Friday, February 19, 2010

.sountrack.

Soundtrack bagi aku adalah wakil sebenar kepada mood sesebuah filem dan sebab itu juga soundtrack menjadi kesinambungan yang baik bagi setiap filem yang aku tonton untuk aku terus merasa feel yang sama setiap kali selepas menonton. dibawah adalah antara few soundtrack yang menjadi favourite:


500 Days Of Summer (2009)
my friends know how much i dig with this movie! setiap track didalam sountrack ini akan mengingatkan aku tentang momen-momen dalam 500 days of summer. Track2 hebat dari The Smiths (yang aku kenal melalui filem ini) adalah nyawa sebenar filem ini yang mewakili character utamanya. Track dari Regina Spektor seperti Us dan Hero juga amat2 baik dan favourite aku adalah track dari Carla Bruni - Quequ'un M'a Dit. This is the most ost yang aku ulang dengar berkali tanpa jemu.


Ada Apa Dengan Cinta (2001)
Antara filem yang lagunya dikenali ramai orang, AADC ada mood yang sangat baik dan timing yang tepat untuk keluar dipasaran tempatan disaat kita masih lagi syok sendiri dengan sound2 cengeng, melly lebih advance untuk explore banyak sound2 seperti alternative rock, folk dan r&b yang sangat baik. Antara track favourite aku adala Ingin Dicintai & Mencintai, Tentang Seseorang, Dimana Malumu dan Denting yang mengingatkan aku pada sound bjork dalam Dancer In The Dark. Dan yang pasti puisi dalam bonus track Tentang Seseorang versi Dian Sastro yang sangat puitis dan indah.


Closer (2004)
Enuff said, The Blowers Daughter is the main reason why soundtrack ini sehebat filemnya. Emosi dalam melodi dan penyampaian Damien Rice sangat real dan deep. Selain track Cold Water dan track2 classical french serta few track instrumental dari mozart yang sangat cool dalam album ini. Sebagaimana filemnya, ost Closer menawarkan muzik yang dewasa dan matang.



Long Vacation (1996)
Album yang menampilkan maestro muzik jepun, Daisuke Hinata sebagai penerbit dan band pop jazz jepun Cagnet sebagai teraju utama adalah antara sountrack terawal yang aku beli ketika dibangku sekolah dulu. Dibuka dengan track pop La La La Love Song yang sentiasa menjadi siulan. Namun favourite sebenar aku dalam album ini adalah Deeper&Deeper serta Sobani Iteyo yang kental soun jazznya serta petikan piano dalam Minami (Pieces of Sena) Antara koleksi berharga yang aku miliki. And for those yang ada jumpa vcd atau dvd series in please let me know coz ive been looking for a copy sudah agak lama. One of my favourite series.


Ali (2001)
Ini adalah antara belian termahal dalam koleksi aku rm43.90 tp disebabkan kegilaan terhadap track The World Greatest, duit yang ada time dihabiskan untuk cd ini, dan ia adalah belian yang sangat berbaloi.kalau anda inginkan variety dalam sound r&b blues this is the right album, track soul klasik Aretha Franklin dalam Aint No Way, blues Angie Stone dalam 20 Dollar, world music dalam Tomorrow (Salif Keita) dan track penuh energy dalam The World Greatest (yang menjadi metaphor untuk filem ini) oleh R.Kelly. Dan pastinya antara kekuatan utama ost ini adalah sound rare daripada Everlast (the greatest) dan Sometimes oleh Bilal.



Once (2006)
The Swell Season dengan teraju utama Glen Hansard, benar2 beri nyawa kepada setiap melodi dalam sountrack ini, dengarkan Fallin Slowly yang turut memenangi Best Original Song dlam Academy Award tahun lalu. Turut meletakkan track2 lama dari band The Frames melalui lagu Say It to Me Now. Album yang akan membuat anda melayang dengan sound2 genius dan deep.




* * * *

p/s: Malaysia ada ke?

3 comments:

  1. ada la few mcm syg u can dance, tp xterasa kehadirannya.

    ReplyDelete
  2. first time reader here..

    i like OST 500 days of summer..especially Regina Spektor Us & Temper trap Sweet Disposition..best OST so far..

    long vacation pun terbaik..

    ReplyDelete