Saturday, April 25, 2009

Music Issue Vol.1: Best Pop Album (so far..)


Entri kali ini agak spesial sebab aku nak list few album-album pop di malaysia yang bagus namun kurang perhatian sama ada diradio mahupun untuk diperkatakan di majalah, tv, dsb. so kita start dengan first album;




1) Camelia - Mimpi (2001)

Sebuah album dengan nuansa jazz yang kuat dan sound-sound r&b yang agak baru dan urban pada masa itu. Album ini aku definisikan sebagai album terbaik Camelia dari segala aspek, pemilihan lagu, susunan muzik malah vokal Camelia yang sangat menyerlah. Album ini diproduced oleh Bodeng membariskan track yang termamat hebat Erti Hidup. Dengar saja intro dah cukup buat aku melayang. Selain itu track favourite adalah Bawa Cinta yang sangat groove, Mimpi, Bukan Yang Terbaik dan ballad Terlanjur sayang. Sayang sekali album ini hanya mendapat nominasi Kulit Album Terbaik (dan menang) dalam AIM. This is a very good jazz/pop album.




2) Liza Aziz - Hati Ini (1995)

Ini antara koleksi rare aku. Hati Ini boleh dikatakan sebuah album yang sangat urban untuk pasaran malaysia 1995. This is one of best r&b pop album ever produced in Malaysia. Album ini diproduced oleh genius muzik seperti Ahmad Izham Omar, Paul Moss, Kenny Teh, Azman Abu Hassan dan pasti Azlan Abu Hassan. Track favourite - Masa, Hati Ini, Tak Rela & Pergilah. Untuk yang belum pernah dengar lagu ciptaan Paul Moss this might be the album.




3) Innuendo - BraNuEndo

Innuendo akan jadi favorite group aku sampai bila2. Remake belaian jiwa adalah antara remake terbaik dunia dan harmoni blend vokal, Taj, Pot, Raymee buat aku fikir mereka setanding Boys 2 Men. Track Only Dancin yang punya fluence 70`s sangat klasik disamping track ballad sing-a-long Gemawan yang buat bulu roma aku meremang mendengar harmoni vokal mereka. Terdapat juga track jazz hasil duet bersama Adibah Noor dalam 1,2 The Movies. sebuah album r&b yang sangat kaya dengan bunyi-bunyian yang segar.




4) Syafinaz - Shhh.. (2001)

Sebut pasal remake ini antara remake yang baik, blend r&b, bossanova dan pop. Syafinaz dikritik teruk oleh Ahmad Nawab di atas keberanian beliau me-remake semula lagu Ahmad Nawab dalam album ini. But who cares gabungan sarjana muzik dalam album ini sangat membuahkan hasil yang baik walaupun kurang mendapat sambutan sama ada dalam bentuk jualan mahupun anugerah. Album ini diterbitkan oleh, Ahmad Izham, Mac Chew, Jenny Chin, Halen Yap dan Aubrey Suwito.



5) Afdlin Shauki - Fuyooo! (2003)

The fact that Afdlin kalah ditangan Ezlynn pada AIM untuk kategori Artis Baru Terbaik adalah satu fakta yang tak boleh aku terima sampai hari ini. Album ini sangat groove dengan sound-sound urban pop, funk, jazz dan r&b. sebuah album yang sangat tersendiri namun dilupakan dan tidak dihargai. Sampai Bila, Waras (tema filem Buli), Daku Percaya, Tiada Lagi dan Aku Lelaki serta jazzy feel dalam lagu Mangsa Keadaan antara track yang sangat layan.




6) Dayang Nurfaizah - Dayang Sayang Kamu

Produk yang dibikin secara indie ini bukan saja ada sentimental value pada Dayang malah peminat setianya. Album ini aku beli sendiri dari tangan Dayang di Tangs Studio BB Plaza pada bulan puasa dan aku all the way dari Shah Alam kesana semata-mata untuk dapatkan album ini dan pulang untuk berbuka puasa. Kepuasan yang amat maksima adalah daripada album ini, dari segala aspek, lagu malah kualiti vokal dayang yang sangat mengagumkan. Album ini mendapat nominasi Album Terbaik untuk Anugerah Planet Muzik namun untuk AIM, satu kategori pun tak tersangkut, what a shame! Favourite track Aku Rindu Aku Jemu, Biar Akhirnya Disini, Kuingin mu Kembali, Andai Kutahu dan semuanya... fuhh album yang perfect dari Dayang!




