Tuesday, July 27, 2010

BEST ALBUM IN THE ERA OF 90'S

Aku ambil masa untuk betul-betul cari album yang banyak beri pengaruh pada aku dan industri zaman 90-an. So this is the list of top 10 best album yang aku fikir terbaik dihasilkan sepanjang 90-an. Still ada beberapa album lain di fikiran antaranya album dari Nora, Teachers Pet, Casey dan Search. Namun album mereka sedikit tewas dalam beberapa faktor seperti how advance the sound. Sebab bagi aku album yang ada dalam list 10 aku ini adalah album yang relevan untuk kita semua dengar zaman ke zaman.


SHEILA MAJID - RATU
Year: 1996
Producer: Roslan Aziz

This is one of the best album ever made to date! Aku benar-benar kagum dengan penerbitan album ini. Dari satu trak ke satu trak album ini tidak langsung membosankan! Nama-nama besar selain Roslan Aziz sebagai peneraju utama adalah Adnan Abu Hassan, Mac Chew, Jenny Chin, Johan Nawawi dan Mukhlis Nor. Setelah lebih 10 tahun album ini dipasaran, bagi aku album ini masih lagi relevan even untuk 10 tahun akan datang. Itu magis Ratu dan Sheila.


KRU - OOH LA LA
Year: 1997
Producer: KRU

Album terbaik sepanjang karier boy band ini. This is the album yang aku keep ulang dengar over the years masa aku membesar dulu dan boleh dikatakan KRU adalah antara pengaruh besar untuk aku minat muzik masa kecil dulu. Album yang diterbitkan tahun 1994 ini menurut aku paling inovatif di zamannya. Trak Negatif, Semuanya Ok, Diari Metropolitan dan Oh La La pasti saja menjadi trak yang keep bermain di minda semua yang membesar dengan KRU. Debgarkan juga witty mereka dalam trak Anti-Lanun dan Petaling St. Seriously this is their best album. The best thing album ini menewaskan album Ratu untuk kategori album pop terbaik AIM 3 dan turut menang best album!


ZAINAL ABIDIN - GAMAL
Tahun: 1994
Producer: Roslan Aziz

Album ini memenangi album terbaik AIM 1996 menewaskan album Canggung Mendonan M.Nasir dan Ning. Magis Roslan Aziz sekali terbukti dalam Gamal. Agak berat untuk pendengar tempatan yang aku rasa belum betul-betul ready dengan experimen muzik Zainal, Namun dek kerana kualiti tinggi yang diberi Gamal album ini dilihat sebagai sebuah album di kelas yang tersendiri. Album ini ibarat journey muzik, kita dibawa mengembara dengan muzik-muzik etnik dan fusion. Aku tak rasa Zainal atau mana-mana artis lain mampu menandingi album ini. Antara hasil terbaik dari anak tempatan dengan kualiti antarabangsa, personally aku tabik spring to the whole team!

3) M.NASIR - CANGGUNG MENDONAN
Year: 1995
Producer: M.Nasir

Album yang menggabungkan mahakarya M.Nasir. Siapa saja tidak kenal dengan lagu Mentera Semerah Padi, Bonda dan Sentuhan Listrimu? Album terbaik sepanjang karier seniman yang diberi jolokan sifu ini. Ada yang mengatakan Phoenix Bangkit album terbaik beliau namun jika diikut dari segi impak Canggung Mendonan menang dalam banyak hal! Kualiti Muzik dan lirik yang brilliant. Canggung Mendonan akan jadi arkaik berharga dalam indutri pop tempatan.



LIZA AZIZ - HATI INI
Year: 1995
Producer: Ahmad Izham Omar / Paul Moss / Azlan Abu Hassan / Azman Abu Hassan

Dalam legasi r&b pop album ini mungkin agak underrated. Namun dari segi kualiti muzik album yang dibikin pada tahun 1995 ini adalah apa yang Anuar Zain dan Dayang NurFaizah perjuangkan di hujung 90-an. Album yang patut menjadi kiblat penyanyi pop r&b tempatan. My favourite trak sudah pasti Masa (Azlan) Bisikan Rindu ft. Remy Innuendo (Ahmad Izham), Hati Ini (Kenny Tay) dan Tak Rela (Ahmad Izham Omar). Album ini mendapat 3 nominasi dalam AIM 3 namun tewas dengan album Ooh! La La -KRU.


