Sunday, March 29, 2009

OH MY GERAMNYA-KU...


Sebelum melangkah ke dalam Concorde Hotel last week untuk pc AIM dalam otak aku ada beberapa album yang aku harap akan menominasi AIM kali ini dan judul-judul album yang aku harap dan jangkakan adalah:

1) NIKKI - HAWA
2) YASIN - ARUS QUDUS
3) BUTTERFINGERS - KEMBALI
4) HUJAN - self titled
5) AMYLEA - SELEPAS 3
6) ESTRELLA - self titled

As usual it happen again dan AIM tak kan pernah berubah. dalam 5 judul di atas hanya Hujan dan Butterfingers sahaja yang betul-betul dapat nominasi yang aku harapkan. Buat aku ingat last year, betapa aku mengharap album Sangkar - Atilia akan doing well in the award namun hanya sangkut untuk kategori Video Klip sahaja.

Frankly speaking aku memang mengharap this year album Hawa - Nikki akan dapat kuasai nominasi teratas especially untuk Vokal,Album Pop, Lagu Pop (Selamat Tinggal - what a beautiful ballad), Rakaman Album dan pastinya untuk kategori Album Terbaik.

Manakala untuk Yasin aku harapkan dapat nominasi album Pop Etnik dan Vokal Lelaki serta Vokal Duo / Group terbaik untuk track Hampir Padamu (Duet Arnieza) Manakala Amylea sudah pasti untuk Artis Baru Terbaik dan Vokal Wanita.

Tapi itu hanya angan-angan pendengar yang tak punya sijil dalam muzik. Maka dengan itu semua bijak pandai dalam industri muzik yang diketuai terpaling bijak pandai Ramli MS (orang yang bertanggungjawab melahirkan Mas AF2, Mama Rina AF6 dan ahli kumpulan nasyid yang aku tak ingat namanya tapi dalam AF 6 jugak - fikirkan sejenak). Dan dalam pengetahuan aku, Ramli MS adalah music director dan orang yang banyak bertugas untuk Hetty Koes Endang (ya mungkin pengetahuan aku cetek tentang beliau) dan terbaru sebagai penerbit album Misha Omar.

Point-point diatas adalah bahan fikir aku mengapa Ramli MS, kan kita ada Aubrey Suwito yang bagi aku adalah Music Director terbaik di Malaysia. Ok fine, kalau tak nak Aubrey Suwito sebab dia banyak menyumbang dalm lagu-lagu artis Malaysia (Ayu, Faizal Tahir, Sheila etc) aku ada cadangan satu lagi nama sebagai ketua juri, which is Syafinaz Selamat. kenapa Syafinaz?



1) Syafinaz adalah seorang penyanyi yang baik dan Beliau seorang Pensyarah Vokal berpengalaman
2) Syafinaz adalah seorang pemuzik yang bermain instrumen dan seorang Pensyarah Muzik yang mengajar lebih dari satu institusi, dan pengalaman ini diambil kira untuk seorang yang bergaul dengan golongan-golongan muda yang mendengar muzik yang fresh dan sentiasa mahu sesuatu yang fresh.
3) Secara peribadi yang paling penting Syafinaz adalah seorang pengkritik yang matang (rujuk dan dengar semua point2 kritikan beliau di OIAM sangat accurate) dan beliau tahu apa yang bagus, apa yang current, fresh dan apa yang industri perlu untuk menjadi setanding dengan negara-negara lain paling tidak indonesia.

dan point-point di atas tak dipandang maybe kerana Syafinaz bukan Music Director anugera-anugerah kelas satu di Malaysia, bukan Pengetua AF selama dua kali dan tidak juga menerbitkan album Misha Omar. Bukan Ramli MS tak bagus dan siapalah aku nak mengkritik Ramli MS. Namun anjakan yang agresif diperlukan untuk selamatkan industri muzik daripada terus mengiktiraf lagu-lagu seperti Dingin, Cinta Adam dan Hawa (rujuk calon lagu pop terbaik) yang kita dah dengar dari tahun ke tahun -komposisi yang sama. Bukan lagu tersebut tidak bagus dan tak sedap plus aku adalah peminat lagu-lagu ciptaan Azlan Abu Hassan namun tidak fresh dan terus menggunakan formula yang sama.

Cuba kita ulang balik sejarah lagu-lagu pop yang pernah menang kategori Lagu Terbaik, yang aku ingat Jerat Percintaan (Siti) Selamanya (Innuendo) Selagi Ada (Ning) Aku Cinta Aku Rindu (ajai&nurul) Izinkan Ku Pergi (Kaer) Ada beza tak agak-agaknya dalam lagu-lagu yang menang? tak ada! semua menggunakan formula yang hampir sama dan paling penting semuanya popular.

Satu lagi yang aku tak setuju sejak sekian lama adalah mengapa kategori Album Terbaik harus mengikut kategori muzik, mengapa tidak dipilih secara detail dan teliti album apa yang betul-betul layak dicalonkan untuk album terbaik, maksud aku kita ikut formula Grammy album terbaik dipilih tidak mengikut kategori muzik namun mengikut kualiti sesebuah album yang dipersembahkan.

Aku tak akan copy dan paste senarai calon buat masa ini sebab aku masih lagi geram, sebagai pendengar yang membeli album original aku rasa aku juga bijak dalam menilai antara muzik yang bagus, current atau muzik yang lapok dan popular semata.

and again Oh My Geramnya-ku...
(lirik Oh My by Nikki)

p/s: tq to vernon for the invitation. pray for Hawa untuk APM moga2 ada rezeki di sana.

Sunday, March 22, 2009

She`s DAMN GOOD!




Sejujurnya Amylea bukan favourite aku masa AF3 dulu sebab macam yang kita tahu AF3 dibanjiri banyak talent2 perempuan yang outstanding. Idayu, Marsha, Akma, Elliza antara yang punya character dalam nyanyian tersendiri. But as time goes by aku dapat lihat hanya Amylea yang betul2 serius untuk meneruskan usahanya menjadi penyanyi, penghibur dan pemuzik. Amylea faham apa yang dia mahu dan apa yang dia perlu lakukan untuk establish kan dirinya sebagai penyanyi yang creative dan bercitarasa tinggi. performance Amylea dalam OIAM Season 3 belum lagi mengecewakan aku. Original dan Creative perkataan yang tepat untuk Amylea.


p/s: dapatkan debut Amylea - Selepas 3 dipasaran!

Saturday, March 21, 2009

Tuesday, March 17, 2009

he does grip my soul.




Aku tak sempat tonton version live malam minggu hari tu, so bila ada ulangan satu siri pun aku tak lepas bukan apa, nak dengar dan lihat betul-betul mana yang ada potensi besar dan disaat semua orang go for Hafiz on the first concert. Ni pilihan aku, budak ni ada suara, ada style dan dia sangat selesa atas stage. Cuba dengar version mp3 yang boleh di download dimana-mana sekarang. Sorry hafiz u doesn't grip my soul that night!

p/s: akim buat aku teringat masa aku minat Kaer AF 2, dua-dua pun aku kagum.

Wednesday, March 11, 2009

dayang live



Album: Dayang Live
Producer: Jenny Chin
Verdict: 3.5/5


Aku tak berpeluang ke showcase Dayang ini but finally selepas berbulan-bulan ditunggu album live dayang ini menjengah pasaran. 13 track dirakam secara live di Planet Hollywood KL dan dirakam kemas oleh Alvin Koh & Jim Teh tanpa sound2 yang weird atau mungkin full of noise yang macam anda rakam melalui phone camera / mp3. Aku suka cover album ni, classic macam 80`s punya stail live album.

