Saturday, June 26, 2010

Noryn Aziz - I`m Alright Showcase



Showcase Noryn Aziz - I'm Alright
Alexis, Ampang / Jun, 26
1030pm - 1am

Luckily penonton malam semalam tak perlu tunggu terlalu lama untuk Noryn muncul di pentas. Membuka tirai dengan track Cerita Cinta, Noryn yang bergaya dengan busana hitam melantunkan irama yang diciptanya sendiri. Tanpa membuang banyak masa Noryn terus mendendangkan The Way You Look Tonight. Saat menyanyikan Medley Alam Maya (Alam Maya, Lara & Mke it on My Own) Bagi aku Noryn sangat bijak attract crowd supaya tak bosan. And yes, she's definately entertain all the crowd dengan sweetness dan charm yang beliau ada di atas pentas. Aku sangat pasti semua penonton sangt touch bila Noryn bilang "I can See Everyone Smile, and I love that". Surprisingly, separuh daripada crowd malam tersebut adalah bukan melayu. Agak terkejut jugak bila aku lihat 2 pemuda berbangsa cina di meja sebelah betul-betul enjoy dengan performance Noryn.



Set pertama diteruskan dengan Kesungguhan Cinta, aku tak pasti sama ada perasaan aku semata sebab pada tahap ni Noryn nampak macam sedikit penat but she manage to perform well jugaklah sampai habis lagu. Set kedua berjalan lebih baik buat aku sebab Noryn benar-benar kuasai pentas dengan kuasa vokal dan stage present yang beliau miliki. She's a real star on stage. Especially time lagu I'm Alright! Showcase ditutup dengan sangat baik apabila semua crowd yang ada berdiri menyanyi, menari dan bertepuk tangan bersama Noryn dengan trak You're My Everything. I'ts a nice ending. The musician was awesome, live music yang tiada cacat cela. Congrats to all the musician (TK, John Thomas, Gigi & Fly). Even hanya berlima termasuk Noryn the showcase is still entertaining dan aku rasa itulah reason why orang yang datang untuk feel. But i keep wonder jugak kenapa Petite Cherrie tak dinyanyikan. And i was hoping jugak remake Fantasi O Realiti tapi takde, hopefully next time! Good job Noryn!

tracklist:
Cerita Cinta, The Way You Look At Me, Alam Maya Medley, For Once In My Life, Kesungguhan Cinta, Rock With You, Exhale, I'm Alrite, You Are Everything, Still A Friend of Mine, Feelin Good, Love For Sale & You're My Everything

Friday, June 25, 2010

Sabhi Saddi



another potential future r&b star. Aku terkejut jugak bila tau dia dari boy band ESDCO yang turut ada Adam. Sebab Sabhi jauh lebih baik dari Adam!

Monday, June 14, 2010

Mama Papa - Ning Baizura



This song by Audi Mok/ Ad Samad is totally cool! another side of ning. Buat aku teringat album rakaman jepun ning, Natural Woman. And hot fm is totally deaf when they think this song wasn't cool for their station while they keep playing 80's slow rock and that's cool enough? don't blame the mass when you decide to keep playing that kind of stuff. You totally can control the mass!

Friday, June 11, 2010

Music Issue: Best Remake

Cover version pernah jadi trend satu ketika dulu apabila Innuendo dengan sangat berjaya mengembalikan gemilang melodi Belaian Jiwa diikuti Indigo (Suraya) Ferhad (Kasih Berubah) dan lebih menghangatkan trend remake lagu-lagu lama apabila syarikat rakaman SRC dengan berani keluar dengan produk yang diberi nama 2by2 yang mana sebuah kumpulan pop yang hanya menghasilkan album penuh lagu-lagu rakaman semula. Dan sesungguhnya mereka berjaya (sangat berjaya mungkin) pada ketika itu dengan lagu-lagu seperti Mawarku, Tiga Malam dan Pak Pung Pak Mustafe. Namun trend ini tidak lama sehingga trend muzik ketika itu beralih ke irama nasyid dan dangdut.


Dalam sejarah penerbitan lagu-lagu rakaman semula ini aku kesan beberapa rakaman semula yang benar-benar bagus dan sesungguhnya sehingga kini kita semua akui album Legenda Sheila Majid adalah antara album rakaman semula lagu-lagu P.Ramlee paling berjaya. Liza Hanim pun pernah merakamkan album dengan lagu-lagu P.Ramlee namun sayang tiada apa yang terlalu istimewa dengan album tersebut selain menjual suara hebat milik Liza. Ajai & Nurul melalui Seiring Sejalan serta Sean Gazi juga pernah mengeluarkan sebuah album yang memuatkan lagu rakaman semula dan Masih ingat Syafinaz dikritik oleh Dato' Ahmad Nawab apabila keberanian beliau dalam memberi rendisi baru dalam karya beliau. Sound-sound urbaan dalam sesetengah trak bagai membunuh melodi asal lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab but to be frank Shhh.. is one of the innovative remake ever made. Maklumlah Berkeley's project! mestro-maestro yang menjadi tunjang adalah graduan-graduan institut muzik paling handal dunia itu. Here some of the greatest remake ever made dalam sejarah muzik pop tempatan.

