluar selepas Transkripsi, but maybe belum cukup material, album Hadiah Daripada Hati keluar dulu. Tak kisah mana-mana dulu, yang kita semua tahu every year siti akan keluar album, sama atau lain itu belakang kira sebab peminat masih mahu Siti yang begitu.

Aku takkan ulas semua lagu yang ada hanya track2 yang aku fikir aku suka dan ada something. First track Di Kayangan Kita track ciptaan Johari Teh, ini hanya ada susunan melodi tradisional, kalau diubah jadi pop lagu ini akan jadi lagu pop lembik yang banyak kat radio, but I do like this track arrangement lagu ini menarik, flow disusun dengan cantik dan pasti ya, pasti disulam vokal Siti yang sedap. Ya, sedap!

Bintang Malam (Johan Nawawi, Amran Omar) amat catchy, sing along punya lagu. Namun tak menarik sangat. Track Ada Masa Mata (M. Nasir, Ad Samad) lebih memikat, aku sangat teruja seawal track ini dimulakan ada mood ala-ala lagu siam sikit. Sangat entertaining, baca lirik lagu ini bait:

“Ada masa masa Bukan dgn mata Nak menilai rupa Tetapi kerja hati Melihat dari pekerti”

Blend vokal, music dan lirik lagu ini sangat baik! Ini antara track yang buat aku tak kisah untuk ulang dengar. Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar, Zubir Ali) satu lagi track yang entertaining, ala-ala dondang sayang.

Senyum Minang Manis (Zul Mahat, Abot) sebuah fusion antara tradisional dan muzik disco yang moderate. Ini antara track yang aku harap memonopoli album ini gabungan moden dan tradisional yang bijak. Melodi Zul Mahat sangat hebat dibantu susunan muzik yang fresh.

Ada beberapa track lain dalam album ini hasil ciptaan, Pak Ngah, Fauzi Marzuki, Katon Bagaskara dll. Track seperti Di Taman Teman dan Jelmakanlah Ayumu antara track yang tak musathil untuk meletup di radio, but personally aku sangat terpikat dengan track Ada Masa Mata dan Senyum Minang Manis, ada suntikan moden dan improvisasi yang baik untuk sebuah lagu berentak tradisional,

overall ini bukan sebuah album yang full of surprise masih ada elemen2 dalam album tradisional Siti yang lepas, but please dengar dua track yang aku sangat recommended itu!

2 comments: