Monday, April 19, 2010

Hazami - Yang Pertama/Running

Album: Yang Pertama / Running (Hazami)
Producer: Hazami
year: 2010
Verdict: 0.5/5

Keyakinan dan keberanian Hazami dalam membikin album ini aku bagi kredit, sebab buat zaman dimana orang tak beli album, Hazami dengan yakin buat 2 album sekali gus which satu melayu, Yang Pertama dan album Inggeris Running. Tapi bila fikirkan semula, what a big deal dia bikin semua sendiri sekali 5 album pun tak ada masalah kot.

Okla first track Yang Pertama, aku bet kalau korang tak pernah dengar lagu ini pun korang boleh tahu ini melodi Hazami, mood ballad biasa Hazami yang kita semua boleh predict. Not bad la melodi ada la sedihnya, sayunya tapi kenapa meleleh sangat? buat aku letih menunggu bila nak abes lagu ni. Petanda bermula dengan "sedia..mula" dengan suara yang ala-ala je, sangat lembik tak impresif langsung. Frankly speaking aku agak geli dengan track wanna be rnb begini yang akhirnya just another cheesy pop yg cheap. Kenangan Cinta Bahagia & Sebagai Janji kembali lembik, maaf aku betul-betul tak boleh nak habiskan kedua-dua lagu ini cukup la sampai chorus pertama, menanah telinga. Ada beberapa tack lagi dalam album ini yang masih belum offer apa-apa perkara menarik untuk telinga aku. Malang sekali album Yang Pertama ini benar-benar gagal menarik minat aku.

Ok sekarang kita review Running yang bermula dengan Wanna be With You, yang sangat 80-an punya r&b pop, tak bukan Babyface maksud aku, bukan jugak Stevie Wonder. Lemas dan rimas. Cant Go On kembali lembik, ada la mood 90`s ballad Un-Break My Heart, I Still Believe. Tapi malangnya sekarang ni 2010 we dont need anylore this kind of ballad. Lagu ini lagi sesuai jadi lagu melayu. Survivor yang mendapat 2 pencalonan AIM tahun ini juga termat biasa!

Terlalu banyak melodi dan susunan dalam album ini yang terlalu 80`s dan 90`s. Yes, bukan tak boleh cuma aku rasa apa yang Hazami buat agak ketinggalan untuk tahun 2010. Programming music yang diguna hampir pada semua lagu buat aku fikir album ini sangat cheap, tanpa perlu live music! come on Hazami i`m sure you know how bad the sound kan if you just used the prgramming and sample. sangat buruk bunyinya dan paling ketara kita boleh denga dalam semua lagu-lagu fast track yang lembik-lembik belaka!

Hazami bermula karier dengan agak promising bagi aku suara beliau dalam Tekad betul-betul mebgujakan saat itu dan album Kata aku sifatka sebagai sebuah produksi yang amat-amat baik but that is the only product yang baik bagi aku dari Hazami. After that, bila Mungkir Bahagia jadi hit, Hazami keep do the song with the same formula dan end upnya hasil belaiau makin membosankan!

Aku sifatkan album ini sekadar album syok sendiri, ketinggalan dan album yang malas. Tak banyak kerja yang dilakukan hanya sekadar kumpul semua lagu-lagu ciptaan beliau dan jadikan satu album. Jika album ini dihasilkan pada zaman Liza Aziz (Bermula Cinta) atau Fairuz Hussein (Kali Pertama) yes i would say this is the good album untuk zaman itu malangnya pada tahun 2010 ini pendengar perlukan sesuatu yang lebih rajin dan kreatif yang lebih live and move untuk orang dengar. Maaf Hazami this is the worst CD i bought so far this year.Nasib baik murah.Maaf again!

No comments:

Post a Comment