Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad


Gambar arwah yang paling classic dan menjadi favourite aku

Pagi ahad yang lalu sekitar jam 9 pagi aku di kampung di Tg. Rambutan Ipoh, Perak. Pagi itu sejuk dan sangat damai dalam hati terdetik untuk shot nature sekitar kampung tapi kuasa malas melebihi segalanya. Bapak aku pulang dari pasar bersama abang ipar dan kakak aku dan seperti biasa hari ahad yang dinanti adalah surat khabar pancaindera, semua sepupu yang ada berebut namun mata aku teralih ke surat khabar Kosmo Ahad di atas menulis tentang kepergian Yasmin Ahmad.

Aku hanya sekadar orang yang kagum dengan karya-karya Yasmin, belum pernah sepanjang hayatnya aku bertemu secara personal apatah lagi berbual mesra. Cuma yang ada dalam memori hanyalah ketika aku menghadiri majlis BMW Shorties yang pertama sekitar 2008 dimana short film pertama aku dipertandingkan dan yang lebih spesial Average White Story dihakimi Yasmin Ahmad (atleast aku sempat tontonkan karya sulung aku pada beliau) dan pada majlis yang sama juga hati berdetik supaya mendekati beliau kalau dapat salam pun kira bagus. Namun rasa rendah diri berada di dalam dewan Annexe Central Market itu sangat tinggi. Apa yang mampu hanya mengambil gambar beliau secara curi (rujuk gambar dibawah) menggunakan Nikon D40 yang baru dibeli ketika itu. Hanya sekeping sahaja ada dalam simpanan dan itulah juga satu-satunya gambar yang akan aku simpan sebagai kenangan.


Foto Arwah Yasmin yang sempat aku capture

Yasmin Ahmad adalah sumber inspirasi terbesar dalam aku menulis skrip secara serius, dan sepertimana dilihat shot-shot panjang dan statik dalam Average White Story itu semua adalah inspirasi daripada shot-shot Yasmin dalam Sepet dan Rabun.

Rabun is my first love. Sepet bukan favourite, Gubra aku tonton lebih 10 kali tanpa gagal dan jemu, Mukhsin adalah romantis terindah, aku senyum, sayu dan senyum kembali ketika menonton Mukhsin 3 kali dipanggung (kali pertama sendiri, kali ke-2 bersama bob dan kali ketiga bersama sifo dan rakan) Muallaf karya yang paling aku ingin tonton dan harap dalam masa terdekat ini ada pihak yang boleh membuat tayangan Muallaf. dan Talentime adalah least favourite aku, tak tahu kenapa Talentime tidak masuk sepenuhnya dalam soul aku, namun masih indah.

The Other Class Room adalah final project semasa aku degree which is the compilation of photograph of the living and education style of student Sekolah Pondok was inspired by shot-shot dalam Muallaf. Even aku belum sempat menonton Muallaf, kesemua still photo daripada scene2 Mualaf mahupun the making yang aku lihat sudah cukup untuk memberikan aku inspirasi untuk melengkapkan final work semasa study dahulu. Begitu besar sekali pengaruh dan semangat serta jiwa dan kreativiti Yasmin yang masuk kedalam diri aku. Seingat aku belum ada yang pernah mampu mempengaruh aku seperti apa yang Yasmin lakukan bukan saja pada aku malah ribuan followers beliau.

Gubra secara peribadi adalah sumber inspirasi terbesar aku dalam menghasilkan skrip "The Way That We Say Sorry To Someone That We Love" dan "Luka". Kedua-duanya masih belum sempat direalisasikan dan mengikut perancangan salah satu daripada skrip ini akan aku laksanakan pada tahun ini, itu janji pada diri. Dan permergian sumber inspirasi ini adalah satu kehilangan yang amat besar dan akan terus memberi kekuatan untuk aku lakukan apa yang aku hentikan lebih kurang setahun setengah ini.

Karya-karya Yasmin akan terus menjadi inspirasi aku malah kita semua, sama ada iklan mahupun filem-filem beliau yang tak jemu aku tonton. Kehilangan beliau adalah suatu kerugian yang besar untuk orang sekecil aku yang memuja dan menyokong penuh dari jauh apatah lagi insan-insan yang memang rapat dengan beliau. Bagi aku Yasmin Ahmad adalah Legend dalam indutri perfileman yang memang tak akan ada gantinya sepertimana P.Ramlee. Yang tinggal kini hanyalah kenangan kita bersama karya-karya beliau yang membuat kita tersentuh.

Sekitar mac 2007 aku menulis sebuah puisi yang di inspirasi oleh judul-judul filem arwah, dan
terhasil-lah puisi yang berjudul Angan-Ku, yang tak seberapa sekadar mengingatkan aku betapa besar pengaruh beliau buat insan yang tidak sempat beliau kenali seperti aku.


ANGAN-KU (mac 2007)

kukira dengan jari-jemari-ku,
kira-kiranya berapa ramai didepan-ku

kumelangkah dengan ragu dalam kiraan-ku
sekarang,
kukira dengan imaji-ku
berapa ramai didepanku - rabun
...siapa adanya aku?...

kumasih belum berhenti mengira,
berapa ramai didepanku,
mampu memberi ruang penuh
sepertimana aku?
jawapanku: gubra

kuberhenti mengira
kusedar tiada
walau kali-kali kucuba
membuat semua meratap, tersendu dan terguncang dengan angan-ku

Al-Fatihah..



p/s: next entri insya-Allah review filem Yasmin

7 comments:

  1. Salaam

    saya ada di BMW Shorties itu ;-)

    btw kat mana nak tonton The Other Class Room ekk?

    good luck dik!

    ReplyDelete
  2. oh the other classroom bkn shortfilm tapi sekadar montage utk final 12 gambar yang perlu dihasilkan utk final semestr. hasilnya pn xseberapa.

    tq en.ajami sudi singgah. saya sering keblog ajami dn rakan2 spt fadz. inspiring!
    =)

    ReplyDelete
  3. Im touched. sob.sob.sob.

    tapi karya die mmg terbayek~

    ReplyDelete
  4. tersentuh hati aku baca luahan hati kau, pijan.
    tapi kau tak letak kat mana2 pun kau punya gambar untuk final degree.

    ReplyDelete
  5. tq azie, amy rajin korang baca.
    gambar ada kt flickr dgn deviantart, kt fb je xde. tp yg montage tu mmg xde kat mana2

    ReplyDelete
  6. sedehkan. she gone too soon.

    i pray so that you soon someday will grow becoming someone as calibre as her.

    ReplyDelete
  7. Insyaallah Muallaf akan ditayangakn Mac 2010..
    baru bc dlm paper last week~~ hope betul2 la dorg tayang - tribute to Yasmin~

    ReplyDelete