Wednesday, December 29, 2010

BEST OF THE DECADE: YOUR ALBUM SUCKS!

*Kategori ini dinilai atas dasar kualiti yang diberikan sama ada tidak mencapai standard yang diberikan sebelum ini atau membosankan yang akhirnya menjadikan album yang dihasilkan betul-betul sucks!

NING - EAST TO WEST
Nampaknya journey Ning ke Europe merosakkan kariernya. Nyata East to West sebuah album yang gagal. Muzik Ning jadi makin keliru dan remake Drama yang dibikin dance sangat merosakkan karya Audi Mok tersebut. Lesson learn here, you guys tak usahlah berangan pergi jauh ke Europe untuk dapat market international sebab dah nyata karya tempatan lebih agung (rujuk Bunkface/Yuna/Zee Avi) This album sucks!

HAZAMI - YANG PERTAMA / RUNNING
Nak cakap apa lagi? review running yang aku buat awal tahun ini bukti Hazami semakin yakin untuk membunuh kariernya. Double album sekali gus nyata buat aku muak dengan muzik Hazami. Di satu bahagian melayunya terlalu leleh dan satu bahagian lagi ia jadi terlalu zaman Fairuz Hussien dan Liza Aziz dulu. Oh man, you should just be a producer and thats all!

MISHA OMAR - AKSARA
She does impress me on her debut. But Aksara buat aku hilang interest dengan Misha. No matter how good she's on stage but Aksara dan album ketiga yang ada trak Cinta Adam dan Hawa tu betul-betul sucks!

SHAYNA ZAID - HALF OF MY WORLD
Well it suppose jadi album yang baik. Sebab ada few track yang bagus dalam album ini. Namun bila aku ulang dengar album ini seakan lebih terarah kepada definisi syok sendiri. Nyata journey Shayna juga melayang jauh ke tempat yang entah kemana tapi hanya berlegar di ruangnya sendiri. End upnya? ya, syok sendiri.

JAC - III
Ini album terburuk sepanjang karier Jac. III membawa Jac ke lembah komersial yang tanpa arah. Bertamu Di Kalbu yang aku sangka remake 80-an bagi sountrack filem rupanya menjadi single utama album ini. Belum lagi masuk trak ballad lain yang terlalu biasa dan yang paling penting aku nak high lightkan adalah betapa buruknya gambar yang dipilih sebagai cover ini.



DATO' SITI NURHALIZA & KRIS DAYANTI - CTKD
Album paling caca marba sepanjang dekad ini. Idea Audi amat baik memberi dimensi bunyi berbeza dalam trak Amarah dan Jika Kau Tak Datang. Namun bila idea itu tidak seiring jalinan muzk dari komposer lain, makanya konsep dah jadi celaru. Audi should really lead this album tnpa perlu nama lain seperti Aubrey, Sharon dan St 12. Sebab akhirnya memang album ini jadi simpanan peribadi peminat Siti sahaja jauh sekali jadi favourite.


ZAINAL ABIDIN - PUTERI
Entah kenapa. Zainal Abidin dengan Puteri jadi karya paling buruk dalam sejarah karier solo beliau. Album ini sama seperti CTKD tidak berarah. Walau sekuat mana sekalipun trak Puteri itu, konsistensi kualiti yang diberi amat rendah. Zainal harus mengambil Gamal kembali menjadi rujukan beliau untuk the next project!


M.NASIR - SANG PENCINTA
Terkejut? Sang Pencinta amat membosankan bagi aku. Apa yang sifu buat dalam album ini sekadar intepretasi dan refleksi album sebelumnya sejak dari zaman Kembara. Aku sekadar kagum dengan trak 7 Nafas Lagi yang amat refreshing kerana trak yang lain belum buat aku mahu ulang dengar apa jua bentuk sama ada melodi atau lirik humanis reptitionnya itu.

HUJAN - MENCARI KONKLUSI
Ok raingers mungkin akan marah tapi terus terang kalau ini album pertama Hujan, they are not in their position now. Album ini sucks all time, trak aesteticless Mencari Konklusi itu bagi aku sangat flat dan nothing much to say. Debut mereka melaui Aku Skandal, Pagi Yang Gelap dan Neon antaranya yang paling baik dan buat aku fikir Hujan is different. Tapi end upnya? macam tu jugaklah.Kita tunggu 2-3 tahun lagi macam mana.

SALEEM - DEMI CINTA
The worst remake ever. Tapi success! Sleem terangan menghancurkan trak Caramel - Tinggal Kenangan dengan jayanya malah trak lain seperti my all time favourite Gelombang (Salamiah Hassan) dan Mustika (M.Nasir).

BEST OF THE DECADE: BEST ALBUM COVER

SHEILA MAJID - KUMOHON (2000)
Fotografi: Tate Mario Ghazi
Konsep & Rekabentuk: Joe Leong

Dinamik mood warna dan arahan seni yang dilakukan Yasmin Yusoff dan Joe Leong ini benar-benar beri nyata kepada mood sebenar Ku Mohon. I can say this is the best cover of the decade.

NING - SELAGI ADA (2003)
Fotografi: Barney Studio
Konsep & Rekabentuk: Publicis Malaysia

Rekabentuk komersial persis editorial. Aku sangat suka dengan idea pemilihan cover album ini menampakkan mood dan ruang gaya yang tersendiri. Buat aku teringat cover Snow Fall On The Sahara dari Natalie Cole.
GERHANA SKA CINTA - BOSS SOUND (2002)
Fotografi: Nazmin @ Musicexchange
Rekabentuk: Troy @ Juxtapoze

Klasik! persis gaya legend band dari zaman 50's. Dan pemilihan cover ini beri kelas tersendiri pada kandungan keseluruhan album ini. Yeah it's arkaik!


RESHMONU - MONUMENTAL THE JOURNEY CONTINUE (2004)
Fotografi: Simon Chin
Konsep & Rekabentuk: Linus Teoh

Konsep whole layout dari cover ke inlay mudah black & white. But it works many times, Dengan memberi fokus pada silhouette Reshmonu, unik rambut dan pemilihan font yang betul jadikan keseluruhannya hadir dengan execution yang amat baik.


NIKKI - HAWA (2008)
Fotografi: Boon Chee Fuy, Jeremy Teoh, Choong Foo Chuan @ Character Studio
Konsep & Rekabentuk: Florence Lee

Bila seseorang designer dan art director itu faham dengan content, hasilnya pasti saja terbaik. Ini contohnya bagaimana Florence Lee dan team melakukannya. Selain konsep album ini menang bab packaging yang amat-amat baik. Thumbs up!


