Wednesday, July 22, 2009

Dayang 20 07 (2007)



Album: Dayang 2007
Producer: Audi MOk, Sharon Paul, Jenny Chin, Mohariz Yaakob, Greg Henderson & DJ Uno
verdict: 3 /5

2007 adalah album studio terakhir dayang sebelum album live beliau yang diterbitkan awal tahun ini. 2007 merupakan sebuah transisi muzik Dayang yang dikenali kental dengan pop r&b kepada pop urban jazz dalam 2007. Album ini membariskan nama-nama hebat dalam dunia penciptaan lagu di Malaysia. Audi Mok tampil dengan menghasilkan dengan 4 track Ingin KuMiliki, Tiga, Nada dan Hilang. Dalam empat track yang dicipta Audi, Nada adalah personal favourite. Sound dalam Nada sangat urban, groove dalam mood r&b. Soulfull dalam Hilang juga antara tarikan utama dalam album ini.

Terdapat juga track ciptaan Amer Munawer dalam lagu Tiba-Tiba yang disusun dan diterbitkan oleh Jenny hin. This is my no. 1 favourite in this album. Melodi lagu ini sangat baik dibantu dengan susunan muzik Jenny Chin membuatkan lagu in memukau dengan kekuatan vokal Dayang. Personally i hope that Dayang boleh record lebih banyak lagu yang begini. Terdapat juga lagu ciptaan Mazlan Hamzah Dengamu yang juga kental sound jazz yang sangat groove.

Album ini menyaksikan kematangan dalam muzik Dayang. Maybe ada peminat yang kurang senang kerana dalam album ini tidak banyak mellow trak semacam Seandainya Masih Ada Cinta atau Pintaku Yang Terakhir, namun bagi aku 2007 adalah sisi lain yang ada pada taste muzik Dayang yang perlu dibeli perhatian.

Kekuatan album ini juga pasti sekali dengan kekuatan vokal Dayang yang hebat. Even Dayang tak pernah menang apa-apa award untuk vokal beliau tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Dayang berdiri atas kelas yang tersendiri.

p/s: to Anthony Hoe yang membuat layout album ini, anda sucks!

1 comment:

  1. betul 3x!
    layout album teruk! sakit mata!
    aku suka lagu tiga dan nada

    ReplyDelete