7) Abot - Sayang Pok Pai

What can i say Abot is one of great singer yang kita ada namun ketiadaan justice untuk penyanyi ini, buat Abot hilang begitu saja. Sayang Pok Pai adalah antara produk yang kreatif sekitar 2002. Abot hadir disaat ramai artis baru wanita yang hadir untuk jadi the next Siti and that is what special abbout her. she`s original, creative and musically brilliant. track favourite aku pasti Bagai lilin yang punya influence jazz dan fusion ethnic. selain Kasih-Mu yang sangat deep, dan Waris Warisan.




8) Sheila Majid - Ratu (1995)

Need to say more? Produk terbaik Sheila Majid setakat ini mengalahkan album Ku Mohon yang agak pop. Track pilihan, Gangguan, Tandanyatandatanya, Embun, Harum.=)


9) Anuar Zain (2002)

Anuar is not my favourite but its not easy not to love his song. Senang cerita dengar saja track hebat Keabadian Cinta, Mungkin, Sesucinya Cintamu dan all time favourite aku Rindu Belaian buat album ini sempurna dan album ini adalah lebih naik berbanding album yang dibikin di indonesia beliau.




10) Atilia - Sangkar (2007)

Album ini paling hampir dengan album Ratu milik Sheila Majid, dan album ini jadi all time favourite aku dengan track hebat seperti Salah Sangka, Ranjau, Sangkar, Selagi dan mellow melodi Duyong yang buat aku melayang. Album yang aku fikir sangat relevan even untuk didengar 10 tahun akan datang.




11) Nikki - Hawa (2009)

Ini adalah album paling impresif untuk tahun 2009, dan sejak beli aku belum gagal untuk ulang dengar album ini. Gabungan muzik pop, r&b, classical dan jazz dalam album ini buat aku fikir Audi Mok adalah genius baru dalam industri muzik Malaysia. Track favourite aku sudah pasti Oh! My, Relakan, Selamat Tinggal, Hawa, Belas-Mu dan poetic melody dalam Cinta yang sangat haunting. Please buy this album sebelum habis!


Tompi - Soulful Ramadhan




Album: Tompi - Soulful Ramadhan

Produced by: Tompi

Verdict: 4/5




Aku fikir tiada masalah untuk aku layan album ini even bukan dalam mood ramadhan sebab bila cakap pasal muzik ia relevan pada setiap masa. So sekarang aku memang tengah layan album special daripada Tompi ini, dan bagi aku Tompi adalah penyanyi, penghibur dan musician yang tak pernah takut untuk bereksperimen dengan muzik malah stail vokal beliau.

Soulful Ramadhan bagi aku adalah satu contoh baik untuk kita dekat dengan lagu-lagu ketuhanan yang selama ini banyak dipengaruhi muzik percussion. 10 track disusun indah dengan influence mood muzik percussion, soul, jazz dan blues. Track Doa buat Aceh amat menarik bagi aku, blend sound trumpet dan dance buat track ini amat special. Dzikir ada beat r&b yang kental, track ini buat aku ingat nyanyian Bilal - Sometimes dalam OST Ali.

Kurindukan Rosul punya mood blues, lagu ini hanya diiring gitar dan vokal Tompi dalam track ini sangat mempesonakan. Menyebut Nama-Mu lebih eksperimental gabungan muzik east dab blend vokal penuh soul dari tompi termamt mengkagumkan. Ramadhan Datang adalah alasan utama untuk memiliki album ini, lagu ini sangat haunting dan melodius. beautiful arrangement! arghhh.. damn beautiful.

Overall this is kind of album yang buat aku rasa muzik itu sangat universal, even Tompi buat album ini untuk Ramadhan namun keindahan melodi dan lirik dalam album ini buat aku rasa ia sangat relevan untuk didengar bila-bila masa!

p/s: hopefully artis nasyid malaysia bole look up for something like this supaya muzik nasyid tidak statik

Tuesday, April 14, 2009

Music Influence Vol.2: SHEILA MAJID


sheila majid adalah all time favourite aku, even agak kurang selesa dengan album Cinta Kita, sheila majid never fail me to listen to her album over and over again. Here some track and album sheila yang aku sanjung dan kagum. Dalam dunia pop Malaysia Sheila is one and only akan terus comeout with this direction of pop.