YUNA - DECORATE (2010)
Fotografi: Zel Atif
Konsep & Rekabentuk: Yuna Zarai & Zel Atif

Yuna luar biasa! Bukan saja boleh buat lagu album design ini juga dihasilkanya bersama Zel Atif. Hadir dengan konsep simetri dan geomatik. Ibarat sebuah pelan arkitektur, keseluruhan layout album ini buat ia kelihatan benar-benar international!


NORANIZA IDRIS - SAWO MATANG (2004)
Fotografi: Bustamam Mokhtar @ White Studio
Konsep & Rekabentuk: Rauna Judd @ Urban Ad.

Buat yang tak kenal Rauna Judd, he's the one yang turut bikin sampul album Tahajjud Cinta Siti. Dan dalam Sawo Matang, Rauna telah beri definisi sebenar kepada keseluruhan konsep Sawo Matang. It works really well.


CAMELIA - MIMPI (2001)
Fotografi: Tate Mario Ghazi
Konsep & Rekabentuk: Magie Abang Saufi & Joe Leong

Joe Leong jarang gagal beri kualiti dalam setiap hasilnya banyak bekerja dengan nama-nama besar antaranya Sheila Majid dan Anuar Zain selain Camelia sendiri. Mimipi mendapat pencalonan kulit album terbaik namun tewas di tangan Phoenix Bangkit. Namun ini menang banyak markah di deparment artistik komersil.


AIZAT AMDAN - URUSAN AIZAT AMDAN (2010)
Fotografi: Raja Petra
Konsep & Rekabentuk: Muzaimi & Zulamran

Berilhamkan sampul surat terhasil sampul album Urusan yang aku sifatkan sebagai antara yang paling kreatif tahun ini! Berapalah bajet diorang bikin agaknya.


SEVEN COLLAR T-SHIRT (2009)
Konsep & Reka Bentuk: Rewan Ishak

Ini antara yang tercantik dengan mood gerakan dan warna yang sangat lively, no wonder dapat nominasi best album cover last AIM.

Friday, December 10, 2010

BEST OF THE DECADE: ARTIS REALITI TERBAIK

FAIZAL TAHIR
One In A Million

Need to say more? 2 album Aku.Muzik.Kamu dan Adrenalin dan keduanya bolot best album AIM, Karisma dan identiti muzik beliau makin sebati dengan masyarakat Malaysia. Malah keberanian buka baju depan public, dituduh berlagak dan poyo, bukti he's a real rock star! Faizal Tahir bukan calang-calang produk realiti tv bukan juga mee segera.Pernah bikin 2 showcase full house di Hard Rock Cafe Penang dan KL, dear FT We`re ready for your real concert!

JACLYN VICTOR
Malaysian Idol

Fuhhh... She's might beat Siti dulu tapi aura Siti kuat sangat. Namun bukan alasan untuk letakkan Jac sebagai penyanyi kelas satu Malaysia. 3 album penuh Gemilang, Inilah Jac dan Jac III mengukuhkan namanya di persada seni tempatan! She dont need that mic!

AIZAT AMDAN
Akademi Fantasia

Kalau ada yang betul-betul baru kenal dan kagum dengan Aizat melihat bagaimana dia di AF antara surprise paling hebat aku rasa. Transisi bukan saja pada fizikal malah kualiti dalam kerja yang dilakukan buat aku betul-betul kagum dengan Aizat. Keep it up a good work. Aizat bukti benar yang rakyat Malaysia dah salah pilih juara dulu!

KAER AZAMI
Akademi Fantasia

Ada beberapa faktor utama kenapa Kaer dalam list top 5 aku. Pertama pasti vokal! Kaer beri soul luar biasa dalam penyampaian beliau. Ketika pertama kali menyanyi di AF aku dia pasti ada sesuatu yang luar biasa. Dan hasil daripada itu debut Menjelma dipasaran pada 2007 diikuti Unique album repackage Menjelma. Muzik adikarya Azlan Abu Hassan yang melatari keseluruhan single utama meletakkan Kaer sebagai seorang lagi crooner tempatan setelah legasi Anuar Zain.


DINA
Malaysian Idol

Dimana pun Dina perform sebesar-besar majlis anugerah sehingga sekecil-kecil show prom night Dina tak pernah gagal buat orang bersorak dan bertepuk kagum dengan abiliti beliau. Walau sekadar hanya satu album, Cinta Datang Lagi Dina aku letakkan pada kelas yang tersendiri. Namun kerana ruang yang tidak menyebelahinya kita sekarang hanya boleh dengar Dina bercakap di radio. sayang!

NIKKI
Malaysian Idol

Terus terang she never grip my soul pun sepanjang di Idol. Namun hasil kerja keras Audi, Vernon dan Ning, Nikki hadir luar biasa dalam debut Maharani yang melambungkan namanya melalui trak Caramu. Dan eksperimentasi berjaya dalam Hawa buat aku letakkan Nikki sebagai penyanyi kelahiran realiti tv yang boleh kita banggakan.

FARHAN
Akademi Fantasia

Farhan antara personal favourite aku. Tak banyak talent begini di Malaysia yang tahu muzik yang ingin mereka bawa, terutama dalam legasi jazz. Dengan dua pencalonan AIM bagi artis baru terbaik dan vokal wanita terbaik melalui kompilasi live AF she prove that she got something to sell. To Farhan lagi cepat keluar album lagi baik rasanya. Bukan apa takut orang lupa.

STACY
Akademi Fantasia

She sing she dance beautifully! even ada lagu-lagu dia yang aku memang tak boleh terima especially Jahat. Kreadibiliti Stacy sebagai penghibur pentas aku tidak nafikan. Teringin nak dengar single ballad stacy.

AMYLEA
Akademi Fantasia/One In A Million

Apa yang bagus tentang Amylea adalah visi muziknya. Dia tahu dan faham muzik setiap kali keluar pentas terutama semasa di OIAM she never failed to impress me. but apa yang kurang pada Amylea adalah vibe mungkin sedikit charm dan sweet. Sebab after all kita semua suka pada benda yang nampak cantik keseluruhan.

BOB
Akademi Fantasia

Vokal adalah kuasa Bob sepertimana Dina, Bob tak pernah buat kita semua tak suka dengan nyanyiannya. Penyanyi macam Bob ni bila dia di atas pentas kita dah lupakan segala hal package cantik segala. He's the master on stage hanya dengan membuka mulutnya.


Sunday, December 5, 2010

WHAT DID YOU GUYS WILL GET AT THE END OF THIS DECADE FROM THIS BLOG?


BEST OF THE DECADE

best production | best vocal album | best reality tv talent | worst album

- s o o n -

Saturday, November 27, 2010

Shout Award 2010

yay for Yuna!

Aku agak berkira-kira jugak untuk ke stadium last week, bukan apa lama sangat tak dapat duduk rehat di rumah plus majlis anugerah dekat Malaysia ni faham-fahamlah tahap keseronokkannya macam mana. But hati ni separuh rasa suruh pergi dengan ada daya sket ok aku ada kat sana. Syabas untuk team Shout Award sebab aku dah lama tak rasa enjoy nonton awrd show dekat Malaysia ni. To all the winner congrats it was amazing tengok budak-budak muda concur industri, freshing up the ambient, bagus tu.

there you go, future Mrs. Noh

To Yuna congrats menang dan aku suka. You are amazing. Tak tahulah tapi aku rasa industri dah cukup sedia untuk darling baru industri hiburan setelah legasi Siti Nurhaliza aku rasa Yuna orang paling tepat untuk jadi the next 10 years biggest thing to industry. Bagi aku Yuna penuh original, tersendiri dan kreatif. Dan atas faktor itu jugalah 15 tahun dulu kita semua terima Siti.

biutiful soul, Najwa!

Ok, pasal performance. First class, tak ada yang mengecewakan. Oh lupa, aku makin tak faham dengan Atilia. Apa yang dibuat atas stage dengan gen indie tu pun aku tak faham, makin hari makin pelik jadinya. Come on Atilia wake up open your eyes and your mind. Realize where u should be. That is totally not your stage! OMG!!. Kemunculan s***** Atilia atas stage tu buat aku rasa Najwa is much way better than her, This Najwa girl has a great future ahead in pur industry (so far) itu pun kalau dia tak gilakan ruang yang terlampau.

Overall again aku amat enjoy. Dengan apa pun lah battle Wakaka & Giler batthe,, Lawak pecah stadium Zizan dan Johan, Arabyrd muncul frst time dalam tv. Oh sempurna sesempurna kemenangan Yuna malam tersebut!

Wednesday, November 24, 2010

FINALIS AJL 25 - BILA NILAI KOMERSIAL MENDAHULUI NILAI ESTETIKA.

Ok je kalau diorang yang menang!

Nampaknya juri-juri professional kita sebulat hati mengangkat genre muzik indie ke pentas akhir bila dilihat hampir 80% dikuasai habis oleh band-band indie tempatan. Lapangan minda aku masih positif pada saat ini, terbuka menerima jika mereka benar-benar bagus, mengapa tidak?

Persoalan satu
Aku ulang dengar Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan mencari di mana lebihnya Ku Ada Kamu berbanding aesthetic value dan rich melodius yang ada dalam Sejujur Hatimu. Jujur aku katakan, Ku Ada Kamu sekadar intrpretasi biasa terhadap kagu-lagu ballad tempatan yang ada dengan mengambil sedikit semangat gospel pop ala-ala Aubrey Suwito (rujuk Gemilang) dan IDENTITI muzik Azlan Abu Hassan. Aku mencari dimana letak tingginya originaliti Ku Ada Kamu berbanding Sejujur Hatimu yang aku sifatkan sebagai karya paling jujur penuh attitude Azlan dan Adibah yang bertindak sendiri sebagai penulis lirik.

Mencari Konklusi yang Ekstravagan!
Formula berulang Sam dalam Ekstrvaganza amat mengejutkan aku bila juri angkat lagu ini antara 14 terbaik. Ya, secara peribadi aku dan ramai tahu Bunkface pelapis yang amat baik. Namun formula 1+1=2 yang mereka guna pakai dalam Ekstravaganza, Situasi dan Revolusi mahupun trak-trak intrepretasi Green Day yang lain itu sememangnya kurang markah dari segi originaliti dan apa yang betul-betul kuat ada pada lagu ini adalah nilai komersial juara carta radio yang berlegar dikepala setiap kali diputar diudara. Dan konklusinya? Hujan pun sama diangkat dengan tanpa sebarang pengertian indah dan kosa kata yang mengagumkan.

Gelap gelita berPelita
Terus terang jika aku Loque (insan yang aku sangat hormati atas kreativiti beliau sepanjang bersama Butterfingers) Juara Lagu bukan landasan untuk aku ukur di mana letak tinggi karya sebenar. Makin terdesak mencari ruang mungkin. Ibarat memasukkan lagu Satu Malaysia dalam pertandingan nyanyian. Pelita bukan lagu yang tepat untukk dipertandingkan kerana lagu itu berada di kelas yang sedikit berbeza dan Loque sendiri harus tahu di mana status sebenar lagu ini.

Juri Jahat Berlari terlupa Susun Silang Kata
Aku menjadi semakin tak faham bila salah seorang juri yang dulu pernah heboh mencari sesuatu yang yang fresh katanya, mampu mengetepikan karya sehebat Susun Silang Kata. Oh! man lagu semacam Jahat tu 10 tahun lepas pun Edry pernah bikin. Ok tak mengapa kita letak Jahat as a filler untuk bagi color dalam AJL. Juri, saya maafkan kamu sebab mungkin jauh sangat adrenalin kamu gerak Berlari sehingga terlupa Silang Kata yang harus disusun bijak.

Noktahnya?
The judges are spoken! dan lagu-lagu mesra radio diangkat ke Pentas final. When indie goes commercial they concur us all and i wonder is there another aestethic value that count in this stage? Lu pk lah sendiri. Good luck to all! Dan aku restukan sesiapa sahaja yang menang sekalipun Edry diangkat sebagai Juara. Jikalah!


SENARAI FINALIS (Yang sangat bertuah)

Sofea Jane
Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril

Pelita
A.P.I / Loque / Loque

Cinta Sempurna
Yuna / Yuna / Yuna

Tolong Ingatkan Aku
Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali

Ku Ada Kamu
Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Hanyut
Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Jahat
Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Kebahagian Dalam Perpisahan
Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Mencari Konklusi
Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

Selamat Malam
Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Drama King
Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja

Extravaganza
Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface

Noktah Cinta
Hafiz / Ajai/ Shah Qalam

Berlari
Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok

Saturday, November 13, 2010

Sabhi Saddi - Nadiku @ Muzik Muzik 2010



Aku mungkin orang paling kecewa bila Cheryl n Faizal umum Kebahagiaan Dalam Kebahagian top 12 dan Nadiku tersungkur! Maybe Shahir boleh naikkan rating AJL next year. Begitulah adatnya.

