Sunday, August 16, 2009

Potret - Positive+POSITIVE (2003)



Potret - Positive+POSITIVE
Produced by: Potret
Verdict: 5/5

Album baru potret - I Just Wanna Say I.L.U antara album yang aku tengah layan sekarang few track dalam album tersebut betul-betul buat aku fikir melly dan anto adalah genius muzik di Indonesia. Namun bila aku belek semula album-album lama Potret hati aku kembali berkata positive+POSITIVE adalah ultimate kepada karya-karya hebat melly. Muzik dan susunan muzik mereka invatif dan jauh kehadapan berbanding band-band indo yang berada dipasaran. Seharusnya Potret jadi paksi kepada band-band indo yang ada sekarang untuk bagaimana sesebuah karya itu 'lain' dan 'tersendiri'

Album ini dibuka dengan track Ketika Cinta Itu Hilang, apa yang menarik tentang lagu ini selain melodi yang cool, adalah lirik selamba melly "sedikit demi sedikit rasa cinta hilang juga, melihat raut wajahmu seperti melihat sampah busuk.." brilliant! Melly bijak mengadun-kan muzik, melodi dan liriknya menjadi se-berani dan se-istimewa ini. Track kedua Resah bagi aku sekadar melodi tipikal Melly, orang yang tak kenal melly namun layan OST Ada Apa Dengan cinta pun boleh tahu itu melodi Melly.

Kekasih Khayalan lebih menarik perhatian aku, bermula dengan sound keras psychedelic pop dan perlahan mood bossanova mengusai melodi lagu ini, dengan efek-efek yang minimal buat aku melayang dengan lagu ini, DAMN GOOOD!. Manakala track Bosan pula kuat nuansa brit pop pada keseluruhan muzik lagu ini.

Track Drum & Vokal menjadikan ia intro terbaik bagi track Mendamba (rujuk: Betara Sukma & Cinta dalam album Hawa - Nikki). Mendamba buat aku melayang lebih jauh lagi, lagu ini bermula perlahan dengan bunyian keyboard dan korus memberi satu killer terhadap lagu ini dan apa yang penting semakin ke penghujung lagu ini menjadi semakin layan. Dengarkan dialog dan vokal merdu Ivan Nestorman dalam bahasa Flores yang buat aku makin melayang, lagu ini buat aku ulang dengar berkali-kali sebelum ke trak berikutnya. Beautifully Poetic!

Trak Belum Tentu yang menjadi single pertama ini sangat catchy dan pasti mudah mendapat perhatian untuk diputar di radio, marketing yang baik untuk orang beli album ini. Begitu juga dengan trak Tak Adil yang fun and catchy. Pencemburu adalah track pop alternatif yang sekali lagi menyaksikan Melly bermain dengan efek-efek vokal yang menjadi latar menarik buat trak yang ada melodi biasa seperti lagu ini. Semangat aku lebih tinggi apabila mendengar track terakhir Maafkan Saya Soewondo. Bermula dengan monolog "kadang2 aku tertawa kadang2 aku terpikir kalau aku ingat kamu satu-satunya wanita dihati-ku" monolog tersebut berhenti disitu dan disambut dengan petikan gitar staccato yang lembut dan perlahan suara melly mendominasi melodi lagu ini diikuti bunyian akordion serta efek bunyi lautan dihujung buat lagu ini perfect! And again lirik lagu ini menjadi bahan fikir utama kepada kehebatan album ini. (lihat lirik dibawah).

Overall ini adalah antara album terbaik hasil daripada kerjasama Melly dan Anto Hoed. sebuah album yang tidak sedikit pun aku rasa akan kekurangan, idea dan kreativiti kedua mereka benar-benar kelihatan dalam produksi ini. Seperti judulnya positive+POSITIVE album ini telah mendapat review yang baik daripada banyak sources yang aku baca. Jika kelainan, kreativiti maksima, kepuasan dalam muzik serta kebijaksanaan puitis bait lirik yang dicari this is the right album untuk anda!


Maafkan Saya Soewondo

Kadang-kadang aku tertawa, kadang-kadang aku sedih
kalau aku ingat kamu satu-satunya wanita di hatiku.

Ku terdiam dalam malam mengingatmu dahulu.
Kala itu kau dan aku masih saling bersama.
Tak setitik kau bersalah sepanjang bersamaku.
Bahkan aku s’lalu resah, aku segalanya untukmu.

Namun aku yang belia tak puas dengan satu kekasih.
Aku ingin dan merindu yang lebih.
Kulacurkan diri ini untuk cinta yang tiada berarti.
Segala pujian dan buaian butakan aku.
Ku t’lah sadar aku salah.
Nasi sudah jadi bubur.

Namun aku yang belia tak puas dengan satu kekasih.
Aku ingin dan merindu yang lebih.
Kulacurkan diri ini untuk cinta yang tiada berarti.
Segala pujian dan buaian butakan aku.
Ku menggores hatimu yang putih dengan nada tak sopan.

Maafkan saya, Soewondo.

1 comment:

  1. wah setuju sekali membaca reviewnya
    sumpah ini lagu lagu dalam album POSITIVE plus positive ada the best buatku..

    ReplyDelete