Wednesday, March 31, 2010

Faizal Tahir - Adrenalin

Faizal Tahir - Adrenalin
produced by Audi Mok & Faizal Tahir
verdict - 4/5

And finally the real drama king is back with another excitement yang sangat mengujakan peminat2 beliau, so mari kita bedah siasat apa yang sangat mengujakan tentang album ini. Album ini dibuka dengan track Adrenalin, sound pop rock yang fresh. Its just a fine track, nothing much to said but the way it ended, well. Track kedua Superhero bagi aku tertalu Faizal, kita memang sudah boleh predict lagu-lagu begini akan ada dalam album baru beliau so masih Justify Fulllagi belum benar2 buat aku teruja. Till the next stop which is Selamat Malam single kedua selepas Bancinta. The piano works really great Izham! Lagu ini sebuah trak yang complicated bagi aku, the way how Audi blend the ballad with the mood of classic rock really turns me on (rujuk I Dont Wanna Miss a Thing - Aerosmith) but sometimes the strings buat aku rasa lagu ni bingit sikit, at this point yes, adrenalin aku benar2 move.

Karma is wow bagi aku. The melody is so good, and the chorus is the killer especially part hey.. hey.. Thumbs up untuk Audi dan FT. I keep repeating this song over and over again before move to the next track. One of Audi best work! Hanyut bermula dengan vocal solo FT dan ini adalah track yang meletakkan emosi FT paling baik dalam album ini. Ada dua version studio n acoustic aku enjoy kedua2nya sebab macam aku cakap tadi this is the best emotion that FT give in this album. Melodi lagu ini sangat baik, dan bait lirik "Aku memang bersalah selalu saja mengabaikanmu / kusedari segala perih kau lalui ku terlupa kau terluka" good shot for the next AJL!

Track 6 Bencinta kita skip sebab semua orang dah tau dan faham pasal lagu ni, so takde apa sangat nak cakap. Sebab track Muzik is the much way better, sound rock+classical = Queen yang sangat mengancam, melodi Terbaik Audi dalam Adrenalin and the arrangement is awsome! Aku sangat enjoy membaca lirik lagu ini pemilihan perkataan seperti serius, mentaliti mundur, kosa kata, etc. buat aku fikir wow sebab aku ingat Ad Samad je yang berani nak pakai words yang macam tu. This is my no.2 fav track after Karma. Semesta bermula perlahan buat aku tak berminat sangat but when the actual music masuk it sound better, dan semakin ke hujung Semesta menjadi sangat menarik track ini bersambung dengan hidden track a.k.a FT Thank You yang ada back-up suara Nikki. It ended very very well ibarat menonton sebuah konsert live.

Overall this is one of the best Audi work after Hawa, and much way better daripada Aku .Muzik.Kamu yang bagi aku sangat pop. Album ini ada good shot untuk bersaing dalam kategori Best Album untuk next AIM. Congrats to FT, Audi and the crew Adrenalin aku benar2 move dengan karya hebat ini, even yes literally FT is not my fav esp. bila dia bercakap but aku tak bias dalam perihal muzik, he`s great and he should do a lot more on this kind of product.


p/s; luckily the pair is good!

Thursday, March 18, 2010

Pencalona AIM 2010

Percalonan Akhir Anugerah Industri Muzik 2010

Artis Baru Terbaik
AZLAN & THE TYPEWRITER
BUNKFACE
PREMA YIN
TOMOK
YUNA

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
FAIZAL TAHIR: BENCINTA
HAZAMI: SURVIVOR
JAMAL ABDILLAH: TAK HILANG CINTA DI DUNIA
RIZ: KEHILANGAN KAMU
VINCE CHONG: BUAH HATI

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
SITI NURHALIZA: KU PERCAYA ADA CINTA
DAYANG NURFAIZAH: HILANG (Live Version)
JACLYN VICTOR: BERTAMU DI KALBU
JUWITA SUWITO: SEJAK HADIRMU
YUNA: DAN SEBENARNYA

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
SITI NURHALIZA & KRISDAYANTI: AMARAH
DJ FUZZ & MALIQUE FEAT. SALAM: CERITA KEDAI KOPI
INTEAM: ALLAHU RABBI
RABBANI: KEJORA SINAR ZAMAN
RUFFEDGE: PEMUJA DARI JAUH

Kulit Album Terbaik
TO PREVENT THE EARTH FROM MOVING WITH YOU Disagree
LIYANA JASMAY Liyana Jasmay
ALL ABOUT RYNN Rynn Lim
THE GREAT BATTLE Sevencollar T-Shirt
KRONOLOGI CINTA Vince Chong

Rakaman Album Terbaik
INTO… AKASHA Akasha
INSPIRASI Ayu
DAYANG LIVE Dayang Nurfaizah
INDERAWALA Hattan
EYO EYO Prema Yin

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu
SEBAGAI TEMAN Siti Nurhaliza & Krisdayanti
MASIH JELAS Hafiz
SEJAK HADIRMU Juwita Suwito
CINTA ADA Karen Kong, Sheila Majid & Jaclyn Victor
EYO EYO Prema Yin

Video Muzik Terbaik
FIQIR-FIQIR Ahli Fiqir
HALEY Disagree
OSAKA Disagree
OH! SIZUKA Pop Shuvit
EYO EYO Prema Yin

Lagu Pop Etnik Terbaik
DUSTA BERKALANG Aiman
PENANGAN RINDU Ghazala
BARANGKALI Mawi
ENJUT Noraniza Idris
INANG ANAK PERANTAU Saujana

Album Nasyid Terbaik
SYUKRAN Hafiz Hamidun
ALLAHU RABBI Inteam
SUATU PERJALANAN Marjan
MAHABBAH Rabbani
NOTA CINTA Saujana

Lagu Nasyid Terbaik
ALLAHU RABBI InTeam
DIA MUHAMMAD InTeam
KEJORA SINAR ZAMAN Rabbani
MAHABBAH Rabbani
SYAHADAH Rabbani

Album Rock Terbaik
ADRENALIN Faizal Tahir
RASA Flop Poppy
MENCARI KONKLUSI Hujan
PROLOG 2009 Maximus
RASOPARISO XPDC

Lagu Rock Terbaik
KELIBAT SI PENYAIR Azlan & The Typewriter
SITUASI Bunkface
BENCINTA Faizal Tahir
MENCARI KONKLUSI Hujan
DRAMA KING Meet Uncle Hussain feat. Black

Album Pop Terbaik
TAHAJJUD CINTA Siti Nurhaliza
CTKD Siti Nurhaliza & Krisdayanti
DAYANG LIVE Dayang Nurfaizah
AKU STACY Stacy
KRONOLOGI CINTA Vince Chong

Lagu Pop Terbaik
PERGI Aizat
MASIH JELAS Hafiz
PERMAISURIKU Jay Jay
CINTA ADA Karen Kong, Sheila Majid & Jaclyn Victor
DAN SEBENARNYA Yuna

Album Hip Hop Terbaik
IRAMA BERIMA Ahli Fiqir
JIAN Altimet
1212 Colabr8
K.O. THE MIXTAPE Dj Fuzz & Malique
THE TURNING POINT Point Blanc

Lagu Hip Hop Terbaik
CHANTEK Altimet
SYUKUR Altimet
SAYANG-SAYANG Altimet
MASIH HIP HOP DJ Fuzz & Malique feat. Daly (Ahli Fiqir) & Altimet
CERITA KEDAI KOPI DJ Fuzz & Malique feat. Salam

Album Inggeris Tempatan Terbaik
YEAH Amanda Imani
TO PREVENT THE EARTH FROM MOVING WITH YOU Disagree
RUNNING Hazami
THE TURNING POINT Point Blanc
THE GREAT BATTLE Sevencollar T-Shirt