Saturday, November 6, 2010

Separuh Akhir AJL 25

"i'm sure it's gonna be mine again!"

--

Inilah Cinta
Akim / Akim / Akim

Sejujur Hatimu
Adibah Noor / Azlan Abu Hassan

Sofea Jane
Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril

Kau Harus Ada
Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

Adrenalin
Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Tika Masanya
Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana / Akmal Mirwana & Noh Hujan

Gerak Hati
Azlan & The Typwriter / Lake & Light / Lake & Light

Pelita
A.P.I / Loque / Loque

Cinta Sempurna
Yuna / Yuna / Yuna

Nadiku
Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus

Tolong Ingatkan Aku
Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali

Kau Ada Kamu
Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Manifestasi Cinta
Fiq & Mirwana / Kunci Demak / Kunci Demak & Akmal Mirwana

Hanyut
Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Jahat
Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Cinta
Mohd / Isawandy / Iswandy

Kebahagian Dalam Perpisahan
Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Mencari Konklusi
Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

Selamat Malam
Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Drama King
Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja

Hujan Bunga Di Kuala Lumpur
Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali

Extravaganza
Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface

Oh Juwita
Nubhan / 6ixth Sense/ 6ixth Sense

Menggegar Dunia
Adam & Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Susun Silang Kata
Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas

Cinta Kosmik
The Fabulous Cat / Alibi Hustler / Alibi Hustler

Realiti Dewi
Alyah / Omar K/ Zel Firdhaus

Noktah Cinta
Hafiz / Ajai/ Shah Qalam

Berlari
Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok

Bersamamu
Joe Flizzow / Jihan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko & Syaheed

--

The game is on! Frankly, dah tak ada apa yang menarik tentang AJL ni but since this is another only padang untuk orang macam aku bermain tentang muzik, it's kinda interesting untuk aku ketawa tengok artis-artis baru nak up became so anxious + excited about this game. Because terang lagi bersuluh kalau bukan Aizat the trophy going to be back home to Audi & FT. Yang lain boleh balik belajar dulu. Gud Luck All!

HM: Italic one must be perfect for the final and that just it!
*sumber senarai Murai

andien, moving on



From Andien new album, Kirana. Aku ulang dengar this track over and over again. Dah lama tak layan tune motown begini. remind aku pada track Respect - Aretha Franklin. And the best thing dalam Kirana Andie ada record trak hebat Krakatau legendary jazz band dari Indonesia menerusi trak Gemilang. It's a full soul jazz fuzzy groove atau apa saja yang membolehkan anda katakan jazz.

Tuesday, October 19, 2010

Adam Lambert Glamnation Tour 2010


Konsert Glamnation Tour Adam Lambert 2010
14/10/10
Stadium Putra Bukit Jalil.

---

Adam Lambert aku rasa cukup 'adil' bila buat semua yang ada dalam stadium menunggu sejam lebih dan konsert pun hanya sejam (sucks!)

Konsert malam itu dibuka oleh siapa pun aku tak pasti tapi daripada annoucement yang dibuat oleh mc malam tu macam cukup banyak award dia dah menang. Ok la not that bad he sang he dance lagu popular dekat radio yang aku pun tak sure sangat tajuknya tapi Jay Sean nyanyi (rasanya) dan kemudian masuk pulak Daniel Malaysian Idol 2 dengan lagu It's My Life (Bon Jovi) yang dihancurkan dengan sangat mudah. Ok dan selepas itu penonton dibiarkan menunggu lagi untuk Adam Lambert keluar dan sangat buat aku nak tertidur. Nasib baik Oreo, Aya dan Alin ada. Kalau tak memang awal-awal aku dah blah.

Apa yang betul-betul menarik perhatian adalah sekumpulan ahli pas yang buat demonstrasi dekat luar stadium menentang konsert Lambert kerana dia dilihat sebagai ikon gay, seumpulan lelaki gay yang terkinja-kinja menggesel-gesel dan ugrhhh sangat menjijikkan!

ok back to the concert, Lambert sekadar ok atas pentas. Communication skil total zero. He didnt say anything sampailah second last song itu pun sebab nak perkenalkan band mate yang ada. What i can recall is Lambert tak tinggal untuk sebar message sexualitynya dengan kaitkan dengan cinta. Plus penari-penari pondan atas pentas yang buat free tiger show tu pun buat aku jelak. Adoi apa ni? Overall AKU GAGAL untuk feel the vibe sebab bagi aku show Lambert malam itu sekadar showcase biasa atau mungkin lebih tepat jamming session with Lambert. Tak ada apa yang meninggalkan kesan. If i were the audience who paid for the concert aku akan redeem balik the ticket. seriously tak berbaloi. Lambert syok sendiri atas pentas penonton gila babi dekat bawah.

Anyway kepada promoter yang nak suck duit budak-budak yang bayar beratus ringgit for the concert pun pleaselah fikirkan elemen-elemen positif yang boleh masuk akal sebab dengan segala apa yang jadi malam tu semuanya serba tak kena. He didnt worth to perform here. Dan buat aku fikir kita ada banyak lagi talent yang hebat berbanding Lambert yanga sekadar oogah boogah itu. Thanks to Szujane (Sony Music) anyway for the invitation and that's all.


Set List

Voodoo
For your entertainment
Rabbit Hole
Ring Of Fire
Fever
DRUM/DANCE SEGMENT
Sleepwalker
WDYWFM
Soaken
Broken Open
Aftermath
Surefire
Strut
Music Again
If I Had You

Encore:
Mad World
20th Century Boy

Sunday, October 10, 2010

Yuna - Decorate

YUNA - DECORATE (2010)
Penerbit: Yuna Zarai
Juru Rakam: Jeffery Little / Nic Nac / Ully
Juru Adun: Roslan Aziz / Ethan Carlson / Huzai
Creative: Yuna Zarai / Zel Atif

Verdik: 4/5

Tak taulah berapa kali dah aku ulang dengar sebelum menulis review debut singer songwriter ini. Gadis Semasa yang jadi pembukaan Decorate aku sifatkan sebagai trak yang sangat fresh dan cool. Aku suka dengan vibe dan groove yang Yuna beri dalam melodi dan susunan lagu ini. Dan pastinya selamba vokal Yuna adalah beri lebih justifikasi dalam nyanyian beliau. I dig this track! These Street lebih deep terutama dalm penulisan Yuna antara bait lirik yang melekat dala fikiran aku "And even you left a long time ago i miss you so and it's hard to tell if you felt this way with someonelse" Ah bagi aku korus lagu ini terlalu jujur dan hanya Yuna saja yang mampu memberi nyawa begini dalam penyampaian melalui vokal selambanya.

