Tuesday, April 20, 2010

AIM 17 - Disagree - 6 Dato’ Siti Nurhaliza – 5 Yuna-4 FT-3 Dayang-3 Shila-0

Bukan rezeki agaknya, but please dont stop make your music!

AIM dah jadi terlalu predictable untuk aku, maksud aku bila aku akan nampak pencalonan dalam kategori album pop masih lagi didominasi oleh orang-orang yang sama setiap tahun. Frankly speaking sangat banyak album yang baik selain CTKD yang bagi aku caca marba dan album vince yang terlalu biasa (semangat 1 Malaysia ke?) dan favoritism dalam pencalonan umpamanya Juwita Suwito pasti takkan terlepas dapat nominasi Vokal setiap kali dia keluar album atau single. Ok yes vokalnya baik, tapi ada kesan dekat siapa2? Ok maybe ini tempat terbaik nak naikkan Juwita but please terlalu banyak sangat benda yang bagus tapi terlepas pandang oleh AIM.

Tomok dapat nominasi Artis Baru walau hakikatnya dia bukan artis baru. Album Tahajjud Cinta yang pada awal-awal lagi semua orang dah dijelaskan sebagai album ketuhanan a.k.a nasyid oleh Siti tercampak dalam kategori album pop. Masih ingat lagi kes album Phoenix Bangkit M.Nasir dimasukkan dalam kategori Pop semata-mata untuk bagi S.M Salim menag album pop etnik even terang jelas dan nyata alabum phoenix bangkit adalah album pop etnik (rujuk tahun selepasnya Yasin menang album pop etnik terbaik menerusi Salsabila) benda-benda begini buat aku rasa AIM makin lame dan membosankan, ok yes kalau bosan ignore jelahkan? no aku tak boleh ignore sebab malay music is so close to me and AIM yang dianggap sebagai port terbaik artis-artis tempatan menunjuk belang siapa yang terbaik (even kita semua tahu yang terbaik itu hanya dato` siti akhirnya).

Siti dan KD tercalon untuk kategori vokal duo/berkumpulan. Sejak bila KD artis Malaysia? oh man aku tak pasti dimana sensitiviti Ramli MS dan juri-juri lain dalam hal ini. Album Shila - Bebaskan adalah antara produk paling impresif last year but nasibnya seperti Hawa(Nikki) AIM pandang sepi untuk album-album begini. Zee Avi akan datang AIM kali ini, i bet you she gonna win something that noght dan kemungkinan besar untuk Anugerah Kembara dan KD pun akan datang dan akan menag Lagu Indo Terbaik. Kalau betu prediction aku, next year anyone please perkenalkan aku pada Ramli MS. Oh satu lagi lagu Madu 3 dapat pencalonan? aiyaa...

Monday, April 19, 2010

Sheila Majid 25 Years

Album: Sheila Majid 25 Years
Producer: Sheila Majid / Acis
year: 2010
Verdict: 5/5

For the very first moment CD ini ditangan aku i am almost cry finally i got all Sheila cd. Oh man, this is unbelieveble bila aku dapat copy album Dimensi Baru, Emosi dan Warna sebab hanya tiga album ini sahaja yang tiada dalam simpanan aku. Aku ada Legenda dalam bentuk kaset Ratu yang didownload secara haram (sorry sebab agak sukar mencari copy cd ini dipasaran) dan Kumohon serta Cinta Kita dalam bentuk CD.

Kali terakhir penyanyi yang keluar dengan box set tak salah aku adalah Ramli Sarip dengan Ziarah Seni (1994) dan selepas itu tiada artis yang berani mengeluarkan box set kalau ada pun sekadar kompilasi biasa. Album ini dikeluarkan bersempena 25 tahun perjalanan seni Sheila dalam industri yang aku sifatkan sebagai satu journey yang sangat eksklusif dan tersendiri sampai sekarang tiada siapa yang mampu meletakkan standard yang aa pada Sheila (siti di sisi yang lain) Ketekitian beliau dalam membuat album buat membuatkan setiap produk yang dihasilkan berkualiti dan terletak pada kelas yang tersendiri.

