Monday, August 17, 2009

Music Issue Vol.1

Fenomena pemuzik Indonesia memiliki album sendiri bukan baru, nama-nama seperti Dewiq, Tohpati, Yovie Widianto antara yang berada dibaris atas. Apa yang aku lihat daripada konsep ini adalah meletakkan musician sebagai tonggak utama sesebuah album berbanding penyanyi. Pemikiran seperti ini yang belum aku lihat dalam masyarakat Malaysia. Apa yang dilakukan oleh ketiga2 musician Indonesia adalah apa yang kita harus lakukan. So disini peminat muzik tempatan akan lebih bijak menghargai komposer tempatan.



Jika dilihat sejarah pembikinan album di Malaysia, Roslan Aziz punya effort yang sama dalam mengenengahkan nama dan bakatnya dalam album R.A.P 95 (even bukan semua ciptaan beliau). Ajai pun pernah keluar dengan kompilasi beliau, namun sekadar lagu-lagu re-cycle daripada album artis yang menyanyikan lagu beliau, serta album sountrack Kayangan. Fenomena ini buat aku berfikir beberapa nama-nama hebat antaranya Mohram instead of buat instrumental album dan tak ada orang beli, bukankah lagi bagus kalau mereka berkolobrasi dengan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Begitu juga kuasa melodi-melodi Azlan Abu Hassan, Audi Mok dan susunan terbaik Ramli M.S mungkin akan beri perspektif berbeza terhadap penerbitan album tempatan yang stagnant dan tak berubah. Perkara ini penting untuk penggemar muzik tempatan lebih menghargai Komposer tempatan dan dengan ini matlamat Anugerah Juara Lagu juga akan lebih dilihat.

Berikut adalah antara album daripada musician Indonesia yang sempat aku dengar. Mereka menghasilkan lagu-lagu yang baik dan mereka dikenali dikalangan masyarakat tempatan Indonesia.




Dewiq
Dewiq bermula sebagai penyanyi dan sempat merakamkan dua buah album sebelum memutuskan untuk tidak lagi menyanyi pada 2003. Antara hits ciptaan Dewiq, Dunia Belum Berakhir (Shaden), Bukan Cinta Biasa (Dato Siti Nurhaliza), Bukan Permainan (Gita Gutawa), Cinta Pertama (Sunny) (Bunga Citra Lestari) dan Jenuh (Rio Febrian).




Tohpati
Komposer muda ini terkenal dengan karya-karya beliau dalam lagu-lagu nyanyian Glenn dan Marcell. Easy Listening dan pengaruh Jazz dalam muzik beliau membuatkan Tohpati antara nama hebat dalam arena muzik Indonesia. Sudah merakamkan 3 album, Selftitled, Serampang Samba dan It`s Me yang mana menyaksikan beliau berkolobrasi dengan artis2 hebat Indonesia. Tohpati juga adalah music director untu KD Show dan Konsert Titi Dj Sang Dewi.




Yovie Widianto
Beliau merupakan bekas anggota Kahitna yang berada di posisi keyboard. Yovie banyak menulis lagu untuk Rio Febrian, Audy & Rida Sita Dewi. Projek beliau bersama band The Nuno bagi aku sanagt memberangsangkan, muzik metro-pop yang diadun dengan susunan muzik yang baik buat aku layan album The Special One. Album Kemenangan Hati menampilkan lagu-lagu hebat ciptaan Yovie, dengarkan gabungan Armand GIGI dan Rio Febrian dalam Bukan Untukku serta kemerduan melodi dan gemersik suara Monita dalam Kekasih Sejati.

No comments:

Post a Comment