Penakut is a killer man! Aku ulang dengar berkali-kali before move ke next track! This is the best track in the album! Again melodi, arrangement dan vokal Yuna jadi nyawa pada trak mellow ini. Seawal petikan piano sehingga korus yang sing-a-long "Ini tidak adil tidak adil baginya" semuanya PERFECT! Fireworks juga tidak kalah dengan eksperimental muzik Yuna. Tapi mungkin agak berat untuk radio. Random Awsome lebih chill dan aku sekali lagi enjoy dengan lirik selamba Yuna. Reebok Shoe, Chakered shirt, a friend of your cousin and all other simple words yang ada dalam trak ini betul-betul buat aku enjoy.

Decorate dan Super Something tampil nuansa lebih simple dan catchy. Both enjoyable to listen and remind. Korus dalam Decorate buat aku teringat melodi-melodi hebat Damien Rice tapi sayang kejap sangat lagu ni tak puas nak dengar. Turut dimuatkan dua trak yang kita sering dengar Rocket dan Cinta Sempurna dengan susunan baru. Dan jangan terlepas untuk dengar hidden track rakaman terbaru Dan Sebenarnya yang aku lebih enjoy berbanding rakaman asal . Sebab version hidden track ini sound lebih live dan raw.

Overall album ini aku sifatkan sebagai sebuah album dengan kualiti produksi yang paling baik tahun ini. Daripada kerja kreatif dalam penghasilan cover dan inlay album ke penciptaan lagu, susunan muzik, rakaman dan penulisan lirik, Yuna butikan bahawa dia buka sekadar Gadis Semasa! Yes she's might not the singer who can hit the high note that well but she's one of a kind yang bawa muzik kita jauh daripada apa yang ada. This is one of the best this year (decade) to date!

Sean Ghazi - Semalam

SEAN GHAZI - SEMALAM (2006)
Penerbit: Guy Noble / Peter Chong / Sean Ghazi
Juru Rakam: Phil Punch
Juru Adun: Peter Chong / Mixman Production
Design: Justin Goh / Paul Gadd
Verdik: 5/5

Ini antara album yang paling banyak menerima pencalonan dalam AIM 2007 lepas dan aku ambil masa 4 tahun jugalah untuk dengar full album ini and surprisingly skeptikal pada awalnya jadi kekaguman aku pada Sean. He's a serious about music! Album ini dibuka dengan trak ciptaan Sean sendiri bersama Izlin Ramli, Semalam yang punya mood classical pop dengan melodi dan susunan yang cukup dramatik. Ditambah dengan vokal jantan milik Sean buat aku melayang dengan trak ini. Kuimpikan Bintang (China Forbes/Thomas M. Lauderdale) lebih energi dengan groove dalam melodi ditambah pula dengan korus yang catchy. Trak ini buat aku
layan habis! Rambut Hitam Matanya Galak sekali lagi menyaksikan mood classical jazz yang mantap, aduh saat ini buat aku benar-benar berdosa sebab pandang sebelah mata dengan Sean before this! He's got a real tune in here.
I have Dreamed rakaman semula daripada muzikal The King & I juga menrik. Kalau aku tak tau Sean yang nyanyi memang aku akan ingat it's international singer. Hujan Di Tengahari yang jadi one of all time favourite P.Ramlee trak au turut ada. Melodi masih begitu, namun susunan string dan orkestra dalam trak ini betul-betul beri jiwa luar biasa dalam remake ini. Juah Jauh masih perlahan namun momentum muzik dan soul dalam susunan muzik buat aku tak henti terdetik perkataan wow dalam hati. This is one of the big emotion in this album. Dan deep mood dan vokal Sean beri justifikasi luar biasa dalam trak ini.

Punch Card is my number one favourite dalam album ini. Cheeky blend vocal Sean dan back-up vocal amat luar biasa! Especially whisper Sean sepanjang verse sehingga ke korus. What can i say again susunan dalam trak ini amatlah wow! Aku hanya mampu imajin how beautiful trak ini diperform di stage yang besar dengan koroegrafi hebat, oh man this going to be a memorable performance. i love this track so much!

Getara Jiwa sekadar biasa buat aku mungkin sebab dah terlalu ramai yang rakam semula trak ini begitu juga dengan Dengar Ini Cerita but Adibah Noor and Ida Nerina Voices makes this track much way fun to listen! Somewhere We Love sekali lagi jual muzikal classic jazz yang kental dan Sabar Menanti lebih menarik perhatian aku. Sedap dan sedap dan sedap. And this time around Ahmad Nawab takkan banyak cakap sebab trak ini disusun semula much way better than the original one.

Again aku rasa sangat berdosa sebab terlalu memandang rendah dengan usaha Sean Ghazi, sebab dengan penghasilan Semalam kualiti yang diberi Sean amat luar biasa. Dan ini adalah bukti bahawa he is serious dan tahu apa yang dia lakukan dalam muzik and that's count sebab effort yang diberikan betul-betul teruji dalam debut ini. To Sean yes i am still dont think you can do live very well but you Shouldn’t stop doing this!

Tuesday, October 5, 2010

Sheila Majid 25 Years on Top with MPO


Sheila Majid 25 Years on Top with MPO
Conductor: Kevin Field
Vocal: Sheila Majid

--

1st
Rizal Zulkapli, kau kejam sebab sanggup bid the ticket (haha..)
2nd
Thanks to Qarl, sebab jual tiket (siap diskaun lagi!)