Personally album Emosi dan Ratu adalah yang terbaik aku rasakan daripada beliau. Transisi muzik Sheila sedikit berubah selepas beliau tidak lagi menggunakan khidmat Roslan Aziz dalam Ku Mohon dan Cinta Kita yang aku sifatkan sebagai terlalu pop. Namun dengan sentuhan side kick tetap Sheila which is Mac Chew dan Jenny Chin menyelamatkan transisi muzik Sheila.

Apa yang kurang dalam boxset ini adalah 2 lagi album fav aku dari sheila Legenda The Concert dan Gemilang (kompilasi terbaik beliau yang ada track medley Roberta Flack). Dan akan lebih baik kalau satu lagi album diadakan untuk track rakaman yang tiada dalam full album seperti Pagi (ft. Afdlin Shauki) Suri, Bersatu Hati, Cinta Jangan Kau Pergi dan Rintihan Harimau.

Box Set ini turut meletakkan sebuah track baru hasil nukilan Sheila bersama Acis menerusi Dengarkanlah yang aku sifatkan sebagai track paling romantis untuk tahun ini so far. dengan nuansa bossa-jazz yang minimal buat aku benar-benar terbuai dengan melodi dan vokal lembut Sheila.

But overall aku sangat puas hati dengan penerbitan box set ini atleast lagu seperti Dihimpit Keraguan, Persis, Nada, Takkan Sendiri dan Hasrat Cinta kini dalam simpanan, aku pasti penghasilan in bukan sesuatu yang mudah apabila melibatkan dua syarikat rakaman yang berbeza. Maybe it`s about time untuk artis0artis senior lain yang punya fan base yang besar untuk hasilkan apa yang sheila hasilkan. Hopefully next Search, Wings, Butterfingers, Ning Baizura dan Ziana Zain mungkin. Dan paling best dapat box set artis2 Positive Tone, koleksi yang amat-amat rare!

Hazami - Yang Pertama/Running

Album: Yang Pertama / Running (Hazami)
Producer: Hazami
year: 2010
Verdict: 0.5/5

Keyakinan dan keberanian Hazami dalam membikin album ini aku bagi kredit, sebab buat zaman dimana orang tak beli album, Hazami dengan yakin buat 2 album sekali gus which satu melayu, Yang Pertama dan album Inggeris Running. Tapi bila fikirkan semula, what a big deal dia bikin semua sendiri sekali 5 album pun tak ada masalah kot.

Okla first track Yang Pertama, aku bet kalau korang tak pernah dengar lagu ini pun korang boleh tahu ini melodi Hazami, mood ballad biasa Hazami yang kita semua boleh predict. Not bad la melodi ada la sedihnya, sayunya tapi kenapa meleleh sangat? buat aku letih menunggu bila nak abes lagu ni. Petanda bermula dengan "sedia..mula" dengan suara yang ala-ala je, sangat lembik tak impresif langsung. Frankly speaking aku agak geli dengan track wanna be rnb begini yang akhirnya just another cheesy pop yg cheap. Kenangan Cinta Bahagia & Sebagai Janji kembali lembik, maaf aku betul-betul tak boleh nak habiskan kedua-dua lagu ini cukup la sampai chorus pertama, menanah telinga. Ada beberapa tack lagi dalam album ini yang masih belum offer apa-apa perkara menarik untuk telinga aku. Malang sekali album Yang Pertama ini benar-benar gagal menarik minat aku.

Ok sekarang kita review Running yang bermula dengan Wanna be With You, yang sangat 80-an punya r&b pop, tak bukan Babyface maksud aku, bukan jugak Stevie Wonder. Lemas dan rimas. Cant Go On kembali lembik, ada la mood 90`s ballad Un-Break My Heart, I Still Believe. Tapi malangnya sekarang ni 2010 we dont need anylore this kind of ballad. Lagu ini lagi sesuai jadi lagu melayu. Survivor yang mendapat 2 pencalonan AIM tahun ini juga termat biasa!

