Monday, July 12, 2010

Bunkface - Phobia Phoney

Album: Phobia Phoney (Bunkface)
Producer: Bunkface
Verdik: 3/5

Rasanya kita semua sudah faham dengan konsep muzik Bunkface, for the next time they come out with another single pun tak ada masalah untuk kita kenal muzik Bunkface. Well i see that in a positive perspective, they wanted to be themselve dan sama seperti Aizat dan Yuna menolak segala material berbentuk komersial yang dah berlambak di radio. Prom Queen, Situasi, Revolusi dan Ekstravaganza memperkenalkan Bunkface di legasi mainstream. Dan bagi aku mereka sangat berjaya dengan single silih ganti sehingga Phobia Phoney dihasilkan. Kental dengan influence punk rock yang sememangnya sinonim dengan band-band luar seperti Green Day, Sum 41 dan Offspring, Bunkface bagi aku sangat berani lakukan semua yang pernah dilakukan oleh band-band legend punk rock ini dengan memelayukan punk rock. And that;s brilliant bagi aku.

Album ini dibuka dengan Bunk Anthem. Melodi punk rock dengan elemen pop yang catchy, semua boleh layan dengan korus yang sing-a-long dan mudah melekat di kepala. Soldier lebih memikat, piano di awal lagu buat aku teringa No More Drama (Mary J. Blige) tapi di intro sahaja sebab trak ini bukanlah trak rnb. Skala lagu ini bagi aku amat besar sebuah lagu dengan spirit musical dan lirik yang harafiah. I would say this the best track in Phobia Phoney. Thumbs Up!

Escape Dance kembali rancak! Pada saat ini buat aku fikir Bunkface sangat impresif dalam penciptaan. Tak kisahlah dari mana sekali pun influence dan inspirasi mereka, bagi aku muzik mereka sangat rich dengan detailing instrument dan susunan muzik yang senag telinga kita semua digest. Dunia ada similariti dengan Soldier tapi Soldier lebih hebat. You and Me lebih entertaining dengan sound akustik gitar yang minimal buat lagu ini diff sikit berbanding trak lain. Aku sangat enjoy dengan lirik dan penyampaian selamba Sam!

Album ini ditutup dengan Minute To The End. Sebuah trak rancak yang melengkapkan Phobia Phoney. 4 single awal mereka Prom Queen, Situasi, Revolusi dan Ekstravaganza turut dimuatkan di dalam album ini. Produksi yang amat baik. But maybe next time Bunkface boleh lebih experiment dengan influence lain sebab takut bila benda yang sama dihasilkan untuk setiap single orang akan bosan. Stick to what you guys did now dont change just improvised with other element.

No comments:

Post a Comment