WINGS - ORANG ASING
Year: 1995
Producer: Joe Wings

Nah! album tanpa Awie ini antara favourite album Wings aku. Mungkin peminat Wings ada yang tidak bersetuju, sebab album Teori Domino lebih beri impak pada 90-an. But this is my personal favourite. Trak blues soul n soul Semalam Yang Hangat (Zamri S) dan Lena Diulit Intan (Saari Amri) bahan fikir utama album ini. Orang Asing bagi aku sisi lain Wings, dengan sound yang lebih bules dan tidak terlalu keras. Dengarkan juga Ranjang Mawar (M.Nasir) yang boleh buat aku melayang dan ulang dengar berkali-kali.



NING
Year: 1994
Producer: J.P Abdullah

Debut Dekat Padamu memenangi album terbaik. Tapi bagi aku album kedua Ning ini lebih baik berbanding first album. Trak hebat seperti Pasti, Kau & Aku, In Another Life dan my all time favourite big ballad, Penjara Kasih membuatkan album ini antara all time favourite album daripada penyanyi hebat ini. Gandingan hebat J.P Abdullah, Jari, Ross Ariffin dan Johari Teh.


MAN BAI
Year: 1995
Producer: Man Bai / Roslan Aziz

Trak killer dan evergreen Kau Ilhamku bagi aku reason mengapa album ini harus jadi koleksi peminat muzik tempatan. Debut Man Bai ini dengan nuansa progresif pop bagi aku terlalu ke depan dari segi kualiti rakaman dan muziknya sendiri. Album ini sebuah album dengan hasil yang harus dibanggakan mantan kumpulan Gersang ini. Favourite trak sudah tentu dengan satu lagi ciptaan Asmin Mudin, Sebenarnya dengan mood folk pop yang sangat melodius. Selain Menanti (Man Bai/Afdlin Shauki)


Ella - U.S.A
Year: 1994

Ah! Aku confuse nak pilih 30110 atau album U.S.A ini kerana kedua-duanya album penting ratu rock ini. Namun album dengan jualan tetinggi dalam profil Ella ini mungkin lebih baik daripada segi produksi. Trak Gemilang, P.P.P, Nuri dan Menanti sudah sebati dengan kita semua even buka hard-core fans Ella. But tak tau mana silapnya selepas album El terutama album Simbiosis, Ilham Bicara dan Rama-Rama, Ella bagai hilang magis. But afterall she still our own rock sweet-heart!



RAIHAN - PUJI PUJIAN
Year: 1998
Producer: Farihin Abd. Fattah & Nasser Abd Kassim

What can I say? Raihan is the phenomenal. Lonjakan Raihan dengan album Puji-Pujian membuatkan kumpulan nasyid tempatan yang awalnya underrated menjadi hal yang penting pada industri. Aku sifatkan Puji-Pujian sebagai killer album. Trak Puji-Pujian, Iman Mutiara, Peristiwa Subuh dan trak lain adalah magis buat muzik nasyid tempatan. Sebuah produksi yang tinggi nilai komersial seiring kualiti muzik yang hebat!

Sunday, July 25, 2010

Music Issue: Jazz dan Shopping Mall

Ramai orang anggap Jazz muzik kelas atasan. Untuk orang yang ada citarasa tinggi, susah nak tonton persembahan jazz di tempat terbuka dengan kos yang murah. Bagi aku itu semua mind set yang tak sihat. Dari zaman P.Ramlee lagi aku rasa muzik Jazz ni dah diperkenalkan. Pendekatan yang P.Ramlee beri dengan jazz, bossa dan twist bukan asing sepatutnya untuk kita semua namun apabila ia hanya diminati segelintir orang sahaja dan kebetulan ia banyak didengarkan di majlis-majlis tertentu dan bukan keramaian buat orang fikir muzik jazz itu mahal. Ada pro dan contra bagi aku. Bila ia tidak diminati ramai, jazz jadi lebih eksklusif dan perkara ini buat orang lebih appriciate muzik jazz.

