Friday, June 11, 2010

Music Issue: Best Remake

Cover version pernah jadi trend satu ketika dulu apabila Innuendo dengan sangat berjaya mengembalikan gemilang melodi Belaian Jiwa diikuti Indigo (Suraya) Ferhad (Kasih Berubah) dan lebih menghangatkan trend remake lagu-lagu lama apabila syarikat rakaman SRC dengan berani keluar dengan produk yang diberi nama 2by2 yang mana sebuah kumpulan pop yang hanya menghasilkan album penuh lagu-lagu rakaman semula. Dan sesungguhnya mereka berjaya (sangat berjaya mungkin) pada ketika itu dengan lagu-lagu seperti Mawarku, Tiga Malam dan Pak Pung Pak Mustafe. Namun trend ini tidak lama sehingga trend muzik ketika itu beralih ke irama nasyid dan dangdut.


Dalam sejarah penerbitan lagu-lagu rakaman semula ini aku kesan beberapa rakaman semula yang benar-benar bagus dan sesungguhnya sehingga kini kita semua akui album Legenda Sheila Majid adalah antara album rakaman semula lagu-lagu P.Ramlee paling berjaya. Liza Hanim pun pernah merakamkan album dengan lagu-lagu P.Ramlee namun sayang tiada apa yang terlalu istimewa dengan album tersebut selain menjual suara hebat milik Liza. Ajai & Nurul melalui Seiring Sejalan serta Sean Gazi juga pernah mengeluarkan sebuah album yang memuatkan lagu rakaman semula dan Masih ingat Syafinaz dikritik oleh Dato' Ahmad Nawab apabila keberanian beliau dalam memberi rendisi baru dalam karya beliau. Sound-sound urbaan dalam sesetengah trak bagai membunuh melodi asal lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab but to be frank Shhh.. is one of the innovative remake ever made. Maklumlah Berkeley's project! mestro-maestro yang menjadi tunjang adalah graduan-graduan institut muzik paling handal dunia itu. Here some of the greatest remake ever made dalam sejarah muzik pop tempatan.

Belaian Jiwa - Innuendo (1997)
Nyanyian Asal: Carefree
Lagu & Lirik: Simon Justin Leo / Md Noordin Wan Chik
This is the best remake ever made. Track yang membuka mata ramai peminat muzik tempatan terhadap band r&b soul ini. Dipetik daripada debut Inuuendo.Susunan yang berbeza dengan versi asal dibantu harmoni vokal Innuendo buat kita semua melayang dengan versi ini.

Rindu Bayangan - Syafinaz (1999)
Nyanyian Asal: Carefree
Lagu & Lirik: Omar Taib / Siti Maria Jasman
Ever heard this one? Rasanya siapa yang ada album ini sahaja yang pernah dengar trak rakaman semula ini. Susunan piano dan soprano vokal milik Syafinaz beri justice kepada remake ini!

Suratan Atau Kebetulan - Camelia (1999)
Nyanyian Asal: Kenny Remy Martin
Lagu & Lirik: Kenny Tay / Habsah Hassan
Susunan Semula: Ahmad Izham Omar / Illegal
Lagu berhantu Kenny Remy Martin yang dirakam semula oleh Camelia dengan sound akustik ballad yang merdu. Susunan dalam lagu ini benar-benar beri mood berbeza berbanding versi asal. Antara track yang masih aku dengar sehingga ini.

Rindumu Rinduku - Syafinaz (2001)
Nyanyian Asal: Broery Ramantika
Lagu & Lirik: Ahmad Nawab / Broery
Susunan Semula: Ahmad Izham Omar / Illegal / Eka Shereen
This is the most impressive remake. Keberanian Izham menyusun semula lagu yang asalnya ballad menjadi r&b dengan beat yang lebih fast buat aku benar-benar kagum! This is totally different berbanding original version, remake paling berani mati.

Sepi Sekuntum Mawar Merah - V.E (2008)
Nyanyian Asal: Ella
Lagu & Lirik: Fauzi Marzuki / Lukman S
What can i say the mood, emotion, feelings dan segala benda berkaitan perasaan diletakkan pada satu tahap yang tinggi dalam remake ini, very deep and soulful. Track yang sangat mudah untuk aku absorb dalam jiwa.

Tentang-Tentang / Butterfingers (2007)
Susunan Semula: Butterfingers
Mengambil melodi asal lagu rakyat Gelang Si Paku Gelang, dengan bijaksana loque membikin semula lagu ini dengan acuan Butterfingers, sangat refreshing dan kreatif! Sebuah remake yang bukan sekadar mengubah melodi asal namun mengubah lirik asal lagu ini. Percubaan yang benar-benar berani.

Ikan Di Laut Asam Di Darat - Adibah Noor (2005)
Lagu & Lirik: Copyright Control
Susunan Semula: Azlan Abu Hassan
Mood bossa dalam lagu ini sangat cool! Dengarkan susunan vokal dalam lagu ini sangat harmoni, blend vokal Adibah dan acapella bersama Azlan yang aku sifatkan sebagai gabungan yang amat baik. Lagu ini turut mendapat pencalonan AIM bagi kategori untuk susunan muzik yang disusun indah oleh Azlan Abu Hassan.

Sayang Disayang - Ning Baizura
Dipetik daripada album Ke Sayup Bintang, Ning mengejutkan banyak pihak dengan remake klasik ini. Dengan imej rambut pendek dan blonde penuh gaya Ning dengan deep vokal miliknya melantunkan irama klasik ini, Nora juga pernah merakamkan semula lagu ini namun impak yang diberi Ning dalam lagu ini memberi kesan sehingga hari ini!


No comments:

Post a Comment