Monday, June 7, 2010

Noryn - Fantasi O Realiti

Album: Noryn - Fantasi O Realiti
Year: 1997
Producer: Ajai, Zainal Rampa, Edrie, Aerin
Verdict: 3/5

Album solo pertama Noryn selepas zaman Sister Sister, still bermain dalam fikiran pertama kali tonton show live Sister Sister di berek polis seksyen 11, aku tak pasti tahun bila yang pasti aku masih sekolah rendah. Album ini rasanya memang susah nak dapat copy di kedai but luckily aku masih ada simpanan dalam bentuk kaset! Track Fantasi O Realiti dan Andai masih bermain dikepala even lama xdengar

Album ini dibuka dengan track dengan judul album, ciptaan Zainal Rampa dan lirik tulisan Noryn sendiri. Trak ini sangat cool dan frankly speaking masih relevan untuk tahun 2010 ini, one of the best pop alternative malay song. Chorus is the killer! sing-a-along "oooo yaya..fantasi..realiti" Sesiapa yg grew up this year aku sure takkan boleh lupa lagu ini. Cinta Seminggu (Ajai/Nassier Abu Kassim) juga sebuah trak yang cool. Story dalam lagu ini bagi aku sangat menarik, selamba dan fresh untuk tahun 1997 yang mana penulis masih lagi menulis tentang patah hati, merana jiwa dan pulanglah sayang! Ajai come out denga penulisan yang sangat cool, ala-ala seven days Craig David tapi sorry Noryn buat dulu!

Hitam Putih (Edrie/Noryn) punya mood rock n roll yang baik, one of my fav track, same goes with Cintamu Cintaku (Ajai/Noryn) yang lebih relaks and easy-listening, type of song yang aku boleh ulang dengar berkali-kali. And ultimate favourite dalam album ini sudah tentu Andai, trak pop ciptaan Ajai sebenarnya dah dinyanyikan berkali-kali oleh penyanyi berbeza, but Noryn version is the best. Dengan susunan yang lebih ringkas dan emosi vokal Noryn yang tidak over do buat aku melayang! Aku harap Noryn dapat buat new rendition of this track, dan aku yakin soulful vokal dan kreativiti muzik Noryn akan beri impak yang lebih menarik dalam track ini.

Album ini menempatkan Noryn dalam beberapa kategori untuk AIM bagi kategori Artis Baru, Rakaman dan Album Rock. Cuma album ini kurang dapat perhatian sebab this time around Abot tengah hit!

No comments:

Post a Comment