OK aku start dengan how Sheila became obsession. Album kompilasi Gemilang yang diterbit tahun 1993 is the 1st cassette yang aku beli dan buat aku obses dengan Sheila. Dan selepas itu aku start cari album Legenda (1990) yang disifatkan sebagai the best remake to date. Ratu is the ultimate! After all it still Sheila best album. Dan tahun 1997 aku berazam yang satu hari nanti aku akan ke konsert Sheila. And luckily at the at the age of 25 years aku berjaya menonton konsert yang aku nak sangat tonton since i'm 12 y.o dan after 13 years tiket yang akan aku frame kan itu jadi hadiah terbaik hari jadi aku tahun ini. When Sheila celebrating her 25 years in the industry, i am celebrating my 25 y.o birthday! Woohoo..

Back to the concert, Malam tu aku lambat dan hanya dapat dengar trak Aduh Sayang dari luar sebelum dibenarkan masuk. Gemilang is one of the song yang punya susunan paling beautiful! Dan aku tak sangka Nada akan jadi pilihan Sheila jugak malam tu. The first half of the concert crowd agak statik, macam aku je yang enjoy! Maybe sebab Sheila banyak bawak trak-trak jarang keluar radio. The track macam Percayalah & Cobalah Bertahan hadir dengan susunan baru yang lebih orkestralik! Oh man, saat Jeritan Batinku didendang everyone was silence dan the performance is so memukau! I am amazed with the sound yang ada di DFP. PERFECT! Groove dalam Kau dan Embun (ya aku sangat tunggu trak ini) antara yang paling aku enjoy.

Ku Mohon yang didendang pada set kedua sekali lagi buat semua di dewan terdiam pukau dengan soul yang Sheila bawa dalam trak indah itu dan kuasa orkestra beri nyawa luar biasa pada trak ini. Dengarkanlah yang didendang terlebih dahulu daripada Ku Mohon and She forget the lyrics! dan dihandle dengan bijak di stage - disusuli Kerinduan. Sheila is a naturalist on stage. Tak perlu skrip yang proper dan dengan chicky serta spontan gayanya tak gagal buat semua yang hadir malam tu dengan senyuman.


Antara trak lain yang buat crowd mula menyanyi Pengemis Muda, Antara Anyir dan Jakarta, Warna serta sekali lagi groove dalam Manusia. Konsert malam diakhiri trak Legenda dan ditutup dengan Sinaran. Puas? Mungkin perlu lagi setengah jam. Sebab bila konsert habis aku rasa crowd perlu lagi atleast 2 lagu before diorang penat menari. But again this is the best moment of 2010 for us yang ada dalam dewan malam itu. Pagi sabtu aku bangun dengan harapan aku dapat pergi lagi malam ini. Ah, i am so happy. it's a wow moment for me man! Cuma next time Sheila please Rintihan Harimau satu! haha..

Tuesday, September 28, 2010

Sheila Majid Re-Release Album


Album: Sheila Majid - Gemilang...Timeless
Producer: Roslan Aziz
Year: 1993
Verdict: 5/5

Ah! Finally aku dapat jugak one of my Sheila's favourite album ini. Thanks to Warner Music kerana effort mengeluarkan album ini semula kalau tak memang putus jugaklah tali kaset yang aku keep ulang dengar over the years. 11 trak dengan gabungan koleksi live show dan rakaman istimewa sepanjang karier Sheila dari tahun 1989 ke tahun 1992. Apa yang istimewa setiap trak membawa makna tersendiri kepada Sheila dan peminat.
Antara yang paling menarik adalah trak You Should Know By Now yang menurut Sheila adalah lagu yang mula-mula beliau nyanyikan ketika audition pertama bersama the maestro, Roslan Aziz. Persis (Michael Veerapan) yang dirakam untuk album Emosi antara trak favourite aku. Rakaman live version ini buat aku lebih enjoy untuk dengar berbanding rakaman studio. Dan menurut Sheila juga, ini adalah antara trak yang mula-mula membawa beliau ke dalam legasi muzik Indonesia.

Rakaman Tunggu Sekejap yang ada dalam cd dan tiada dalam kaset. Aku suka version Sheila sebab gabungan pop fusion dengan ending yang dramatik buat aku enjoy dengan trak ini. 2 killer ballad yang sangat haunting Selamanya (Chrisye) dan Gerimis Semalam (Mazlan Hamzah) juga antara trak special album ini. Selain trak Gemilang karya Johan Nawawi yang punya punch chorus yang mantap.

After all album Gemilang...Timeless ini akan sentiasa jadi one of my favourite production daripada Sheila. Thanks agai kepada Warner Music atas effort re-release the cd.

Album: Sheila Majid - Cinta Jangan Kau Pergi
Producer: Roslan Aziz
Year: 1996
Verdict: 5/5

Album yang di release untuk pasaran Indonesia ini antara yang aku tunggu. Sebab ada beberapa rakaman yang betul-betul aku tunggu. Antaranya all time favourite, versi asal Wanita (Mac Chew/Habsah Hassan) dengan arrangement berbeza daripda pasaran Malaysia. Selain Nada, Bahagia, Dia dan Kasih. Semua dengan arrangement yang lebih jazzy daripada pasaran Malaysia. And again i put put this as one of my all time favourite Sheila's cd!

Wednesday, September 15, 2010

MIX TAPE SEPTEMBER

Yuna - Decorate (2010)
Dari cover album sudah buat aku cukup teruja dengan debut penyanyi popular Dan Sebenarnya ini. Antara yang menarik dan perlu diberi perhatian lebih Gadis Semasa, Penakut, Decorate dan Random Awsome. dengarkan juga trak Super Something yang bagi aku impresif dari segi susunan muziknya. Sayang tak ada lagu Deeper Conversation.

Marcell - Peri Cintaku (2010)
A very fine ballad daripada penyanyi seberang yang sentiasa menjadi favourite aku ini. Seperti juga single sebelumnya Takkan Terganti, trak ini juga amat menangkap pendengaran kala pertama kali mendengar. Lirik lagu ini buat aku trfikir jugak adakah ia merujuk pada isu perkahwinan nya dengan pelakon Rima Melati antara baitnya "Aku untuk kamu, kamu untuk aku. Namun semua apa mungkin iman kita yang berbeda, tuhan memang satu kita yang tak sama". But apa pun it still a fine ballad yang best.

Mia Palencia - Sayang
Dah lama aku cari trak ni, finally dapat juga dengar. Lagu ini buat aku teringat trak dari Maman dalam sountrack Layar Lara. Soothing dan vibe vokal besar milik Mia beri justice yang baik untuk trak ini.