Apabila jazz sering dipasang di shopping mall yang menjual hi fashion brand buat orang bertambah fikir muzik ini hanya untuk orang kaya. Bagi aku ini semua kebetulan. Jazz music yang soothing, ia beri leasure, relax dan calm dalam melodi yang buat aku fikir ia juga alasan utama mengapa jazz sering dimain di shopping mall. Maybe untuk buat orang rasa selesa untuk santai di mall. What if kita ke Lot 10 atau Star Hill dan dimainkan lagu-lagu Slipknot, Korn, Marilyn MansoN atau Prodigy? Ia tidak beri apa-apa kesenangan, keselesaan untuk pengunjung mall rasa selesa untuk bershopping. Dan atas dasar itu jugalah muzik jazz dianggap muzik shopping mall.

Masih ingat lagi saat berkerja di Damansara Intan dulu, aku selalu mainkan album Ratu dan few track jazz lain. Sehingga satu hari disapa office boy "lagu-lagu ko ni memang la aku akan igt macam jalan-jalan dekat The Mall. Lagu shopping complex" dan itu bukan satu-satunya kes yang terjadi. Di office baru ini pun terjadi juga apabila salah seorang rakan sepejabat menyapa "Aku rasa macam kt shopping complex weh lagu ni" but this time around is my senior table depan saat dia memasang few track dari legenda Kenny G.

Ah! pedulikan. Jazz mungkin makin sebati dengan aku. Chet Baker, Maxwell dan Sade akan sentiasa menjadi favourite. The real survivor dalam industry yang struggle dengan genrenya, Sheila Majid juga. Even Sheila sendiri tidak pernah claim dirinya penyanyi jazz, orang jepun yang menggelarnya begitu namun sehingga kini gelaran ratu jazz melekat pada Sheila. Jazz itu soothing bagi aku. I can be so cool and calm by listening Incognito, Immaniar or Cagnet. Dan apabila Edry sedaya upaya mem-pop kan jazz dalam album buadak2 AF8, aku cuma boleh cakap he just make it sound cheap and worthless! dont do it if its not your forte. Lets Roslan Aziz, Mukhlis Noor, Michael Veerapan, Jenny Chin and TK did it. They master in it!

Sunday, July 18, 2010

Mizz Nina - What You Waiting For (review)

Album: Waht You Waitin For (Mizz Nina)
Eksekutif produser: Mizz Nina / Walter Taylor
Produser: Uno, Aj, Koolade, Christian Jones, Syahril, Bedsty
Verdik: 3.5/5

Hip-hop is not my forte but apa yang Black Eyes Peas buat dalam The E.N.D buat aku teruja dan mereka sendiri melabelkan album tersebuat as a future pop dan ini ada similariti dalam What You Waiting For. Ya kita semua tahu semasa zaman Teh Tarik Crew Mizz Nina lebih banyak rap daripada menyanyi. But dalam debutnya ini she sing! even dia bukan female singer with power vocal yang boleh menyanyi big ballad dengan baik but she does offer something different in her debut.

14 trak dalam album ini tak semua akan di review. What You Waiting for ft. Colby O Donnis adalah yang aku maksudkan dengan apa yang BEP lakukan. Future pop dengan sound hip-hop / rnb / dance yang amat memikat dan memang radio material. Trak begini perlu lebih lagi daripada pemuzik tempatan. Formulanya mudah, dapatkan beat yang tepat masukkan melodi yang catchy / ambil sedikit influence lagu-lagu yang tengah pop di radio then you will get what Nina did in What You Waiting For. Trak ini amat baik menurut aku.