Belaian Jiwa - Innuendo (1997)
Nyanyian Asal: Carefree
Lagu & Lirik: Simon Justin Leo / Md Noordin Wan Chik
This is the best remake ever made. Track yang membuka mata ramai peminat muzik tempatan terhadap band r&b soul ini. Dipetik daripada debut Inuuendo.Susunan yang berbeza dengan versi asal dibantu harmoni vokal Innuendo buat kita semua melayang dengan versi ini.

Rindu Bayangan - Syafinaz (1999)
Nyanyian Asal: Carefree
Lagu & Lirik: Omar Taib / Siti Maria Jasman
Ever heard this one? Rasanya siapa yang ada album ini sahaja yang pernah dengar trak rakaman semula ini. Susunan piano dan soprano vokal milik Syafinaz beri justice kepada remake ini!

Suratan Atau Kebetulan - Camelia (1999)
Nyanyian Asal: Kenny Remy Martin
Lagu & Lirik: Kenny Tay / Habsah Hassan
Susunan Semula: Ahmad Izham Omar / Illegal
Lagu berhantu Kenny Remy Martin yang dirakam semula oleh Camelia dengan sound akustik ballad yang merdu. Susunan dalam lagu ini benar-benar beri mood berbeza berbanding versi asal. Antara track yang masih aku dengar sehingga ini.

Rindumu Rinduku - Syafinaz (2001)
Nyanyian Asal: Broery Ramantika
Lagu & Lirik: Ahmad Nawab / Broery
Susunan Semula: Ahmad Izham Omar / Illegal / Eka Shereen
This is the most impressive remake. Keberanian Izham menyusun semula lagu yang asalnya ballad menjadi r&b dengan beat yang lebih fast buat aku benar-benar kagum! This is totally different berbanding original version, remake paling berani mati.

Sepi Sekuntum Mawar Merah - V.E (2008)
Nyanyian Asal: Ella
Lagu & Lirik: Fauzi Marzuki / Lukman S
What can i say the mood, emotion, feelings dan segala benda berkaitan perasaan diletakkan pada satu tahap yang tinggi dalam remake ini, very deep and soulful. Track yang sangat mudah untuk aku absorb dalam jiwa.

Tentang-Tentang / Butterfingers (2007)
Susunan Semula: Butterfingers
Mengambil melodi asal lagu rakyat Gelang Si Paku Gelang, dengan bijaksana loque membikin semula lagu ini dengan acuan Butterfingers, sangat refreshing dan kreatif! Sebuah remake yang bukan sekadar mengubah melodi asal namun mengubah lirik asal lagu ini. Percubaan yang benar-benar berani.

Ikan Di Laut Asam Di Darat - Adibah Noor (2005)
Lagu & Lirik: Copyright Control
Susunan Semula: Azlan Abu Hassan
Mood bossa dalam lagu ini sangat cool! Dengarkan susunan vokal dalam lagu ini sangat harmoni, blend vokal Adibah dan acapella bersama Azlan yang aku sifatkan sebagai gabungan yang amat baik. Lagu ini turut mendapat pencalonan AIM bagi kategori untuk susunan muzik yang disusun indah oleh Azlan Abu Hassan.

Sayang Disayang - Ning Baizura
Dipetik daripada album Ke Sayup Bintang, Ning mengejutkan banyak pihak dengan remake klasik ini. Dengan imej rambut pendek dan blonde penuh gaya Ning dengan deep vokal miliknya melantunkan irama klasik ini, Nora juga pernah merakamkan semula lagu ini namun impak yang diberi Ning dalam lagu ini memberi kesan sehingga hari ini!


Thursday, June 10, 2010

Music Issue: Music and Society

I don't know maybe i'm wrong or something but personally, aku bukan fanatik mana-mana penyanyi, yes i do have my favourite but i'm the kind of person who not going to scream everytime my favourite song keluar radio. It`s kind a funny bila melihat orang-orang sekeliling aku yang begitu fanatik dengan sesetengah penyanyi pujaan mereka. When everytime naik kereta they keep play the same cd for years! and i was like, ok fine aku peminat sheila majid dan aku tak dengar sheila majid setiap hari kot! there's still a lot of musician that doing much way better sound than sheila yang aku harus dengar. Bagi aku perkara ini very subjective sometimes i felt that adakah orang-orang Malaysia ni betul-betul faham muzik dan gemar muzik kerana muzik atau hanya kerana meminati sang pelantun? This is kind of attitude yang buat aku tak berapa faham dengan orang-orang kita.

