Thursday, March 5, 2009

Vidi Aldiano - Pelangi Di Malam Hari




Album: Vidi Aldiano - Pelangi Di Malam Hari
Producer: Lala Hamid -Andi Rianto, Erwin Gutawa, Tohpati
Verdict: 3/5


Vidi Aldiano dikatakan antara yang bakal menjadi terhip pada java jazz yang akan datang. artikel yang aku baca dalam laman web kompas beria-ia menyatkan Vidi adalah saingan kental Afgan. So tanpa buang banyak masa yang sememangnya tengah banyak ni aku terus cari dan download lagu daripada 1st debut Vidi.

NUANSA BENING merupakan single pertama album ini, masuk je intro aku dah dgr sound kental rnb mamat ni, layan habis, buat aku teringat track2 dari Craig David. korus lagu ni sangat haunting!. CINTA JANGAN KAU PERGI cover version daripada jazz singer milik Malaysia Sheila Majid, tak banyak yang berbeza dengan original version, arrangement asal dikekalkan dan hanya sedikit suntikan string dihujung.

CEMBURU MENGURAS HATI, KUNANTI CANDAMU dan KISAH KITA pula antara track mellow yang boleh bikin hits diradio, aku tak berapa bekenan sangat dengan melodi begini, terlalu perlahan. tpi kuasa vokal Vidi buat aku melayang. STATUS PALSU lebih funk. yang ini layan sket, even arrangement still lembik tapi masih relevan untuk telinga aku. Track AKU TERLENA adalah jawapan kenapa aku layan Vidi, lagu ini ada pengaruh muzik 7 days Craig David, funky and soothing, blend beat rnb dan jazz buat aku layan habis lagu ini.

Overall album ini just another rnb pop album yang biasa, (paling hampir dengan album Hiudp - Marcell) but again masih relevan untuk telinga aku, kalau anda jenis yang boleh enjoy dengan Afgan, Ressa Herlambang n Marcell this might be the album. esp for areed and airen ;)

No comments:

Post a Comment