Kau Tahu (Uno/AJ/Nurfatima/Nina) juga amat menarik. Sound rnb dance yang boleh buat kita goyang dan teruja. Mengingatkan aku pada trak Nikki & Audi Mok dalam album Hawa. Cuma progamming dalam trak ini agak obvious mungkin kalau letak dram and bass dengan live recording akan jadi lebih power rujuk trak Amerie 'One Thing' & Alicia Keys 'HeartBurn'. Let Me C U Get It dan One juga radio material, jika anda jenis layan Gaga, Derulo, BEP atau Beyonce trak macam ni takkan buat anda kecewa.

Ping Pong (Mode) pun menarik. Mood rnb dalam trak ini amat kental dengan korus yang amat catchy. Never Leave You Behind (Koko / Syaheed) menarik bagi aku sebab vokal Poopa sebagai latar buat bulu roma aku berdiri. Oh man who's this Poopa girl she really got the voice! really lookin foward toward this girl. Vokal dia amat international! Kurnia (Noh) wow bagi aku, mood rnb jazz yang hebat dalam lagu ini. Yes sekali dengar kita boleh tahu ini melodi Noh but the arrangement is really great. Blend vokal Nina dan Noh maybe agak pelik but atas pas pelik itu jugalah punch lagu ini dirasai. I really can move with this.

Overall album ini sebuah album dengan sound-sound yang current. Even Christina Aguilera pun come out with this kind of music untuk Bionic. Macam aku cakap tadi kalau korang jenis dengar Hitz FM or Fly FM this is you guys material. Bukan untuk aku dengar selalu tapi bak kata Anuar Zain Nikmati Muzik Tanpa Prejudis. Sebuah album dengan produksi yang amat baik. She sing, She rap and thats count! Keep doin what you do now Nina!

Sabhi Saddi - EP

Album: Sabhi Saddi
Produser: Omar K, Aszuad Zakaria, Sabhi Saddi
Verdik: 3/5

Trak Gemerlapan (Omar K / Zel) boring bagi aku. Setiap penyanyi wanna be rnb confirm akan ada trak macam ni. Hazami dulu dengan Kata, Anuar zain (Bila Resah) Kaer (Menjelma). Bila Sabhi nak buat benda yang sama aku rasa trak dengan mood begini amat bosan. Nadiku (Omar K) lebih mengancam! oh man sebab trak inilah aku beli cd ep ini. Vokal sabhi sebenarnya adalah nyawa dalam trak hebat ini. Aku tak pasti if trak begini dapat pada penyanyi lain adakah akan diberi justifikasi yang sama. Melodi Omar K juga amat baik. Kadang buat aku fikir Omar K is the new Azlan Abu Hassan trak2 ballad beliau hebat-hebat! EP ini ditutup dengan

Jalan Pulang (Arizal Thani) yang sekali lagi menyaksikan vokal Sabhi diuji. but this time around aku rasa didnt work well because some part of the song he try to push his voice over the limit. Memang dia akan hit the note but after all yang aku dengar adalah nyanyian dengan nada tinggi dan bukan nyanyian dengan feeling. Here some tips untuk penyanyi baru macam Sabhi. Yes you can try to besarkan range dalam nyanyian but please before you record the song make sure that you really can deliver it well if tak memang yang akan kita dengar hanya jeritan kosong tanpa perasaan. You can do it tapi bukan untuk rakaman, training vokal ok!

Overall Sabhi Saddi bagi aku quite promissing. He got the voice and the concept cuma perlu lebih polish. Im really looking foward to his debut soon. Best of luck!

Monday, July 12, 2010

Bunkface - Phobia Phoney

Album: Phobia Phoney (Bunkface)
Producer: Bunkface
Verdik: 3/5

Rasanya kita semua sudah faham dengan konsep muzik Bunkface, for the next time they come out with another single pun tak ada masalah untuk kita kenal muzik Bunkface. Well i see that in a positive perspective, they wanted to be themselve dan sama seperti Aizat dan Yuna menolak segala material berbentuk komersial yang dah berlambak di radio. Prom Queen, Situasi, Revolusi dan Ekstravaganza memperkenalkan Bunkface di legasi mainstream. Dan bagi aku mereka sangat berjaya dengan single silih ganti sehingga Phobia Phoney dihasilkan. Kental dengan influence punk rock yang sememangnya sinonim dengan band-band luar seperti Green Day, Sum 41 dan Offspring, Bunkface bagi aku sangat berani lakukan semua yang pernah dilakukan oleh band-band legend punk rock ini dengan memelayukan punk rock. And that;s brilliant bagi aku.