Kita lihat dulu bagaimana zaman Mawi menjadi Malaysian sweetheart sehingga menjadi artis pertama yang di boo di majlis anugerah. Why is it happen? bagi aku adalah kerana keterujaan penggemar-penggemar Mawi yang terlalu obseskan Mawi tanpa perlu faham apa yang Mawi ada dan apa yang Mawi mampu beri secara kekal (which is talent). Keterujaan terhadap Mawi pupus apabila dia memutuskan hubungan dengan Ina bekas tunang dan mendirikan rumah tanggadengan orang yang peminat-peminatnya tidak gemari. This thing really happen even to my mom. How she really crazy about Mawi before and how much she dont really care about Mawi now, becasue she got the new sweetheart Shahir (winner AF8). Seriouly fenomena Shahir sama seperti Mawi. Nothing much to offer about the music, just another radio pop zaman Nassier Wahab, Ibnor Riza or Adam Ahmad. But the looks really sell! sampai bila? tiada jaminan untuk itu! Bagi aku personal artis adalah apa yang diagungkan oleh pendengar sekarang bukan lagi talent.

Aku masih ingat semasa aku kecil macam mana orang mengagumi KRU, Jamal, Fransisca Peter, Awie dan Ziana Zain. Apabila aku lihat balik, nama-nama ini masih lagi kukuh dalam legasi mainstream dan kenapa? sudah pasti kerana bakat yang mereka ada. We can see how success KRU now dan how loyal Ziana fans even dah bertahun dia tak buat album. But the situation nowadays sangat berbeza apabila appearance dan personal menjadi perkara pertama mengapa penyanyi kita dihargai. Aku tak pasti sama ada aku pernah dengar orang berkata tentang bakat Shahir apabila first appearance dia di tv samapai la dia menang. "Sedap gler suara Shahir tu" atau "He`s a real great talent of the show". Never! yang selalu aku dengar "Handsome gler sial Shahir tu" atau "Comel la dia tu lps potong rambut". And what`s that? Yang aku faham tentang statement-statement yang aku dengar dari orang sekeliling aku, mereka menggemari looks Shahir then baru mereka akan cakap "Eh ok la suara dia takde la teruk sangat" and i was like duh! You guys judge the look first then baru care pasal talent? o my lord you are not looking for one nite stand partner man!

Sudah masanya society dididik to really listen to a great music, know who the musician behind the song and understanding the structure of music industry. Benda ini sangat penting bagi aku sebab yang dengar dan beli muzik adalah society dan apa yang perlu media lakukan adalah untuk mendidik pendengar yang mendengar dan membeli supaya menjadi lebih bijak muzik dan tidak buta bunyi! Media bagi aku adalah orang yang paling penting to control the industry and the mass, sebagai musician what they can do is keep do the great music for the people. And what media can really do is control which song is really good untuk disiarkan. Orang-orang atasan mungkin perlu ada taste yang lebih baik dalam muzik, sebab kalau orang-orang atasan masih boleh enjoy dengan Wali Band dan remake Caramel yang dihancurkan Saleem sampai bila pun society takkan berkembang secara literal taste muzik mereka.

It's about time untuk kita semua berhenti mengagungkan penyanyi dan perlu lebih mengagungkan karya yang dihasilkan tanpa kompromi. Belajar untuk mengenal dan menghargai muzik daripada menghargai penyanyi. But again this is very subjective, tapi aku sangat yakin dengan 'didikan' daripada media, pendengar-pendengar di Malaysia akan jadi lebih ada citarasa dalam muzik. Dah masanya untuk kita lupakan attitude melodi Cari Jodoh, arrogant FT, sweeheart Mawi dan fanatism yang buat aku meluat, ya fanatism terhadap penyanyi, sebab ia membunuh sangat ramai talent yang perlu perhatian kerana menghasilkan karya-karya yang berkualiti namun dipinggirkan kerana tidak cukup popular, tidak cukup rock star dan tidak cukup sweet or whatever!

Tuesday, June 8, 2010

Noryn Aziz - I`m Alright

Album: Noryn Aziz - I`m Alright
Year: 2010
Producer: Noryn Aziz, Fly Halizor, T.K Tok Han, John Thomas
Verdict: 5/5

Finally after 2-3 kali keluar masuk Rock Corner, baru aku cukup yakin untuk beli album ini, bukan sebab tak yakin dengan album Noryn tapi sebab harga yang aku rasa agak mahal untuk mini album, but after listen almost a week, yeah it worth my money!

