Tuesday, July 27, 2010

BEST ALBUM IN THE ERA OF 90'S

Aku ambil masa untuk betul-betul cari album yang banyak beri pengaruh pada aku dan industri zaman 90-an. So this is the list of top 10 best album yang aku fikir terbaik dihasilkan sepanjang 90-an. Still ada beberapa album lain di fikiran antaranya album dari Nora, Teachers Pet, Casey dan Search. Namun album mereka sedikit tewas dalam beberapa faktor seperti how advance the sound. Sebab bagi aku album yang ada dalam list 10 aku ini adalah album yang relevan untuk kita semua dengar zaman ke zaman.


SHEILA MAJID - RATU
Year: 1996
Producer: Roslan Aziz

This is one of the best album ever made to date! Aku benar-benar kagum dengan penerbitan album ini. Dari satu trak ke satu trak album ini tidak langsung membosankan! Nama-nama besar selain Roslan Aziz sebagai peneraju utama adalah Adnan Abu Hassan, Mac Chew, Jenny Chin, Johan Nawawi dan Mukhlis Nor. Setelah lebih 10 tahun album ini dipasaran, bagi aku album ini masih lagi relevan even untuk 10 tahun akan datang. Itu magis Ratu dan Sheila.


KRU - OOH LA LA
Year: 1997
Producer: KRU

Album terbaik sepanjang karier boy band ini. This is the album yang aku keep ulang dengar over the years masa aku membesar dulu dan boleh dikatakan KRU adalah antara pengaruh besar untuk aku minat muzik masa kecil dulu. Album yang diterbitkan tahun 1994 ini menurut aku paling inovatif di zamannya. Trak Negatif, Semuanya Ok, Diari Metropolitan dan Oh La La pasti saja menjadi trak yang keep bermain di minda semua yang membesar dengan KRU. Debgarkan juga witty mereka dalam trak Anti-Lanun dan Petaling St. Seriously this is their best album. The best thing album ini menewaskan album Ratu untuk kategori album pop terbaik AIM 3 dan turut menang best album!


ZAINAL ABIDIN - GAMAL
Tahun: 1994
Producer: Roslan Aziz

Album ini memenangi album terbaik AIM 1996 menewaskan album Canggung Mendonan M.Nasir dan Ning. Magis Roslan Aziz sekali terbukti dalam Gamal. Agak berat untuk pendengar tempatan yang aku rasa belum betul-betul ready dengan experimen muzik Zainal, Namun dek kerana kualiti tinggi yang diberi Gamal album ini dilihat sebagai sebuah album di kelas yang tersendiri. Album ini ibarat journey muzik, kita dibawa mengembara dengan muzik-muzik etnik dan fusion. Aku tak rasa Zainal atau mana-mana artis lain mampu menandingi album ini. Antara hasil terbaik dari anak tempatan dengan kualiti antarabangsa, personally aku tabik spring to the whole team!

3) M.NASIR - CANGGUNG MENDONAN
Year: 1995
Producer: M.Nasir

Album yang menggabungkan mahakarya M.Nasir. Siapa saja tidak kenal dengan lagu Mentera Semerah Padi, Bonda dan Sentuhan Listrimu? Album terbaik sepanjang karier seniman yang diberi jolokan sifu ini. Ada yang mengatakan Phoenix Bangkit album terbaik beliau namun jika diikut dari segi impak Canggung Mendonan menang dalam banyak hal! Kualiti Muzik dan lirik yang brilliant. Canggung Mendonan akan jadi arkaik berharga dalam indutri pop tempatan.



