Sunday, March 29, 2009

OH MY GERAMNYA-KU...


Sebelum melangkah ke dalam Concorde Hotel last week untuk pc AIM dalam otak aku ada beberapa album yang aku harap akan menominasi AIM kali ini dan judul-judul album yang aku harap dan jangkakan adalah:

1) NIKKI - HAWA
2) YASIN - ARUS QUDUS
3) BUTTERFINGERS - KEMBALI
4) HUJAN - self titled
5) AMYLEA - SELEPAS 3
6) ESTRELLA - self titled

As usual it happen again dan AIM tak kan pernah berubah. dalam 5 judul di atas hanya Hujan dan Butterfingers sahaja yang betul-betul dapat nominasi yang aku harapkan. Buat aku ingat last year, betapa aku mengharap album Sangkar - Atilia akan doing well in the award namun hanya sangkut untuk kategori Video Klip sahaja.

Frankly speaking aku memang mengharap this year album Hawa - Nikki akan dapat kuasai nominasi teratas especially untuk Vokal,Album Pop, Lagu Pop (Selamat Tinggal - what a beautiful ballad), Rakaman Album dan pastinya untuk kategori Album Terbaik.

Manakala untuk Yasin aku harapkan dapat nominasi album Pop Etnik dan Vokal Lelaki serta Vokal Duo / Group terbaik untuk track Hampir Padamu (Duet Arnieza) Manakala Amylea sudah pasti untuk Artis Baru Terbaik dan Vokal Wanita.

Tapi itu hanya angan-angan pendengar yang tak punya sijil dalam muzik. Maka dengan itu semua bijak pandai dalam industri muzik yang diketuai terpaling bijak pandai Ramli MS (orang yang bertanggungjawab melahirkan Mas AF2, Mama Rina AF6 dan ahli kumpulan nasyid yang aku tak ingat namanya tapi dalam AF 6 jugak - fikirkan sejenak). Dan dalam pengetahuan aku, Ramli MS adalah music director dan orang yang banyak bertugas untuk Hetty Koes Endang (ya mungkin pengetahuan aku cetek tentang beliau) dan terbaru sebagai penerbit album Misha Omar.

Point-point diatas adalah bahan fikir aku mengapa Ramli MS, kan kita ada Aubrey Suwito yang bagi aku adalah Music Director terbaik di Malaysia. Ok fine, kalau tak nak Aubrey Suwito sebab dia banyak menyumbang dalm lagu-lagu artis Malaysia (Ayu, Faizal Tahir, Sheila etc) aku ada cadangan satu lagi nama sebagai ketua juri, which is Syafinaz Selamat. kenapa Syafinaz?



1) Syafinaz adalah seorang penyanyi yang baik dan Beliau seorang Pensyarah Vokal berpengalaman
2) Syafinaz adalah seorang pemuzik yang bermain instrumen dan seorang Pensyarah Muzik yang mengajar lebih dari satu institusi, dan pengalaman ini diambil kira untuk seorang yang bergaul dengan golongan-golongan muda yang mendengar muzik yang fresh dan sentiasa mahu sesuatu yang fresh.
3) Secara peribadi yang paling penting Syafinaz adalah seorang pengkritik yang matang (rujuk dan dengar semua point2 kritikan beliau di OIAM sangat accurate) dan beliau tahu apa yang bagus, apa yang current, fresh dan apa yang industri perlu untuk menjadi setanding dengan negara-negara lain paling tidak indonesia.

dan point-point di atas tak dipandang maybe kerana Syafinaz bukan Music Director anugera-anugerah kelas satu di Malaysia, bukan Pengetua AF selama dua kali dan tidak juga menerbitkan album Misha Omar. Bukan Ramli MS tak bagus dan siapalah aku nak mengkritik Ramli MS. Namun anjakan yang agresif diperlukan untuk selamatkan industri muzik daripada terus mengiktiraf lagu-lagu seperti Dingin, Cinta Adam dan Hawa (rujuk calon lagu pop terbaik) yang kita dah dengar dari tahun ke tahun -komposisi yang sama. Bukan lagu tersebut tidak bagus dan tak sedap plus aku adalah peminat lagu-lagu ciptaan Azlan Abu Hassan namun tidak fresh dan terus menggunakan formula yang sama.

Cuba kita ulang balik sejarah lagu-lagu pop yang pernah menang kategori Lagu Terbaik, yang aku ingat Jerat Percintaan (Siti) Selamanya (Innuendo) Selagi Ada (Ning) Aku Cinta Aku Rindu (ajai&nurul) Izinkan Ku Pergi (Kaer) Ada beza tak agak-agaknya dalam lagu-lagu yang menang? tak ada! semua menggunakan formula yang hampir sama dan paling penting semuanya popular.

Satu lagi yang aku tak setuju sejak sekian lama adalah mengapa kategori Album Terbaik harus mengikut kategori muzik, mengapa tidak dipilih secara detail dan teliti album apa yang betul-betul layak dicalonkan untuk album terbaik, maksud aku kita ikut formula Grammy album terbaik dipilih tidak mengikut kategori muzik namun mengikut kualiti sesebuah album yang dipersembahkan.