Album ini dibuka dengan track Petite` Cherie versi french Malam Bulan dipagar Bintang. Terus terang aku cakap before dengar, i dont need another version of Malam Bulan Di Pagar Bintang sebab dah ramai sangat yang remake this song namun soft touch of the arrangement buat lagu ini menarik, different dengan versi Dayang yang lebih dramatik, i love Noryn version more sebab lebih easy listening. One of the best remake ever made! Ada juga versi melayu dengan susunan yang sedikit berbeza.

Track kedua, I`m Alright (Noryn) lebih soul, nyata track begini adalah nyawa Noryn. She managed the vocal beautifully dan nyata dia dia benar-benar tahu lagu bagaimana yang akan beri justice terhadap vokal beliau. The arrangement in the middle of the song is wow! i do love this song so much and i repeat it twice before move to the next track, good shot untuk AIM Best Local English Song. Kesungguhan Cinta (Noryn) juga hebat. Mengingatkan aku pada power vokal Noryn dalam Lara, Make It On My Own dan Kembalikan but this time much way soulful and powerful! Buat pengikut yang menggemari 3 lagu tersebut adalah sesuatu yang pasti untuk anda sangat puas dengan melodi, vokal dan arrangement yang sangat fantastik! i just can imagine how she deliver this on her live performance soon at Alexis. I just cant wait! sebuah track ballad dengan soul yang hebat!

The Way You look tonight sekali lagi menjual vokal lunak Noryn, bermula perlahan dengan perlahan mood minimal bossa dipertengahan lagu buat aku melayang. Feeling Good lebih swing dengan mood jazz yang kental. Trombone, Trumpet and the percussion works really well. Track dengan susunan begini buat aku kagum dengan hasil kerja tempatan!

Well done untuk Noryn and the team of I`m Alright, You guys really brings the good sound and optional for Malaysian who not really listen to Malay music. Yes this is a mini album but it sounds much way better than many full album yang ada di store lately. Sebuah album dengan produksi yang amat berkualiti dari segala segi susunan muzik, kualiti rakaman dan pasti sekali kerana power vocal Noryn! You guys should really try this! Dan aku rasa sangat bersalah kerana terlalu berikra-kira untuk membeli album ini pada awalnya untuk memiliki album ini. This is one of the best so far for this year after FT`s Adrenalin and Adibah Noor Teman.

Monday, June 7, 2010

Noryn - Fantasi O Realiti

Album: Noryn - Fantasi O Realiti
Year: 1997
Producer: Ajai, Zainal Rampa, Edrie, Aerin
Verdict: 3/5

Album solo pertama Noryn selepas zaman Sister Sister, still bermain dalam fikiran pertama kali tonton show live Sister Sister di berek polis seksyen 11, aku tak pasti tahun bila yang pasti aku masih sekolah rendah. Album ini rasanya memang susah nak dapat copy di kedai but luckily aku masih ada simpanan dalam bentuk kaset! Track Fantasi O Realiti dan Andai masih bermain dikepala even lama xdengar

Album ini dibuka dengan track dengan judul album, ciptaan Zainal Rampa dan lirik tulisan Noryn sendiri. Trak ini sangat cool dan frankly speaking masih relevan untuk tahun 2010 ini, one of the best pop alternative malay song. Chorus is the killer! sing-a-along "oooo yaya..fantasi..realiti" Sesiapa yg grew up this year aku sure takkan boleh lupa lagu ini. Cinta Seminggu (Ajai/Nassier Abu Kassim) juga sebuah trak yang cool. Story dalam lagu ini bagi aku sangat menarik, selamba dan fresh untuk tahun 1997 yang mana penulis masih lagi menulis tentang patah hati, merana jiwa dan pulanglah sayang! Ajai come out denga penulisan yang sangat cool, ala-ala seven days Craig David tapi sorry Noryn buat dulu!

Hitam Putih (Edrie/Noryn) punya mood rock n roll yang baik, one of my fav track, same goes with Cintamu Cintaku (Ajai/Noryn) yang lebih relaks and easy-listening, type of song yang aku boleh ulang dengar berkali-kali. And ultimate favourite dalam album ini sudah tentu Andai, trak pop ciptaan Ajai sebenarnya dah dinyanyikan berkali-kali oleh penyanyi berbeza, but Noryn version is the best. Dengan susunan yang lebih ringkas dan emosi vokal Noryn yang tidak over do buat aku melayang! Aku harap Noryn dapat buat new rendition of this track, dan aku yakin soulful vokal dan kreativiti muzik Noryn akan beri impak yang lebih menarik dalam track ini.

Album ini menempatkan Noryn dalam beberapa kategori untuk AIM bagi kategori Artis Baru, Rakaman dan Album Rock. Cuma album ini kurang dapat perhatian sebab this time around Abot tengah hit!