Radiohead - Kid A
OK Computer secara personal adalah album terbaik Radiohead. Namun bila start dengar balik Kid A, album ini bagai melekat dalam cd player. Antara yang paling kerap aku ulang dengar How To Dissapear Completely, Motion Picture Sountrack dan Everything In It's Right Place.

India.Arie - Testimony Vol.2 (Life and Politics)
Rasanya aku prefer Testimonial Vol. 1, namun siapa yang boleh mengatakan tidak kepada soulfull vocal milik india. Antara yang betul-betul menarik He Heals Me (yang sangat romantikal) Long Good Bye, The Cure dan Theraphy.

Sheila Majid
Since aku betul-betul kecewa dengan jualan tiket konsert 25 years beliau di dfp yang habis dalam masa 2 hari, bulan ini antara bulan yang paling banyak trak2 Sheila yang aku dengar antara yang paling kerap Embun, Kau, Jentayu, Cinta Jangan Kau Pergi, Rintihan Harimau, Di Himpit Keraguan dan Wanita. Hopefully akan ada konsert Sheila lagi buat masa terdekat ini even aku tau takkan ada.damn!

Sunday, August 22, 2010

Atilia - Indah

ATILIA - INDAH
Produser: Atilia / TK
Verdik: 2/5

Finally after menunggu lebih sebulan album ini dipasaran juga. 10 trak pop dengan influence jazz, rnb, Malique dan Sore. Kenapa aku cakap influence Malique dan Sore? tu kena tunggu. ok lets we start dengan first track Indah (Ifa Fachir/Atilia) it`s a fine track. Soothing, relax and yes it's Indah. Aku tak ada masalah untuk layan trak begini but macam Sangkar, Indah maybe agak berat utk mass.Then we move to 3rd track Terindah Pilihanku (Ifa Fachir) wooo lagu ni best! buat aku teringat Selalu Dengamu. But i do prefer arrangement lagu ini lebih ke arah soothing jazzy sebab apa yang terhasil daripada trak yang di arrange TK ini terlalu ke arah pop. but i do love the melody n the lyric.

SelainNya (Mohariz Yaakob) buat aku mula confuse dengan Indah! This is not the kind of music yang buat aku suka Atilia. Sebab kita semua diperkenalkan dengan Atilia dengan nuance jazz dalam Sangkar dan trak ini buat aku betul-betul hilang faham tentang apa yang Atilia mahukan. Im not saying this is not a good track but it's just not the Atilia that i knw before or i hope to be. If Ayu or Misha sing this song it will be fine but not Atilia i guess.

Remake Gelombang antara yang aku tunggu, but again it's just not happen like what i hope or think. Mood bossa dengan lirik sendu mendayu begini totally off! Again i am not saying this not a good one, but aku betul tak rasa ada chemistry antara melodi, arrangement dan lirik. tak syncronized! I was hoping that the new rendition will be something like Duyung. Mellow and real deep! Old Love ft. Noh (Mike Bloemendal) lebih ok rasanya. Change (Paul Morisson) is a wonderful R&B track! antara trak yang aku boleh layan! but i can't help but wonder how beautiful this song kalau Dayang yang nyanyi. And again at this point buat aku makin tak sure dengan direction Indah.

Ok this is the best part untuk aku review Indah. 2 trak gabungan bersama Malique n The Essential dan Sore. Luckily aku betul-betul kenal dengan 2 band indo ini. Kita start dengan Harus Bagaimana ft. Malique. From the very first beat aku dah boleh tahu ini trak Malique. Funk jazz begini memang signature band ini dan hal yang sama juga dengan Silly Little Thing yang terlalu Sore. Persoalan aku bila dua tiga kali dengar, ini album Atilia, Malique atau Sore? It would be nice kalau Atilia bawa muzik beliau sendiri dan bawa Malique dan Sore ke dalam muzik Atilia sebab end up kedua-dua lagu ini jadi Malique ft. Atilia dan Sore ft. Atilia. At this point aku rasa Atilia betu-betul hilang arah dalam Indah. Album ini ibarat menjadi terlalu pop dengan bonus trak daripada album Sore, Malique, OST Talentime dan P.Ramlee The Musical.

Album ini suppose menjadi album yang aku suka namun ia end up jadi album yang aku confuse dengan direction Atilia. Sebab aku kenal Atilia dengan Sangkar dan aku terlalu suka Sangkar dan dalam Indah tak ada elemen Sangkar. Aku harap ada trak2 hebat (tersendiri) seperti Ranjau, Salah Sangka, Duyung, Selagi dan Sudah yang aku sifatkan sebagai trak2 yang lebih soul maksud aku lebih deep dan jazz or maybe aku terlalu tua untuk muzik pop jazz begini? Ah! hopefully after 2-3 weeks cd ini dalam radio berhabuk itu aku boleh faham apa yang Atiia, TK dan Adam ingin lakukan. Hopefully sebab on the first 4-5 times aku ulang dengar jiwa aku masih belum melekat dengan mana-mana trak dan buat aku mahu dengar Sangkar semula. Nampaknya journey Atilia tanpa Roslan Aziz, Jason Voo dan Mukhlis Noor ini benar-benar buat Atilia sesat jauh ke dunia pop yang belum tentu menjajnjikan lagu-lagunya berada dalam carta hit tempatan.

Overall album ini bukan tak bagus but untuk seorang yang seperti Atilia yang mana aku kenal dia dengan kualiti tinggi yang diberi dalam debut Sangkar dan even dalam Pelangi Mimpi, album ini a bit dissapointment buat aku.

Tuesday, July 27, 2010

BEST ALBUM IN THE ERA OF 90'S

Aku ambil masa untuk betul-betul cari album yang banyak beri pengaruh pada aku dan industri zaman 90-an. So this is the list of top 10 best album yang aku fikir terbaik dihasilkan sepanjang 90-an. Still ada beberapa album lain di fikiran antaranya album dari Nora, Teachers Pet, Casey dan Search. Namun album mereka sedikit tewas dalam beberapa faktor seperti how advance the sound. Sebab bagi aku album yang ada dalam list 10 aku ini adalah album yang relevan untuk kita semua dengar zaman ke zaman.


SHEILA MAJID - RATU
Year: 1996
Producer: Roslan Aziz

This is one of the best album ever made to date! Aku benar-benar kagum dengan penerbitan album ini. Dari satu trak ke satu trak album ini tidak langsung membosankan! Nama-nama besar selain Roslan Aziz sebagai peneraju utama adalah Adnan Abu Hassan, Mac Chew, Jenny Chin, Johan Nawawi dan Mukhlis Nor. Setelah lebih 10 tahun album ini dipasaran, bagi aku album ini masih lagi relevan even untuk 10 tahun akan datang. Itu magis Ratu dan Sheila.


