Thursday, July 30, 2009

Music Influence Vol.4: BABYFACE



First debut Babyface, Lovers adalah pada 1986 which is umur aku baru setahun. And obviously pada umur begitu aku belum tahu pun lagu-lagu beliau. Aku start dengar lagu-lagu inggeris agak lewat memandangkan dibesarkan dalam keluarga melayu yang hanya dengar lagu melayu rujuk: Ella, Jamal dan Saleem yang menjadi favourite ayah aku. So masa umur aku 12 aku dah start dengar lagu inggeris itupun dek kerana bilik sepupu aku di Gombak penuh dengan cd-cd penyanyi Amerika ini. Dari situ setiap kali kerumah-nya aku pasti akan ke biliknya dan curi-curi dengar cd yang ada. Dalam koleksi antara yang banyak kelihatan adalah cd-cd Madonna dan Kenny G.

So dari situ aku belajar dengar lagu-lagu inggeris and one day aku ternampak cd Babyface - The Day (1996), first track Babyface adalah Everytime I close My Eyes ft. Mariah Carey & Kenny G buat aku rasa betapa sedapnya lagu orang putih ni rupanya. Dari situ aku pun explore semua cd yang ada di rak sang sepupu ini dan hasilnya ada beberapa album yang aku layan antaranya OST - Waiting To Exhale, Luther Vandross - Your Secret Love (1996), Mariah Carey - Rainbow, Boyz II Men - Evolution (1997) dan Kenny G - The Moment (1996). Tapi dalam banyak-banyak yang didengar, Babyface adalah favourite aku. So disini aku listkan antara album Babyface yang menjadi favourite aku.


The Day (1996)


Ini adalah killer album beliau, Track2 hebat seperti Everytime I close My Eyes (ft. Mariah Carey & Kenny G), How Come How Long (ft. Stevie Wonder) adalah antara alasan utama album ini hebat. Album ini mendapat 4 nominasi dalam Grammy 1997 termasuk album of the year namun tewas ditangan album Bob Dylan (Time Out Of Mind).


MTV Unplugged (1997)


Album ini menampilkan 11 track yang dirakam secara live unplugged yang mana turut memuatkan track2 daripada komposisi Babyface kepada artis lain seperti End Of Road (Boys II Men) dan Exhale (Whitney Houston) yang menjadi favourite aku dalam live album ini. Serta dengarkan trak 8 min The Day yang sangat deep and full of emotion daripada babyface. Album ini turut menyaksikan kehadiran penyanyi-penyanyi hebat seperti Eric Clapton (Talk To Me), Shanice (Breath Again), K-Ci & JoJo & Kevon Edmonds (I Care About You), Melvin Edmonds, Sheila E. & Stevie Wonder (How Come How Long & Gone Too Soon)


Grown & Sexy (2005)


This is the ultimate favourite album, track hebat seperti Drama, Love &`Lationship, Sorry For The Stupid Things dan pastinya soulfull ballad dalam The Loneliness buat aku rasa album ini antara karya terbaik Babyface selepas agak kecewa dengan hasil dari album Face2face (2001) beliau.



The Greatest Songbook Babyface (2003)


Some might say that this is not his greatest songbook, tapi bagi aku track2 seperti Someone To Love (Jon B), Can We Talk (Tevin Campbell), How Can I Not Love You (Joy Enriquez), Breath Again (Toni Braxton) dan beberapa lagi sudah cukup bagi justifikasi untuk aku layan album ini.

Ada few album2 terawal beliau aku masih belum dengar sepenuhnya especially Lovers, Tender Love dan A Closer Look. Hanya sekadar mendengar few track yang menjadi hits. Hopefully akan dapat copy ketiga-tiga album beliau ini.

Ferhad - Katakan Saja (2003)



Album: Ferhad - Katakan Saja
Producer: Luke Mason / Audi Mok / Ahmad Izham Omar / Paul Moss / Jai Wahab / Eka Shereen
Cover Design: Bustamam & Simon Chin
Verdict: 4/5

Katakan Saja is one of my favourite pop rnb album. Album ini diterbitkan dengan penuh teliti malah aku berani katakan bahawa kualiti album ini jauh lebih baik daripada album terini beliau Satu. Pengaruh Pop, R&B dance dan country yang kental dalam Katakan Saja menjadikan album ini different berbanding album yang berada dipasaran ketika itu.