Album ini dibuka dengan Bunk Anthem. Melodi punk rock dengan elemen pop yang catchy, semua boleh layan dengan korus yang sing-a-long dan mudah melekat di kepala. Soldier lebih memikat, piano di awal lagu buat aku teringa No More Drama (Mary J. Blige) tapi di intro sahaja sebab trak ini bukanlah trak rnb. Skala lagu ini bagi aku amat besar sebuah lagu dengan spirit musical dan lirik yang harafiah. I would say this the best track in Phobia Phoney. Thumbs Up!

Escape Dance kembali rancak! Pada saat ini buat aku fikir Bunkface sangat impresif dalam penciptaan. Tak kisahlah dari mana sekali pun influence dan inspirasi mereka, bagi aku muzik mereka sangat rich dengan detailing instrument dan susunan muzik yang senag telinga kita semua digest. Dunia ada similariti dengan Soldier tapi Soldier lebih hebat. You and Me lebih entertaining dengan sound akustik gitar yang minimal buat lagu ini diff sikit berbanding trak lain. Aku sangat enjoy dengan lirik dan penyampaian selamba Sam!

Album ini ditutup dengan Minute To The End. Sebuah trak rancak yang melengkapkan Phobia Phoney. 4 single awal mereka Prom Queen, Situasi, Revolusi dan Ekstravaganza turut dimuatkan di dalam album ini. Produksi yang amat baik. But maybe next time Bunkface boleh lebih experiment dengan influence lain sebab takut bila benda yang sama dihasilkan untuk setiap single orang akan bosan. Stick to what you guys did now dont change just improvised with other element.

Thursday, July 8, 2010

Aizat - Urusan Aizat Amdan (review)

Album: Urusan Aizat Amdan (Aizat)
Produser: Aizat Amdan / Anas Amdan
Verdik: 5/5

Fresh from the oven! Album ini baru dilancar semalam di Saloma Bistro dan aku amat teruja semasa berada di majlis pelancaran tersebut dengan gimik yang not bad. Aizat sempat menyanyikan 4 lagu daripada album terbarunya dan nyata passion bakat muda ini amat terserlah dengan performance yang bersahajanya.

Back to Urusan Aizat Amdan. Kita start review album ini dengan kreativiti yang ada pada packaging album ini. Superb dan cukup kreatif, tak ramai artis yang menitikberatkan soal cover album dan aku sangat setuju dengan ibu Aizat saat ditanya tentang packaging album ini beliau menjawab pihak mereka mahukan setiap daripada seorang yang membeli berasa berbaloi pada setiap sen yang dikeluarkan means dapat lagu dengan packaging yang sangat hebat!

Album yang 100% hasil karya Aizat dan Anas ini dibuka dengan Years From Now. Oh man i am so overwhelmed! Track ini sangat hebat. Mood pop rock dengan susunan yang amat baik dan kematangan lirik Aizat menyempurnakan lagi melodi lagu ini yang menurut aku sangat catchy and perfect for masses (radio). Dengarkan susunan string dan Horns di penghujung trak ini. Perfect! one of the best production in songs this year. Tabik spring buat dua beradik ni.

Mana Oh Mana masih mood pop rock dengan influence brit pop. Still sebuah trak yang amat baik. Korus lagu ini adalah killer trak ini saat Aizat lantun "Mana oh mana perginya cinta" i can really feel the vibe of the track. Lagu begini buat aku fikir muzik kita semakin ke depan dengan influence2 luar yang buat lagu ini sangat international!