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
PROM QUEEN Bunkface
HALEY Disagree
OSAKA Disagree
SURVIVOR Hazami
DEEPER CONVERSATION Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
TERUSKANLAH Agnes Monica
AKU WANITA BIASA Krisdayanti
MADU TIGA Muhammad Dhani
TERLANJUR CINTA Rossa feat. Pasha Ungu
NUANSA BENING Vidi Aldiano

Tuesday, March 16, 2010

Reshmonu - Harapan

Reshmonu - Harapan
Produced by Reshmonu
verdik: 5/5

Since this album tak jual dimusic store aku hanya dapat dengar full album ini sebulan yang lalu, thanks to Zain for the album. Album ini dibuka dengan track Lalala (Reshmonu / Farasha Osman) yang punya sound samba, latin dn raggae. it is a fresh touch untuk pembukaan album ini but not really my favorite. But the sound engineered really well, very sharp and smooth. Track kedua pun punya mood yang sama menerusi lagu Oh! Anok Anok (Reshmonu / Farasha Osman) Sekiranya kau kembali (Pacai) lebih perlahan and pada track yang ketiga ini buat aku kagum dengan ketelitian Resh dalam penyampaian beliau. Setiap perkataan disebut dengan jelas dan sangat baik, and this is the thing yang sangat obvious ada pada penyanyi bukan melayu mereka akan benar2 beri penekanan terhadap sebutan bahasa melayu supaya ia disampaikan dengan penuh makna (rujuk Nikki, Karen Kong) kredit buat pacai sebab aku sangat sukakan melodi lagu ini, sampai kehujung lagu ini benar-benar buat aku melayang.

Hijau Pun Kelabu (Reshmonu/Farasha Osman) dimulakan dengan tiupan saxophone yang sangat sedap. lagu ini punya mood ska dan raggae yang sangat cool. this is one of my favourite track in this album, tersangat2 cool! track seterusnya adalah fusion jazz, Kau ucap kau alur with Hunny Madu (Reshmonu / Hunny Madu) the fact yang buat aku enjoy dengan track ini adalah kerana blend vokal resh dan hunny yang sangat unik, and this song sendiri punya melodi yang sangat unik, groove dan different, my favourite part is the chorus. Lagu yang boleh buat anda move dengan beat dan sekali lagi sound saxophone yang beri justice terbaik untuk buat lagu ini. Dengarkan juga lirik lagu ini, i am so in love with this song!

Sayu (Reshmonu / Farasha Osman) kembali perlahan. Intro lagu ini buat aku teringatkan sound2 dalam filem2 perancis, ok paling senang anda bayangkan iklan Enchanted punya lagu. Damn beautiful! and yes bila lagu ini habis, aku rasa track ini sangat sesuai untuk sountrack filem bertemakan cinta. Doa untuk dia (Reshmonu / Farasha Osman) juga perlahan, tak begitu menarik minat aku sangat. Track Aku punya teman with Noryn Aziz (Reshmonu / Farasha Osman) lebih hebat, this is my fav track. Dimula perlahan dengan soulful suara Noryn dan ditengah lagu ini menjadi fast beat dengan mood yang sangat baik, blend vokal noryn dan resh juga beri justifikasi yang hebat untuk lagu ini.

Pembawa Bahagia with Adeep & Mawar Berduri (Reshmonu / Farasha, Shamsolnahar & Adeep) ada sample chorus Aku Punya Teman, sekadar biasa, namun aku sangat terpesona dengan vokal adib dalam lagu ini. Album ini ditutup dengan track Ku sayang (Reshmonu / Reshmonu, Caprice, Farasha & Adeep) mood dance yang sekadar ok.

Overall album ini sebuah album dengan kualiti produksi yang sangat2 berkualiti, dari originaliti penciptaan, susunan, dan sound engineering. Album ini diterbitkan dengan penuh ketelitian, tahniah buat reamonu dengan kualiti sehebat ini aku tak rasa ada mana2 album yang boleh menandingi kualiti rakaman album ini dalam masa terdekat ini.