My favourite track sudah tentu soulfull ballad dalam Untuk Selamnya (Audi Mok/M.Zulkifli) lagu ini sangat strong dalam melodi dan ditambah dengan kekuatan vokal Ferhad. I can easily ulang dengar lagu ini berkali-kali tanpa jemu. What More ft. Kyla (Imi/Zah/Asif Pishore) juga adalah favourite track aku. Blend vokal Ferhad dan Kyla adalah killer bagi aku dibantu dengar harmoni vokal oleh Zaf dan Lah buat lagu ini just perfect dari segi komposisi vokal yang indah. Dan dibantu dengan korus yang sing-a-long "what more can a man do for his girl, what more can a girl do for her man?" This is one of best r&b yang ada di Malaysia.

Kepastian yang ditulis sepenuhnya oleh ferhad dengan pengaruh dance pop yang kental sangat catchy untuk kita enjoy dengar. Dalam album ini turut menyaksikan Ferhad bergabung dengan Zainal Abidin dalam lagu Sinar (Audi Mok/ Ferhad) yang kuat dengan sound percussion yang memang menjadi forte Zainal selama ini. 1,2,3 ft. Jai (Jai Wahab) menyaksikan gabungan yang baik antara 2 penyanyi rnb pop kelahiran Singapura ini.

Album ini turut memuatkan 2 track yang diambil daripada album Soul Alive which is Cinta (Luke Mason / Cahaya Pena) dan Bersama (Ferhad/Ahmad Izham Omar) yang membuatkan aku teringatkan track2 rnb Babyface, Brian Mcknight sangat cantik melodi lagu ini.

Overall this is the kind of album yang buat aku rasa muzik Malaysia sangat international. Gabungan producer2 hebat seperti Ahmad Izham, Audi Mok, Luke Mason dan Ferhad sendiri membuatkan album ini berada di satu tahap yang berbeza berbanding album2 pop yang lain di Malaysia. Untuk mencari something value for the money hasil anak tempatan, this might be the album!

Wednesday, July 29, 2009

Music Influence Vol.3: MAXWELL

He is one of the best r&b neo-soul yang ada selain Babyface, Jon B, R.Kelly dan yang seangkatan. Sekarang aku sedang mengumpul material-material daripada Maxwell sebagai rujukan dan mungkin bakal jadi obsesi. Urban Hang Suite adalah one of Dayang`s favourite.

Few track hebat yang aku tengah layan antaranya funky soul dalam Ascension (Don't Ever Wonder) & soulful ballad dalam Whenever, Wherever, Whatever (dr album Urban Hang Suite) serta Pretty Thing daripada album terbaru beliau "blackSUMMERS'night"



Urban Hang Suite (1996)



Embrya (1998)



Now (2001)



Black Summers` Night (2009)

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad


Gambar arwah yang paling classic dan menjadi favourite aku

Pagi ahad yang lalu sekitar jam 9 pagi aku di kampung di Tg. Rambutan Ipoh, Perak. Pagi itu sejuk dan sangat damai dalam hati terdetik untuk shot nature sekitar kampung tapi kuasa malas melebihi segalanya. Bapak aku pulang dari pasar bersama abang ipar dan kakak aku dan seperti biasa hari ahad yang dinanti adalah surat khabar pancaindera, semua sepupu yang ada berebut namun mata aku teralih ke surat khabar Kosmo Ahad di atas menulis tentang kepergian Yasmin Ahmad.

Aku hanya sekadar orang yang kagum dengan karya-karya Yasmin, belum pernah sepanjang hayatnya aku bertemu secara personal apatah lagi berbual mesra. Cuma yang ada dalam memori hanyalah ketika aku menghadiri majlis BMW Shorties yang pertama sekitar 2008 dimana short film pertama aku dipertandingkan dan yang lebih spesial Average White Story dihakimi Yasmin Ahmad (atleast aku sempat tontonkan karya sulung aku pada beliau) dan pada majlis yang sama juga hati berdetik supaya mendekati beliau kalau dapat salam pun kira bagus. Namun rasa rendah diri berada di dalam dewan Annexe Central Market itu sangat tinggi. Apa yang mampu hanya mengambil gambar beliau secara curi (rujuk gambar dibawah) menggunakan Nikon D40 yang baru dibeli ketika itu. Hanya sekeping sahaja ada dalam simpanan dan itulah juga satu-satunya gambar yang akan aku simpan sebagai kenangan.