Intro Senyum buat teringat trak2 The Smith. Sound brit pop masih menjadi paksi trak ini. Trak yang takde masalah untuk telinga kita semua digest dengan dendangan selamba Aizat. Erti Hari Ini sedikit mellow ala-ala Pergi tapi tidak seakustik Pergi. Klimaks lagu ini agak lambat buat aku penat sket nak tunggu habis. Back-up vokal kanak-kanak di hujung lagu tu ok lah good try, atleast ada effort untuk did something different.

Susun Silang Kata lebih catchy, mood pop jazz yang amat santai dengan lirik yang cool buat aku ulang dengar lagu ini berkali-kali ketika pertama kali dengar di radio. Aku amat enjoy dengan dendangan Aizat dalam trak ini, sempoi. And again the title sangat cool dan rare. Good shot untuk song of the year next AIM dan Ajl. Notes to Edry (KRU) please apa yang kau buat untuk student AF8 tu tak cool sebab Aizat dah buat dulu dan Aizat lebih real! Emotion bagi aku formula radiohead + travis + muse = international. Sekali lagi trak macam ni buat aku fikir seniman muda macam Aizat ni punya visi pandang ke depan yang sangat jauh. Menolak lagu-lagu pop balad yang tipikal dan look foward sound-sound yang current dan adapt dalam penciptaan mereka. Sekali lagi tabik spring untuk Aizat dan Anas.

Album ini ditutup dengan Sungai Lui. Fusion pop rock dalam lagu ini sangat experimental yang menjadi bagi aku. Pastikan anda dengar betul-betul segala sound yang ada dalam trak ini. Daripada strumming gitar, susunan string dan sound ukelele yang sangat cool.

What can i say, seperti apa yang diharapkan Aizat beri kepuasan maksimum dalam Urusan Aizat Amdan. Sebuah album dengan produksi yang sangat hebat sangat international dan sangat ke depan. You guys have to buy this album sebab radio-radio kita lately memang suka lagu karat 80-an which is so backward. If korang looking for something fresh, new, current stuff that come with great packaging please buy this album! Really worth your money!

Wednesday, July 7, 2010

LJ (Liyana Jasmay)

Album: LJ (Liyana Jasmay)
Producer: Ajai / AG COCO / Aizat Amdan
Verdik: -

Ramai yang persoalkan conficent LJ bila dia tampil dengan album mini ini. Tapi tak mengapalah kita bagi dia peluang. Trak Aku Tak Percaya Cinta (Ajai) a sing-a-long Avril style yang memang sekali dengar orang dah bole ingat line "hey..hey.." tu. Well nothing much to say good try la but nothing impressive. Aku Jatuh Cinta (Ajai) sekali lagi another adaptation of Avril track, and still ok melodius dan mudah masuk radio. Korus lagu ni layan, ok la setakat nak jadi lagu tema cinta monyet budak sekolah. Pelik (AG / Elle) pulak dah terlalu Elyana. And this is the track with worst vocal in the album.Aku tak mampu nak tunggu sampai habis. Melodi lagu ni boring dan dragging (even ini fast track) plus with cheesy lyric, oh man geli je! skip ke next track Penyelamat Cinta (Aizat / LJ). Melodi lagu ini ok cool jugak esp. part chorus ada macam indo-pop sikit (rujuk Pas Band). Melodi Aizat not bad cuma still boring macam anti-klimaks and still aku terasa ini lagu cinta monyet budak sekolah. Kejam (Ajai) is the best track in the album. Aku suka mood lagu ni, very deep! cuma again lagu ni dihancurkan dengan flat vokal LJ yang bunuh mood aku untuk layan lagu ini. Takde emosi budak ni nyanyi sayang betul, if dapat pada penyanyi yang tepat trak ini pasti diberi justice yang lebih baik. LJ bagi aku sebuah album yang mudah. Sesiapa pun boleh bikin album begini. Nothing serious about this album, well my advice to Liyana Jasmay no more single or album after this please coz this not your forte even we are all know you have that much money to produce another album.