Terlalu banyak melodi dan susunan dalam album ini yang terlalu 80`s dan 90`s. Yes, bukan tak boleh cuma aku rasa apa yang Hazami buat agak ketinggalan untuk tahun 2010. Programming music yang diguna hampir pada semua lagu buat aku fikir album ini sangat cheap, tanpa perlu live music! come on Hazami i`m sure you know how bad the sound kan if you just used the prgramming and sample. sangat buruk bunyinya dan paling ketara kita boleh denga dalam semua lagu-lagu fast track yang lembik-lembik belaka!

Hazami bermula karier dengan agak promising bagi aku suara beliau dalam Tekad betul-betul mebgujakan saat itu dan album Kata aku sifatka sebagai sebuah produksi yang amat-amat baik but that is the only product yang baik bagi aku dari Hazami. After that, bila Mungkir Bahagia jadi hit, Hazami keep do the song with the same formula dan end upnya hasil belaiau makin membosankan!

Aku sifatkan album ini sekadar album syok sendiri, ketinggalan dan album yang malas. Tak banyak kerja yang dilakukan hanya sekadar kumpul semua lagu-lagu ciptaan beliau dan jadikan satu album. Jika album ini dihasilkan pada zaman Liza Aziz (Bermula Cinta) atau Fairuz Hussein (Kali Pertama) yes i would say this is the good album untuk zaman itu malangnya pada tahun 2010 ini pendengar perlukan sesuatu yang lebih rajin dan kreatif yang lebih live and move untuk orang dengar. Maaf Hazami this is the worst CD i bought so far this year.Nasib baik murah.Maaf again!

Saturday, April 17, 2010

Adibah Noor - Teman

Album: Teman (Adibah Noor)
Producer: Adibah Noor, Azlan Abu Hassan, Hadi Hassan, Jenny Chin, Mohariz Yaakob, Sharon Paul
year: 2010
Verdict: 4/5

Finally setelah bertahun Adibah Noor kembali dengan produk kedua Teman, Dengan nuansa pop yang melatari album ini dengan sentuhan rnb dan jazz yang minimal. Yes seperti konsep album pertama tapi dengan sentuhan melodi yang lebih baik. Album ini masih dinominasi Azlan sebagai penerbit dalam kebanyakan lagu. Dan aku rasa pair Adibah dan Azlan adalah sesuatu yang aku sudah predict untuk album ini dan tiada apa yang salah dengan kolobrasi mereka berdua. Soul dalam melodi Azlan dan soul vokal Adibah adalah gabungan terbaik bagi melodi2 Azlan. Ya sesetengah berpendapat melodi Azlan sekali dengar kita boleh tau jenis ballad yang Azlan akan offer but the thing is tak semua penyanyi mampu carry jiwa yang benar-benar ada dalam melodi Azlan. Contoh, kita pernah dengar macam mana Ziana Zain (Dingin) Jay jay (Permaisuri) dan Ramlah Ram(Ketentuan) yang end up nya hanya jadi sebuah lgu pop biasa yang mana penyanyi nya cuba menjerit langsung hilang dan musnah soul dalam melodi Azlan. And that`s the challenge dalam melodi Azlan, belum tentu semua penyanyi dapt carry jiwa yang betul untuk menyempurnakan lagu ciptaan beliau. Namun dalam kes Adibah Noor aku rasa beliau adalah penyanyi terbaik untuk menterjermah keindahan melodi Azlan (dan Kaer bagi penyanyi lelaki)

Okay, back to Teman. Aku akan review track yang benar-benar mengesankan dan perlu sahaja. Kita start dengan track Bulan dan Mentariku (Azlan Abu Hassan/Habsah Hassan) yes this is ballad yang biasa kita dengar. Melodi lembut Azlan dengan susunan string dan piano yang lembut tiada masalah untuk kita layan lagu ini manakala Sesalju Impian (Azlan Abu Hassan/Ucu) lebih semangat, ada mood lagu Pengorbanan dari album pertama. Kau (Omar K/Kear/Nurfatimah) lebih groove. Mood rnb dalam lgu ini sangat kental, i do love this track and second time dengarlagu ini how i wish lagu ini Adibah collobrate dengan Dayang dan Sheila Majid pasti hasilnya sesuatu yang sangat-sangat hebat! Melodi lagu ini sangat fresh dengan groove yang pasti buat anda ingin move sambil mendengar lagu ini. Teman (Sharon Paul/Adibah Noor) juga groove ada mood jazz rnb yang sangat baik. Jarang dapat dengan melodi Sharon Paul yang begini. Susunan muzik dan vokal dalam lagu ini fantastik! towards the end of the song ia berakhir dengan sangat2 baik.