Kepuasan dalam mendengar vocal dayang adalah perkara utama mengapa album ini dinanti dan dayang tidak gagal, bagi aku disetiap track apa yang aku harapkan diberi dengan sepenuhnya. but to be frank aku sangat teruja mendengar nyanyian live nya dalam 4 track iaitu I BELIEVE I CAN FLY (R.Kelly) medley INGIN KUMILIKI / DAYANG SAYANG KAMU dan sudah pasti my all time favourite CALLIN YOU (Outlandish dengar nangis ok!) dan semestinya SEANDAINYA MASIH ADA CINTA.

keseluruhan susunan muzik dalam lagu-lagu yang ada digubah semula dengan nuansa yang agak jazzy (rujuk lagu tiga, medley sexyback) which is bagi aku sangat Jenny Chin.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu baru PULANG ciptaan Tris Zainol Abidin yang punya influence blues dan soul yang agal old fashion. Overall album ini belum mencapai tahap kualiti album live yang hebat but untuk enjoy dan puas dengan vokal dayang aku puas dan enjoy. Bukan apa, aku mengharapkan album ini come out dengan track yang lebih jumlahnya namun hanya ada 13 track namun masih ok.

so here some track that i wish she sing at the showcase:

*medley - gelora / sri bulan / saat yang bahagia
*medley - aku rindu aku jemu / sekali lagi
*andai kutahu
*medley - ku ingin mu kembali / seketika
*kasih
*sedingin mana cintamu
*medley listen / dangelrously in love
*biar akhirnya disini / beserah kasih





;)

Thursday, March 5, 2009

vidi aldiano - nuansa bening (Dahsyat,Bali)




Untuk yang belum pernah dengar Vidi, ini live show Vidi di Bali. enjoy
;)

Vidi Aldiano - Pelangi Di Malam Hari




Album: Vidi Aldiano - Pelangi Di Malam Hari
Producer: Lala Hamid -Andi Rianto, Erwin Gutawa, Tohpati
Verdict: 3/5


Vidi Aldiano dikatakan antara yang bakal menjadi terhip pada java jazz yang akan datang. artikel yang aku baca dalam laman web kompas beria-ia menyatkan Vidi adalah saingan kental Afgan. So tanpa buang banyak masa yang sememangnya tengah banyak ni aku terus cari dan download lagu daripada 1st debut Vidi.

NUANSA BENING merupakan single pertama album ini, masuk je intro aku dah dgr sound kental rnb mamat ni, layan habis, buat aku teringat track2 dari Craig David. korus lagu ni sangat haunting!. CINTA JANGAN KAU PERGI cover version daripada jazz singer milik Malaysia Sheila Majid, tak banyak yang berbeza dengan original version, arrangement asal dikekalkan dan hanya sedikit suntikan string dihujung.

CEMBURU MENGURAS HATI, KUNANTI CANDAMU dan KISAH KITA pula antara track mellow yang boleh bikin hits diradio, aku tak berapa bekenan sangat dengan melodi begini, terlalu perlahan. tpi kuasa vokal Vidi buat aku melayang. STATUS PALSU lebih funk. yang ini layan sket, even arrangement still lembik tapi masih relevan untuk telinga aku. Track AKU TERLENA adalah jawapan kenapa aku layan Vidi, lagu ini ada pengaruh muzik 7 days Craig David, funky and soothing, blend beat rnb dan jazz buat aku layan habis lagu ini.

Overall album ini just another rnb pop album yang biasa, (paling hampir dengan album Hiudp - Marcell) but again masih relevan untuk telinga aku, kalau anda jenis yang boleh enjoy dengan Afgan, Ressa Herlambang n Marcell this might be the album. esp for areed and airen ;)

Wednesday, March 4, 2009

wonder girl - nobody



Sensasi terbaru, hehe.. hot chicks dari Jepun, Wonder Girl serius first time tgk videoklip ini di MTV aku sangat teruja dengan lagu yang layan habis ni haha.. enjoy ;)

p/s: macam pcd la sket