KRU - OOH LA LA
Year: 1997
Producer: KRU

Album terbaik sepanjang karier boy band ini. This is the album yang aku keep ulang dengar over the years masa aku membesar dulu dan boleh dikatakan KRU adalah antara pengaruh besar untuk aku minat muzik masa kecil dulu. Album yang diterbitkan tahun 1994 ini menurut aku paling inovatif di zamannya. Trak Negatif, Semuanya Ok, Diari Metropolitan dan Oh La La pasti saja menjadi trak yang keep bermain di minda semua yang membesar dengan KRU. Debgarkan juga witty mereka dalam trak Anti-Lanun dan Petaling St. Seriously this is their best album. The best thing album ini menewaskan album Ratu untuk kategori album pop terbaik AIM 3 dan turut menang best album!


ZAINAL ABIDIN - GAMAL
Tahun: 1994
Producer: Roslan Aziz

Album ini memenangi album terbaik AIM 1996 menewaskan album Canggung Mendonan M.Nasir dan Ning. Magis Roslan Aziz sekali terbukti dalam Gamal. Agak berat untuk pendengar tempatan yang aku rasa belum betul-betul ready dengan experimen muzik Zainal, Namun dek kerana kualiti tinggi yang diberi Gamal album ini dilihat sebagai sebuah album di kelas yang tersendiri. Album ini ibarat journey muzik, kita dibawa mengembara dengan muzik-muzik etnik dan fusion. Aku tak rasa Zainal atau mana-mana artis lain mampu menandingi album ini. Antara hasil terbaik dari anak tempatan dengan kualiti antarabangsa, personally aku tabik spring to the whole team!

3) M.NASIR - CANGGUNG MENDONAN
Year: 1995
Producer: M.Nasir

Album yang menggabungkan mahakarya M.Nasir. Siapa saja tidak kenal dengan lagu Mentera Semerah Padi, Bonda dan Sentuhan Listrimu? Album terbaik sepanjang karier seniman yang diberi jolokan sifu ini. Ada yang mengatakan Phoenix Bangkit album terbaik beliau namun jika diikut dari segi impak Canggung Mendonan menang dalam banyak hal! Kualiti Muzik dan lirik yang brilliant. Canggung Mendonan akan jadi arkaik berharga dalam indutri pop tempatan.



LIZA AZIZ - HATI INI
Year: 1995
Producer: Ahmad Izham Omar / Paul Moss / Azlan Abu Hassan / Azman Abu Hassan

Dalam legasi r&b pop album ini mungkin agak underrated. Namun dari segi kualiti muzik album yang dibikin pada tahun 1995 ini adalah apa yang Anuar Zain dan Dayang NurFaizah perjuangkan di hujung 90-an. Album yang patut menjadi kiblat penyanyi pop r&b tempatan. My favourite trak sudah pasti Masa (Azlan) Bisikan Rindu ft. Remy Innuendo (Ahmad Izham), Hati Ini (Kenny Tay) dan Tak Rela (Ahmad Izham Omar). Album ini mendapat 3 nominasi dalam AIM 3 namun tewas dengan album Ooh! La La -KRU.


WINGS - ORANG ASING
Year: 1995
Producer: Joe Wings

Nah! album tanpa Awie ini antara favourite album Wings aku. Mungkin peminat Wings ada yang tidak bersetuju, sebab album Teori Domino lebih beri impak pada 90-an. But this is my personal favourite. Trak blues soul n soul Semalam Yang Hangat (Zamri S) dan Lena Diulit Intan (Saari Amri) bahan fikir utama album ini. Orang Asing bagi aku sisi lain Wings, dengan sound yang lebih bules dan tidak terlalu keras. Dengarkan juga Ranjang Mawar (M.Nasir) yang boleh buat aku melayang dan ulang dengar berkali-kali.



NING
Year: 1994
Producer: J.P Abdullah

Debut Dekat Padamu memenangi album terbaik. Tapi bagi aku album kedua Ning ini lebih baik berbanding first album. Trak hebat seperti Pasti, Kau & Aku, In Another Life dan my all time favourite big ballad, Penjara Kasih membuatkan album ini antara all time favourite album daripada penyanyi hebat ini. Gandingan hebat J.P Abdullah, Jari, Ross Ariffin dan Johari Teh.


MAN BAI
Year: 1995
Producer: Man Bai / Roslan Aziz

Trak killer dan evergreen Kau Ilhamku bagi aku reason mengapa album ini harus jadi koleksi peminat muzik tempatan. Debut Man Bai ini dengan nuansa progresif pop bagi aku terlalu ke depan dari segi kualiti rakaman dan muziknya sendiri. Album ini sebuah album dengan hasil yang harus dibanggakan mantan kumpulan Gersang ini. Favourite trak sudah tentu dengan satu lagi ciptaan Asmin Mudin, Sebenarnya dengan mood folk pop yang sangat melodius. Selain Menanti (Man Bai/Afdlin Shauki)


Ella - U.S.A
Year: 1994

Ah! Aku confuse nak pilih 30110 atau album U.S.A ini kerana kedua-duanya album penting ratu rock ini. Namun album dengan jualan tetinggi dalam profil Ella ini mungkin lebih baik daripada segi produksi. Trak Gemilang, P.P.P, Nuri dan Menanti sudah sebati dengan kita semua even buka hard-core fans Ella. But tak tau mana silapnya selepas album El terutama album Simbiosis, Ilham Bicara dan Rama-Rama, Ella bagai hilang magis. But afterall she still our own rock sweet-heart!



RAIHAN - PUJI PUJIAN
Year: 1998
Producer: Farihin Abd. Fattah & Nasser Abd Kassim

What can I say? Raihan is the phenomenal. Lonjakan Raihan dengan album Puji-Pujian membuatkan kumpulan nasyid tempatan yang awalnya underrated menjadi hal yang penting pada industri. Aku sifatkan Puji-Pujian sebagai killer album. Trak Puji-Pujian, Iman Mutiara, Peristiwa Subuh dan trak lain adalah magis buat muzik nasyid tempatan. Sebuah produksi yang tinggi nilai komersial seiring kualiti muzik yang hebat!