Friday, May 15, 2009

mari kita predict masa depan budak2 AF7



ISMA

Memandangkan Zul (suami Isma) bekerja di SRC maybe SRC dah siapkan kontrak untuk Isma, kalau betul, dalam 3-4 bulan dari sekarang first debut penyanyi anak lima akan keluar.

Album:
Akan di produce oleh Zul dan mungkin Adnan Abu Hassan akan join. Jadi di sini kita boleh dengar lagu-lagu yang semacam Bicara Manis Menghiris Kalbu dan Jerat Percintaan dalam album Isma. Tahniah!

Verdik:
Isma akan jadi macam Rosma, ada suara boleh nyanyi tapi biasa-biasa je. 5 tahun dari sekarang Isma pasti sibuk uruskan rumah tangganya, bila ditanya wartawan "kenapa lama menyepi?" jawapannya "Isma ada lagi hadir untuk jamuan makan malam dan lain2" which so cliche!





YAZID

Berdasarkan undian setiap minggu hampir pasti dia akan jadi juara. So kalau Yazid jadi juara biarlah aku jadi orang pertama yang ucap tahniah. Suara memang out, tak komersial langsung.

Album:
Album Yazid maybe akan datang dengan nama-nama besar macam M.Nasir, Ajai dan Adnan (juga). Konsep obviously pop ala-ala Jamal atau Saleem.

Verdik:
Kalau Yazid jadi juara, dia adalah sama dan tiada sedikit pun beza dengan juara AF4, Faizal. Lepas satu album yang juga album terakhir tu Yazid hanya akan diam dan disisihkan wartawan juga peminatnya dan bila sampai AF10 nanti maybe orang dah lupa siapa juara AF7, too bad =(





ARIL

Oh budak shuffle ni, ok bukan tak ok. Confident memang tinggi abes. Suara ala-ala nak tak nak keluar je. He really need a good producer to prove that he can sing.

Album:
Kalau Aril jumpa orang yang tepat album dia akan jadi awsome, rujuk muzik kumpulan GIGI dan Ari Lasso adalah contoh terbaik untuk bentuk Aril. Jadi kalau itu jadi realiti Aril tiada masalah untuk sustain.

Verdik:
Aril akan jadi rebutan produk-produk di luar sana untuk diendorsekan menjadi duta. Contoh lain Dafi dan Mawi, nyanyi takde sangat la tapi muka bole masuk tv. Ataupun aku ada idea lain yang lagi best, kalaulah dia tak ada peluang record solo album he should colobrate with Izwan Pilus and tubuh group The Pilus Brothers ala macam Jonas Broothers tu sebab abang dia pun takdelah laku sangat.





AKIM

Akim ada tone suara yang sangat sedap. Bila kena dengan lagu yang tepat suara Akim betul-betul menyerlah. Akim kena jumpa producer yang tepat untuk bentuk direction muzik beliau. Kalau dibikin betul-betul dan dengan serius, Akim boleh jadi the next Kaer.

Album:
Akim akan buat album tapi maybe lambat. Hopefully Audi Mok, Aidit Alfian dan Azlan Abu Hassan akan produce album Akim. Tapi jangan salah bikin takut jadi the next Alif Aziz pulak.

Verdik:
Akim pun akan jadi macam Aril, rebutan produk-produk yang kemaruk budak-budak AF. Personally dari bentuk suara aku lagi suka Akim berbanding yang lain so hopefully Akim jumpa orang yang tepat untuk bagi direction muzik beliau yang agak kabur sekarang ni. Aidit Alfian might be the right person untuk Akim.





HAFIZ

Dari first week kita semua dah nampak potential yang ada pada Hafiz. Hafiz akan jadi juara esok.

Album:
It`s going to be a very pop dengan nuansa pop rock dan r&b yang tidak terlalu berat, senang kata macam album Aizat. Dan bakal masuk Juara Lagu Insya-Allah. Hafiz akan keluar banyak single dan sentiasa mendapat perhatian carta radio.

Verdik:
Hafiz bakal mendapat laluan mudah dalam industri memandangkan talent yang dimiliki restu dari orang-orang indutri pasti akan diperolehi. Personally aku sendiri nak tengok sejauh mana Hafiz mampu pergi. He`s going to be the next Mila and Aizat. Orang yang tepat untuk Hafiz jumpa adalah Pete Teo dan Roslan Aziz untuk bentuk brand Hafiz menjadi lebih class!


p/s: post ni mungkin penting dan mungkin tidak, siapa pun juara yang dah diketahui pihak Astro esok, kita terima jelah, sebab tak penting sangat pun menang atau tidak sebab yang lebih penting mana antara 5 ini boleh survive dalam industri, gud luck!

Sunday, May 3, 2009

and the album of the year goes to...




Album Terbaik AIM 16 suppose to be this album.

AIM masih lakukan perkara yang sama. Album pop yang lapok dan basi masih dominasi pencalonan dan masih menang setiap tahun. And to be frank bila album Nikki - Hawa gagal dapat nominasi harapan aku hanya pada album Hujan untuk dapat best album. kenapa? aku cari yang fresh dan inovatif dari bentuk sound mahupun style. But again this is AIM - Anugerah Industri Muzik Malaysia. Hopefully Hujan did it well dalam APM nanti and Nikki for Hawa too. So for those yang nak menang best album next year, jadikan Misha, Siti, Ajai dan rakan2 pop lain sebagai rujukan dan kalau mahu ubah sound-sound cengeng muzik Malaysia listen to Hujan and Nikki!


5 TENTANG AIM 16 DARI PERSPEKTIF AKU:

* Joe dan Malique bukan artis baru.

* Siti tak patut menang vokal untuk Di Taman Teman tapi Kayangan Kita, lebih deep.

* Aizat dapat nominasi Album Pop dan Lagu Pop (yang ditulis sendiri) serta menang Vokal Lelaki tapi tak dapat calon Best New Artist, ape tu? so Suki dinilai melalui apa? rupa paras? wtf!

* Yeah aku setuju sangat Raihan menang Best Group Vocal, diorang memang best!

* Event AIM seperti biasa kelam kabut! rushing memanjang, better next year bagi je award tak payah bagi ucapan kalau setakat beberapa saat. Apa yang orang bole express dalam masa beberapa saat tu sangat dengan terkejut lagi, after all hanya thanks sahaja yang dapat didengar