Monday, March 15, 2010

Rosin - Bijau


Rosin - Bijau
produced by: rosin
verdict: 4/5

Kita start review ini dengan perkara2 menarik dalam EP ini. Track 3, Hanya Milik Dia (pot amir/mahfuz) bagi aku adalah track yang sangat memikat. Melodi pot dalam lagu ini sangat fresh dan original, dengarkan petikan keyboard pada keseluruhan lagu ini. Sound jazz pop yang sangat baik dibantu dengan gabungan vokal pot dan ana raffali yang menawan. and the best part adalah lirik lagu ini yang amat chicky. penggunaan perkataan inggeris dalam lagu ini bagi aku adalah idea yang cute. Its a fun track, yang boleh buat aku dengar ulang kali.


Kenapa jauh duduk seorang diri ?
Wishing kamu tenang takkan berhenti
Even beburung bernyanyi menghiburkan bumi
Ku curi irama bikin lagu ini
Kenapa murung biarpun berduaan?
Berbaju kurung tapi bersendirian

track Masih mengingatkan aku pada lagu Keliru nyanyian Taheera yang dimuatkan dalam album Under The Influence dulu. Well this is my favourite track. Sound jazz yang kental dengan susunan muzik yang sangat baik buat lagu ini bagi aku adalah track dengan melodi dengan susunan terbaik dalam Bijau. GULAGILA dibuka dengan Movie Intermission (kalau xsalah) dari album BranNuendo, sebuah track yang fun, sound reggae + jazz + ska yang melatari melodi lagu ini, lagu ini umpama wake-up song dengan lirik yang simple namun ada substance. Dengarkan sinikal Pot dalam track Lucu yang mengkritik ideologi sesetengah radio swasta tempatan, again this track is fun!

Overall Ep Bijau ini adalah sebuah ep yang different buat aku, sebuah album yang akan menjadi koleksi yang rare dalam simpanan.Pot bagi aku adalah khazanah berharga dalam muzik industri, sumbangan beliau sejak dari zaman Innuendo sehingga kini telah memberi warna yang berbeza dalam memberi variasi untuk industri muzik tempatan. Selepas Innuendo, Pot bergerak dengan nama Radiostar yang kini dikenali dengan nama Rosin. Single Pada Senyummu, yang kental dengan sound pop jazz benar2 memberi keterujaan buat aku setelah agak lama tak dapat dengar sound pop jazz yang hebat. Bijau kuat kerana track Hanya Milik Dia, Masih, Gulagila, Pada Senyummu dan Lucu. Yang lain2 bagi aku sekadar biasa bukan tak bagus cuma bila ada 5 yang betul2 bagus kenapa perlu spoilkan dengan track2 yang sekadar biasa? Hopefully full album Rosin akan dipasaran tahun ini dengan kualiti rakaman yang lebih baik kerana apa yang kurang dalam ep ini adalah kualiti rakaman yang kurang sedap didengar, rakaman terbaik bagi aku adalah Pada Senyummu.dan ini lirik lagu lucu yang ditujukan untuk stesen2 radio yang menganaktirikan lagu2 tempatan.

LUCU

Kalau kau selalu
memutarkan lagu
Indonesia pasti,
kau akan mengerti
reff lagu ini
sebentar lagi....

Andai kau minati
syair dan melodi
dari luar negeri,
kau akan fahami
maksudku ini,
Tak kecil hati...

REFF :
BUTUH....
Aku butuh kamu dengarkan laguku walau sekali pun
BISA...
Katakan kau bisa mainkan laguku,
Anak Malaysia
Gampang sungguh, gampang sungguh....

BUTUH itu PERLU,
BISA itu BOLEH,
GAMPANG itu MUDAH,
SUNGGUH itu SUNGGUH,
BUTUH itu PERLU,
BISA itu BOLEH,
GAMPANG itu MUDAH,
SUNGGUH itu SUNGGUH,

gampang sungguh (5X)

dan LUCU itu COMEL ?