Foto Arwah Yasmin yang sempat aku capture

Yasmin Ahmad adalah sumber inspirasi terbesar dalam aku menulis skrip secara serius, dan sepertimana dilihat shot-shot panjang dan statik dalam Average White Story itu semua adalah inspirasi daripada shot-shot Yasmin dalam Sepet dan Rabun.

Rabun is my first love. Sepet bukan favourite, Gubra aku tonton lebih 10 kali tanpa gagal dan jemu, Mukhsin adalah romantis terindah, aku senyum, sayu dan senyum kembali ketika menonton Mukhsin 3 kali dipanggung (kali pertama sendiri, kali ke-2 bersama bob dan kali ketiga bersama sifo dan rakan) Muallaf karya yang paling aku ingin tonton dan harap dalam masa terdekat ini ada pihak yang boleh membuat tayangan Muallaf. dan Talentime adalah least favourite aku, tak tahu kenapa Talentime tidak masuk sepenuhnya dalam soul aku, namun masih indah.

The Other Class Room adalah final project semasa aku degree which is the compilation of photograph of the living and education style of student Sekolah Pondok was inspired by shot-shot dalam Muallaf. Even aku belum sempat menonton Muallaf, kesemua still photo daripada scene2 Mualaf mahupun the making yang aku lihat sudah cukup untuk memberikan aku inspirasi untuk melengkapkan final work semasa study dahulu. Begitu besar sekali pengaruh dan semangat serta jiwa dan kreativiti Yasmin yang masuk kedalam diri aku. Seingat aku belum ada yang pernah mampu mempengaruh aku seperti apa yang Yasmin lakukan bukan saja pada aku malah ribuan followers beliau.

Gubra secara peribadi adalah sumber inspirasi terbesar aku dalam menghasilkan skrip "The Way That We Say Sorry To Someone That We Love" dan "Luka". Kedua-duanya masih belum sempat direalisasikan dan mengikut perancangan salah satu daripada skrip ini akan aku laksanakan pada tahun ini, itu janji pada diri. Dan permergian sumber inspirasi ini adalah satu kehilangan yang amat besar dan akan terus memberi kekuatan untuk aku lakukan apa yang aku hentikan lebih kurang setahun setengah ini.

Karya-karya Yasmin akan terus menjadi inspirasi aku malah kita semua, sama ada iklan mahupun filem-filem beliau yang tak jemu aku tonton. Kehilangan beliau adalah suatu kerugian yang besar untuk orang sekecil aku yang memuja dan menyokong penuh dari jauh apatah lagi insan-insan yang memang rapat dengan beliau. Bagi aku Yasmin Ahmad adalah Legend dalam indutri perfileman yang memang tak akan ada gantinya sepertimana P.Ramlee. Yang tinggal kini hanyalah kenangan kita bersama karya-karya beliau yang membuat kita tersentuh.

Sekitar mac 2007 aku menulis sebuah puisi yang di inspirasi oleh judul-judul filem arwah, dan
terhasil-lah puisi yang berjudul Angan-Ku, yang tak seberapa sekadar mengingatkan aku betapa besar pengaruh beliau buat insan yang tidak sempat beliau kenali seperti aku.


ANGAN-KU (mac 2007)

kukira dengan jari-jemari-ku,
kira-kiranya berapa ramai didepan-ku

kumelangkah dengan ragu dalam kiraan-ku
sekarang,
kukira dengan imaji-ku
berapa ramai didepanku - rabun
...siapa adanya aku?...

kumasih belum berhenti mengira,
berapa ramai didepanku,
mampu memberi ruang penuh
sepertimana aku?
jawapanku: gubra

kuberhenti mengira
kusedar tiada
walau kali-kali kucuba
membuat semua meratap, tersendu dan terguncang dengan angan-ku

Al-Fatihah..



p/s: next entri insya-Allah review filem Yasmin

Wednesday, July 22, 2009

Dayang 20 07 (2007)



Album: Dayang 2007
Producer: Audi MOk, Sharon Paul, Jenny Chin, Mohariz Yaakob, Greg Henderson & DJ Uno
verdict: 3 /5