Terlalu Istimewa (acapella) amazing! Adibah sendiri yang membuat backing vocal untuk lagu ini dengan sangat sempurna. Aku bersalah sebab before aku dengar lagu ini my mind keep saying come on we dont need another version of Terlalu Istimewa, but it works more than what i think, seriously amazing! Sejujur Hatimu (Azlan Abu Hassan/Adibah Noor) is my favourite track, this is the song with the best lyric in this album. Nyanyian Adibah pada bait "bersungguh dirimu melamar hatiku" benar-benar buat aku tersentuh. Selalunya lirik-lirik dengan penceritaan yang baik begini akan datang hasil Habsah Hassan but Adibah buat aku benar-benar tersentuh dengan lirik beliau, sebagai mana judulnya Sejujur Hatimu sebegitu juga perasaan jujur yang aku dapat dalam lagu dan lirik yang bersatu dengan baik ini. This is the best track from Azlan untuk album ini dan penyampaian terbaik untuk Adibah.

Hembusan (JP Abdullah/Adibah Noor) agak experimental bagi aku. Pop begini susah masuk radio but Jenny did a very goob job on the arrangement teringat few track Sheila Majid dalam Album Ku Mohon. Haruskah Terpisah Akhirnya (Azlan Abu Hassan/Adibah Noor) sekali lagi untuk aku sebuah ballad yang baik namun disebabkan banyak ballad yang baik dalam album ini track ini sekadar biasa untuk aku. Ratapan Sepi (Hadi Hassan/J Looi) lebih menarik. Lagu ini ditujukan Khas buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Oh man i am almost cry by this track. Lagu ini bermula dengn perlahan solo vokal Adibah dan perlahan petikan piano melatari vokal Adibah. This is my favourite track after Sejujur Hatimu. Chorus lagu ini adalah killer lagu ini, sangat sayu saat Adibah melantunkan bait-bait

"Tuhan hanya pada Mu dapat kupohon,
hanya pada Mu dapat kupinta,
tak tertahan lagi kerinduan yang aku alami,
Tuhan tunjukkan ku cinta sejati
hentikan siksa yang menimpa
bawakan ia kembali"

Dan apa yang buat aku lebih sayu apabila mendengar lagu ini sambil membayangkan wajah-wajah Allahyarham Yasmin, semua yang relate secara langsung atau tidak pasti akan merasakan kejujuran dan kesayuan dalam penyampaian Adibah dalam lagu ini. Thumbs Up! Ada 4 lagi track dalam album ini which is Cahaya, Hujan, Siapa Dia dan Joget Tak Senang Hati yang bagi aku mengganggu sedikit journey of soul dalam album ini. 9 track yang diulas bagi aku cukup untuk bagi mood yang baik dalam album ini. And if this is my album susunan track dalam album akan jadi begini:

1- Terlalu Istimewa (acapella)
2- Kau
3- Hembusan
4- Bulan dan Mentariku
5- Haruskah Terpisah Akhirnya
6- Teman
7- Sesalju Impian
8- Sejujur Hatimu
9- Ratapan Sepi

hidden track - Joget Tak Senang Hati
unwanted track - Cahaya, Hujan, Siapa Dia

Overall, hasil Teman is better than Terlalu Istimewa. Atleast takde lagu rock macam Terlalu Hina yang aku sifatkan sebagai terlalu mencuba haha.. Thumbs up untuk Adibah Noor, soul yang beliau berikan belum tentu ada pada penyanyi lain dan itu kelebihan beliau. Dan pastinya Adibah Noor adalah singing performer yang original dan aku rasa memang tak boleh nak banding dengan mana-mana penyanyi, sangat tersendiri.