LIZA AZIZ - HATI INI
Year: 1995
Producer: Ahmad Izham Omar / Paul Moss / Azlan Abu Hassan / Azman Abu Hassan

Dalam legasi r&b pop album ini mungkin agak underrated. Namun dari segi kualiti muzik album yang dibikin pada tahun 1995 ini adalah apa yang Anuar Zain dan Dayang NurFaizah perjuangkan di hujung 90-an. Album yang patut menjadi kiblat penyanyi pop r&b tempatan. My favourite trak sudah pasti Masa (Azlan) Bisikan Rindu ft. Remy Innuendo (Ahmad Izham), Hati Ini (Kenny Tay) dan Tak Rela (Ahmad Izham Omar). Album ini mendapat 3 nominasi dalam AIM 3 namun tewas dengan album Ooh! La La -KRU.


WINGS - ORANG ASING
Year: 1995
Producer: Joe Wings

Nah! album tanpa Awie ini antara favourite album Wings aku. Mungkin peminat Wings ada yang tidak bersetuju, sebab album Teori Domino lebih beri impak pada 90-an. But this is my personal favourite. Trak blues soul n soul Semalam Yang Hangat (Zamri S) dan Lena Diulit Intan (Saari Amri) bahan fikir utama album ini. Orang Asing bagi aku sisi lain Wings, dengan sound yang lebih bules dan tidak terlalu keras. Dengarkan juga Ranjang Mawar (M.Nasir) yang boleh buat aku melayang dan ulang dengar berkali-kali.



NING
Year: 1994
Producer: J.P Abdullah

Debut Dekat Padamu memenangi album terbaik. Tapi bagi aku album kedua Ning ini lebih baik berbanding first album. Trak hebat seperti Pasti, Kau & Aku, In Another Life dan my all time favourite big ballad, Penjara Kasih membuatkan album ini antara all time favourite album daripada penyanyi hebat ini. Gandingan hebat J.P Abdullah, Jari, Ross Ariffin dan Johari Teh.


MAN BAI
Year: 1995
Producer: Man Bai / Roslan Aziz

Trak killer dan evergreen Kau Ilhamku bagi aku reason mengapa album ini harus jadi koleksi peminat muzik tempatan. Debut Man Bai ini dengan nuansa progresif pop bagi aku terlalu ke depan dari segi kualiti rakaman dan muziknya sendiri. Album ini sebuah album dengan hasil yang harus dibanggakan mantan kumpulan Gersang ini. Favourite trak sudah tentu dengan satu lagi ciptaan Asmin Mudin, Sebenarnya dengan mood folk pop yang sangat melodius. Selain Menanti (Man Bai/Afdlin Shauki)


Ella - U.S.A
Year: 1994

Ah! Aku confuse nak pilih 30110 atau album U.S.A ini kerana kedua-duanya album penting ratu rock ini. Namun album dengan jualan tetinggi dalam profil Ella ini mungkin lebih baik daripada segi produksi. Trak Gemilang, P.P.P, Nuri dan Menanti sudah sebati dengan kita semua even buka hard-core fans Ella. But tak tau mana silapnya selepas album El terutama album Simbiosis, Ilham Bicara dan Rama-Rama, Ella bagai hilang magis. But afterall she still our own rock sweet-heart!



RAIHAN - PUJI PUJIAN
Year: 1998
Producer: Farihin Abd. Fattah & Nasser Abd Kassim

What can I say? Raihan is the phenomenal. Lonjakan Raihan dengan album Puji-Pujian membuatkan kumpulan nasyid tempatan yang awalnya underrated menjadi hal yang penting pada industri. Aku sifatkan Puji-Pujian sebagai killer album. Trak Puji-Pujian, Iman Mutiara, Peristiwa Subuh dan trak lain adalah magis buat muzik nasyid tempatan. Sebuah produksi yang tinggi nilai komersial seiring kualiti muzik yang hebat!

1 comment:

  1. hi hafiz,
    terjumpe blog review u nie dr qarl nye blog.

    can't agree more wth u on sheila's RATU.
    the best album ever produced in this country to date.. love every track of it!

    xsbr nk baca review u on Ning's DEWA pulak

    kkep up bloggin!

    ReplyDelete