RATU
1995 / Warner Music

This is her best so far, album ini antara album yang tak pernah buat aku bosan, track hebat seperti Embun, Berita Baru, Tandanyatandatanya, Mengapa Kasih dan Gangguan adalah all time favourite aku. Trivia dari wikipedia, album ini menggariskan nama-nama hebat pemuzik antarabangsa antaranya Nathan East (FourPlay) Rex Goh of Air Supply fame on guitars, as well as Japanese violinist, Aska Kaneko. Need to say more? This is a her real best album so far.





LEGENDA: THE CONCERT
1992 / EMI

The defination of best live album. Lebih 20 buah lagu dengan kualiti rakaman yang hebat. album ni dibeli dengan harga rm5 di sebuah pasar malam di alor star yang sangat kool sbb pakcik tu jual album2 melayu lama yang hebat (antara judul lain yang ada fairuz hussien, liza aziz, khatijah ibrahim dan zainal abidin) dan untuk pertama kali aku dengar track Nada lagu ni sangat bes. belian yang sangat berbaloi untuk kaset shila majid yang sangat rare ini. But luckily baru2 ni aku terjumpa album ini di print semula dan dah ada dipasaran, so guys beli lah this is the best live album.





GEMILANG
1993 / Warner Music

Gemilang jadi favourite compilation aku, antara alasan utama adalah medley Roberta Flack yang buat aku melayang, track ini di rakam di Tokyo tahun 1989 (pada usia aku 4 tahun huhu..) juga track Persis Kekasihku yang dirakam pada konsert Legenda di Penang, 1990.





CINTA KITA
2004 / Warner Music


Ini adalah album paling kurang menrik minat aku. Album ini dibikin di Indonesia dan membariskan nama-nama hebat musician indonesia, tohpati, andi rianto, melly dan indra lesmana. Album ini bagi aku terlalu pop. Banyak track yang aku boleh dengar pada album-album lain artis indonesia. but track Kerinduan is totally awsome.


Ada beberapa album awal Sheila yang aku masih cari untuk simpanan antaranya album pertama beliau Dimensi Baru, Emosi dan Warna. Aku tak ada simpanan kaset atau CD hanya sekadar dari album kompilasi sahaja, so hopefully dapat cari untuk simpanan.

The Songs:

* GANGGUAN
* GEMILANG
* SINARAN
* DIHIMPIT KERAGUAN
* BERITA BARU
* PERSIS
* CINTA JANGAN KAU PERGI
* NADA
* RINTIHAN HARIMAU
* GERIMIS SEMALAM
*
EMBUN

dan ini video yang sangat rare aku jumpa di you tube HMI Concert on RTM 1988 hope ch. 180 dapat tayang semula show ini, enjoy!



Friday, April 3, 2009

Hello - Say Hello



Album - Hello (Say Hello)
Verdict: 3/5


Actually kalau kita google atau layari mana-mana blog muzik indonesia, memang terlalu banyak band like hari-hari akan ada band baru yang lahir, dan kalau semua band band ini berjaya masuk Malaysia, yes muzik ciptaan anak-anak Malaysia akan tenggelam. But to be frank tak banyak band indon yang masuk betul-betul aku layan. Samson, Ungu, Letto, Kerispatih antara nama-nama yang famous di radio Malaysia namun masih belum aku minat. But this time around aku jumpa band yang bernama Hello ini muzik mereka sangat mengujakan aku.

Track Ular Berbisa sangat groove. Apa yang aku perasan sound muzik Hello ada banyak persamaan dengan Maroon 5 and that`s work sebab aku tak dengar ada band indonesia yang bring this kind of sound, ada groove, funky dan style. Apa yang kurang pasal band ini adalah vokal penyanyi band ini tak cukup kuat aku rasa.

Antara track lain yang aku sangat layan Diantara Bumi yang ada intro Wake Up Call - Maroon 5. Sampai Disini pula mengingatkan aku pada track Tanpa -Sixth Sense. Dan pastinya track aku ulang dengar Pejuang Cinta. So kalau korang boleh layan Maroon 5 pasti tak ada masalh untuk dengar Hello!