2007 adalah album studio terakhir dayang sebelum album live beliau yang diterbitkan awal tahun ini. 2007 merupakan sebuah transisi muzik Dayang yang dikenali kental dengan pop r&b kepada pop urban jazz dalam 2007. Album ini membariskan nama-nama hebat dalam dunia penciptaan lagu di Malaysia. Audi Mok tampil dengan menghasilkan dengan 4 track Ingin KuMiliki, Tiga, Nada dan Hilang. Dalam empat track yang dicipta Audi, Nada adalah personal favourite. Sound dalam Nada sangat urban, groove dalam mood r&b. Soulfull dalam Hilang juga antara tarikan utama dalam album ini.

Terdapat juga track ciptaan Amer Munawer dalam lagu Tiba-Tiba yang disusun dan diterbitkan oleh Jenny hin. This is my no. 1 favourite in this album. Melodi lagu ini sangat baik dibantu dengan susunan muzik Jenny Chin membuatkan lagu in memukau dengan kekuatan vokal Dayang. Personally i hope that Dayang boleh record lebih banyak lagu yang begini. Terdapat juga lagu ciptaan Mazlan Hamzah Dengamu yang juga kental sound jazz yang sangat groove.

Album ini menyaksikan kematangan dalam muzik Dayang. Maybe ada peminat yang kurang senang kerana dalam album ini tidak banyak mellow trak semacam Seandainya Masih Ada Cinta atau Pintaku Yang Terakhir, namun bagi aku 2007 adalah sisi lain yang ada pada taste muzik Dayang yang perlu dibeli perhatian.

Kekuatan album ini juga pasti sekali dengan kekuatan vokal Dayang yang hebat. Even Dayang tak pernah menang apa-apa award untuk vokal beliau tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Dayang berdiri atas kelas yang tersendiri.

p/s: to Anthony Hoe yang membuat layout album ini, anda sucks!

Wednesday, July 1, 2009

Fran - Setinggi Angkasa (1996)



Album: Fran - Setinggi Angkasa
Composer / Producer: Michael Verapan, Fauzi Marzuki, Josie Thomas, Asmin Mudin
Verdict: 4/5

1st of all i have to say million thanks to zain coz email this album for me. Lama dah aku cari album ni since sekolah sebab track Setinggi Angkasa citp. Asmin Mudin memang awsome! aku boleh ulang dengar banyak kali sebab blend melodi dan lirik lagu ini sangat inspiring. Lirik yang ditulis Norhayai Kiprawih nyata hebat. Antara bait lirik favourite aku:

usah dibiar pujukan ini
pandanglah biarpun hanya sebelah mata
usah dibiar jambangan bunga
layu digenggaman tak teserah
kuhimpun warna jadi pelangi
untuk titian kita bersama bahgia
kuhimpun warna menjadi saksi
harapan-ku setinggi angkasa

Album ini diterbitkan sekitar 1996 dan ini antara album yang kurang diberi perhatian sepatutnya (sama kes dengan album Liza Aziz - Hati Ini). Album ini tampilkan Fran yang berbeza no more mellow track like Sekadar Dipinggiran dan Mawar Terpingir, kali ini nuansa pop jazz dan easy listening mendominasi keseluruhan album. Which is something different daripada previous album Fran.

Abum ini mengandungi 10 track yang disusun indah dengan melodi melodi yang lebih relax dan no more rintihan cengeng dalam penyampaian Fran. Antara track yang menarik perhatian aku adalah track Kini Tiada Lagi yang dicipta Fran sendiri. Sound jazz yang kental dalam petikan piano sepanjang lagu ini sangat membuai buat aku berulang kali. My mind keep imagine kalau Atilia yang nyanyi, sedap jugak. Another track yang ditulis Fran sendiri adalah Ku Pohon Kemaafan yang bagi aku sekadar biasa-biasa saja. Track lain yang buat aku layan cipt. Michael Verapan Bukan Salahmu yang sangat easy listening dan juga track Begitulah Aku.

Overall ini antara khazanah pop jazz tempatan yang perlu diberi perhatian oleh semua pengikut muzik tempatan. Aku sangat tertarik dengan cover yang sanagt artistik.


p/s:further reading go to http://zain2007.multiply.com/reviews/item/11