Monday, March 15, 2010

Rosin - Bijau


Rosin - Bijau
produced by: rosin
verdict: 4/5

Kita start review ini dengan perkara2 menarik dalam EP ini. Track 3, Hanya Milik Dia (pot amir/mahfuz) bagi aku adalah track yang sangat memikat. Melodi pot dalam lagu ini sangat fresh dan original, dengarkan petikan keyboard pada keseluruhan lagu ini. Sound jazz pop yang sangat baik dibantu dengan gabungan vokal pot dan ana raffali yang menawan. and the best part adalah lirik lagu ini yang amat chicky. penggunaan perkataan inggeris dalam lagu ini bagi aku adalah idea yang cute. Its a fun track, yang boleh buat aku dengar ulang kali.


Kenapa jauh duduk seorang diri ?
Wishing kamu tenang takkan berhenti
Even beburung bernyanyi menghiburkan bumi
Ku curi irama bikin lagu ini
Kenapa murung biarpun berduaan?
Berbaju kurung tapi bersendirian

track Masih mengingatkan aku pada lagu Keliru nyanyian Taheera yang dimuatkan dalam album Under The Influence dulu. Well this is my favourite track. Sound jazz yang kental dengan susunan muzik yang sangat baik buat lagu ini bagi aku adalah track dengan melodi dengan susunan terbaik dalam Bijau. GULAGILA dibuka dengan Movie Intermission (kalau xsalah) dari album BranNuendo, sebuah track yang fun, sound reggae + jazz + ska yang melatari melodi lagu ini, lagu ini umpama wake-up song dengan lirik yang simple namun ada substance. Dengarkan sinikal Pot dalam track Lucu yang mengkritik ideologi sesetengah radio swasta tempatan, again this track is fun!

Overall Ep Bijau ini adalah sebuah ep yang different buat aku, sebuah album yang akan menjadi koleksi yang rare dalam simpanan.Pot bagi aku adalah khazanah berharga dalam muzik industri, sumbangan beliau sejak dari zaman Innuendo sehingga kini telah memberi warna yang berbeza dalam memberi variasi untuk industri muzik tempatan. Selepas Innuendo, Pot bergerak dengan nama Radiostar yang kini dikenali dengan nama Rosin. Single Pada Senyummu, yang kental dengan sound pop jazz benar2 memberi keterujaan buat aku setelah agak lama tak dapat dengar sound pop jazz yang hebat. Bijau kuat kerana track Hanya Milik Dia, Masih, Gulagila, Pada Senyummu dan Lucu. Yang lain2 bagi aku sekadar biasa bukan tak bagus cuma bila ada 5 yang betul2 bagus kenapa perlu spoilkan dengan track2 yang sekadar biasa? Hopefully full album Rosin akan dipasaran tahun ini dengan kualiti rakaman yang lebih baik kerana apa yang kurang dalam ep ini adalah kualiti rakaman yang kurang sedap didengar, rakaman terbaik bagi aku adalah Pada Senyummu.dan ini lirik lagu lucu yang ditujukan untuk stesen2 radio yang menganaktirikan lagu2 tempatan.

LUCU

Kalau kau selalu
memutarkan lagu
Indonesia pasti,
kau akan mengerti
reff lagu ini
sebentar lagi....

Andai kau minati
syair dan melodi
dari luar negeri,
kau akan fahami
maksudku ini,
Tak kecil hati...

REFF :
BUTUH....
Aku butuh kamu dengarkan laguku walau sekali pun
BISA...
Katakan kau bisa mainkan laguku,
Anak Malaysia
Gampang sungguh, gampang sungguh....

BUTUH itu PERLU,
BISA itu BOLEH,
GAMPANG itu MUDAH,
SUNGGUH itu SUNGGUH,
BUTUH itu PERLU,
BISA itu BOLEH,
GAMPANG itu MUDAH,
SUNGGUH itu SUNGGUH,

gampang sungguh (5X)

dan LUCU itu COMEL ?

2 comments: