Wednesday, January 13, 2010

tinggi rendah AJL

"Fauzi kemudian menjelaskan, keistimewaan lagu Pergi terserlah dengan sendirinya. Katanya, lagu itu cukup sempurna kerana nada rendah dan tingginya hadir seiring"...Serimah Mohd Salehuddin Berita Harian 12 Januari 2010.

Finally aku faham kritiria sesebuah lagu yang layak bergelar Juara Lagu adalah lagu yang "sempurna" nada tinggi dan rendahnya. Anyway aku tak ada masalah kalau lagu Pergi menang Juara Lagu 2 atau 3 tahun lepas. Sebab Pete dah terlalu banyak buat lagu pop yang begitu tak ada apa yang fresh dan original tentang Pergi. Oh lupa fresh dan original bukan kriteria Juara Lagu.

Ada beberapa lagu yang aku rasa betul2 sempurna dalam penyatuan melodi dan lirik, pertama Tak Mungkin Kerna Sayang (Ajai/Habsah Hassan) Masih Jelas (Aidit Alfian/Ad Samad) dan Situasi (Sam) tapi lagu2 ini tak memberikan apa2 yang baru dan segar dalam industri, andai kata Situasi menang ia seakan mengulang kejayaan Estranged dua tahun lepas dan andai Ajai atau Aidit yang naik pentas after all lagu ciptaan mereka itu just another pop song yang akan kita lupa. Tiada ada apa-apa yang baru tentang 3 lagu tersebut walaupun bagi aku lagu2 tersebut sangat baik dalam penyatuan melodi dan lirik, especially TMKS(Ajai) lirik yang ditulis Habsah benar2 menyerlah dengan susunan kata dan cerita yang amat baik, dan itu tak ada dalam Pergi. Tapi macam aku kata tadi TMKS tak boleh jadi juara sebab after all lagu tersebut hanya sekadar pop biasa sahaja, same goes with Masih Jelas, melodi pop Aidit sangat indah, namun tiada apa yang lebih dioffer selain pop yang biasa kita dengan lebih 20 tahun kebelakangan ini.

Dan Sebenarnya mewakili apa yang aku maksudkan dengan Fresh dan Original, melodi Yuna sangat istimewa dan tersendiri, belum ada lagu yang begini dicipta dalam tempoh 4-5 tahun kebelakangan ini untuk AJL. Begitu juga dengan lirik yang cukup menawan, bait2 seperti "..oh bulan enggan melayan diriku lagi" "...dan lagu-lagu diradio seakan memerli aku" bagi aku sangat genius! Dan introduction yang dibuat Yuna ketika persembahan bagi aku cukup menawan. Sayang Dan Sebenarnya hanya layak dapat no. 2

Aizat menggondol Anugerah Persembahan terbaik pada malam tersebut untuk Kau Aku, frankly speaking Aizat tak buat apa-apa, kerana hakikatnya kita lebih enjoy tengok budak2 sekolah tu daripa Aizat sendiri. Stacy did a very good job menyanyi dan menari pada masa yang sama, energy yang dia berikan more than what we can think that she will give belum tentu 10 contestant yang lain mampu buat, tapi biasalah gimik2 kecil yang mengaburkan mata juri dan penonton buat kita semua nampak performance Aizat lebih hebat berbanding Stacy, walaupun hakikatnya Aizat xbuat apa2 atas stage tu selain gerakan2 simple dan cheeky.

"Dia (Black) berjaya mengekalkan tempo yang baik sepanjang persembahannya. Dia berjaya mengawal nada rendah dan tingginya dengan baik, sebab itu dia layak memenangi kategori Vokal Terbaik" komen ketua juri Fauzi Marzuki.

Again, Fauzi Marzuki membangkitkan isu tinggi dan rendah, and sorry to say, what he (Black) did on the hi note i dnt consider it as singing. Kalau nak cakap pasal penyanyi yang benar2 berjaya mengekalkan tempo nyanyian yang baik sepanjang lagu, Anugerah Vokal Terbaik aku bagi pada Akim. He did a very2 good job. Tiada apa yang kurang, persembahan vokal Akim sangat kemas dan voice control Akim sangat power, even Misha nyanyi kita boleh dengar betapa rawnya shacky suara beliau, namun Akim benar2 berjaya buat aku kagum dengan kawalan vokal yang sangat-sangat baik! tapi disebabkan lagu tersebut tak setinggi dan serendah lagu Black maka Akim tewas.

Overall AJL kali ini adalah AJL yang paling banyak lagu2 yang baik, namun disebabkan kriteria tinggi dan rendah yang dijadikan kayu ukur lagu terbaik, banyak lagu2 lain terpaksa akur kalah. Aku Skandal PATUT berada dalam top 3, Faizal suppose not to sing that nite because Shila really need the exposure plus suara kau sangat sakit Faizal!, Dato` Farid Juri? Adakah dia mencadangkan dirinya kepada penerbit AJL?, Fatimah Abu Bakar akan bias bila ramai sangat anak2 buahnya dalam AF atas pentas? oh and again TV3 nak buktikan bahawa berapa ramai pun ex-AF yang ada pada malam tu talent hasil program realiti mereka adalah yang terbaik (Black). Congrats to Cheryl, Ally n Faizal as usual you guys did a very2 good job!

p/s: TV3 kalau ya pun janganlah nampak sangat!