Aku tak akan copy dan paste senarai calon buat masa ini sebab aku masih lagi geram, sebagai pendengar yang membeli album original aku rasa aku juga bijak dalam menilai antara muzik yang bagus, current atau muzik yang lapok dan popular semata.

and again Oh My Geramnya-ku...
(lirik Oh My by Nikki)

p/s: tq to vernon for the invitation. pray for Hawa untuk APM moga2 ada rezeki di sana.

7 comments:

  1. kalau tak silap aku pencalonan dibuat oleh syarikat rakaman dan album mestilah berada dalam pasaran dalam tempoh tertentu bagi melayakkan ianya tercalon dalam AIM tahun ni....

    cuba semak kelayakan tarikh edaran album bagi senarai di atas.. adakah memenuhi syarat AIM...?

    Aku setuju dgn points ko.. cuma the way u terangkan tentang ketu juri seolah2 Ramli M.S yang buat keputusan.... setahu saya yang tak berapa tahu... keputusan akan dibuat secara akredatasi permarkahan ke atas setiap calon (lagu, vokal & album) dan bukan terletak pada tangan seorang juri sahaja.

    dan setiap kategori akan mempunyai komuniti juri tersendiri... bukan semua juri boleh mengadili untuk semua kategori......!!!

    Ketua Juri akan melihat setiap pemarkahan dan duduk berbincang, berbahas dan bertekak bagi menentukan siapakah yang benar2 layak dalam kategori tersebut...

    tapi aku memang akui "mungkin" ada BIAS sebab juri-juri juga mempunyai peberet tersendiri....

    hasil markah akan di audit oleh juri bertauliah.....

    4 me.. aku lebih setuju juri2 adalah bukan dikalangan orang "popular" dan mestilah menjemput juri luar yang diiktiraf kepakarannya..... barulah nampak lebih telus... sbb kalau pikir balik.. Ramli M.S adalah produser eksekutif bagi album Misha... mungkinkah ada BIAS disitu...? hee..hee

    untuk cover line.. Misha tak tercalon untuk vokal.. kui..kuii

    apapun.... langkah proaktif dengan percalonan base on lagu adalah lebih baik dari album... dan sepatutnya dari dulu lagi... di situ kita bleh nampak kekuatan individu artis @ komposer itu..

    peace...!!!

    ReplyDelete
  2. hye...juz nak drop some comment...for me,apa yg hafiz cuba explain ada relevan nya sbb Ramli M.S mesti sangkut AIM setiap kali dia involved pada mana2 lagu dan album..juz look back into the previous AIM...album Ziana-Aku Cintakanmu, Gemilang-Jac and latest sekali Misha. Ramli M.S seorang musician yang mmg hebat and undeniable!!
    Keputusan juri adalah sesuatu yang tertakluk pada penilaian mereka tetapi sejak akhir2 ne, dari soal pemilihan pemenang dan nominasi..AIM tidak menampakkan perubahan dalam nominasi genre Pop...Album Nikki sejak Maharani was expected to be in AIM finalist till Hawa...me and all Nikki's FAN dah expect sejak awal lagi..tapi nak buat mcmana...xder rezeki...cuma yang tidak memuaskan hati... kualiti yang hebat dalam sesebuah album dipandang sebelah mata sahaja especially album baru Nikki...saya sangat kesal bila melihat senarai akhir nominasi AIM kali ini...
    Aku berani katakan Hawa adalah album terbaik atau ALL TIME POP ALBUM to date..meski x menang kat AIM sekalipun...x mengapa...setakat ini..kedua2 album Nikki tidak mengecewakan dan mendapat respon yang hebat...apapun saya banned AIM16 and i will not look forward for it...

    ReplyDelete
  3. kenapa lagu sampai disini by Misha boleh tercalon lagu pop ahh?aku x nampak pun kelebihan lagu tue...mgkn sbb Ramli M.S yg susun muzik lagu tue...

    ReplyDelete
  4. Dude, I was actually one of the judges for AIM for the past 15 years or so and I so understand what you mean...your frustration i mean. I wish one day me and you can sit down so that i can story you on the process.

    ReplyDelete
  5. thanx....i wont denied you as a judged but i had my own opinion also...its just a feeling and dissatisfaction expression..i would never deny if the final nominees was the best in ur evaluation...every single one have their own view...juz to remind...evry single year AIM came out with all their selected nominees can't ran from controversy...anyway,hope to see you too...honestly,i juz support my fav artist and i knew she never let us(fans) down with her magic...THANKSSSSSS!!!!!

    ReplyDelete
  6. SANIBOEY!
    pasti pasti! boleh kita lepak dan borak
    amy aku excited gler!
    haha..

    ReplyDelete
  7. wah saniboey! that's ur idol kan!? huhuhu. best post! agree sgt!

    ReplyDelete