Sunday, July 18, 2010

Mizz Nina - What You Waiting For (review)

Album: Waht You Waitin For (Mizz Nina)
Eksekutif produser: Mizz Nina / Walter Taylor
Produser: Uno, Aj, Koolade, Christian Jones, Syahril, Bedsty
Verdik: 3.5/5

Hip-hop is not my forte but apa yang Black Eyes Peas buat dalam The E.N.D buat aku teruja dan mereka sendiri melabelkan album tersebuat as a future pop dan ini ada similariti dalam What You Waiting For. Ya kita semua tahu semasa zaman Teh Tarik Crew Mizz Nina lebih banyak rap daripada menyanyi. But dalam debutnya ini she sing! even dia bukan female singer with power vocal yang boleh menyanyi big ballad dengan baik but she does offer something different in her debut.

14 trak dalam album ini tak semua akan di review. What You Waiting for ft. Colby O Donnis adalah yang aku maksudkan dengan apa yang BEP lakukan. Future pop dengan sound hip-hop / rnb / dance yang amat memikat dan memang radio material. Trak begini perlu lebih lagi daripada pemuzik tempatan. Formulanya mudah, dapatkan beat yang tepat masukkan melodi yang catchy / ambil sedikit influence lagu-lagu yang tengah pop di radio then you will get what Nina did in What You Waiting For. Trak ini amat baik menurut aku.

Kau Tahu (Uno/AJ/Nurfatima/Nina) juga amat menarik. Sound rnb dance yang boleh buat kita goyang dan teruja. Mengingatkan aku pada trak Nikki & Audi Mok dalam album Hawa. Cuma progamming dalam trak ini agak obvious mungkin kalau letak dram and bass dengan live recording akan jadi lebih power rujuk trak Amerie 'One Thing' & Alicia Keys 'HeartBurn'. Let Me C U Get It dan One juga radio material, jika anda jenis layan Gaga, Derulo, BEP atau Beyonce trak macam ni takkan buat anda kecewa.

Ping Pong (Mode) pun menarik. Mood rnb dalam trak ini amat kental dengan korus yang amat catchy. Never Leave You Behind (Koko / Syaheed) menarik bagi aku sebab vokal Poopa sebagai latar buat bulu roma aku berdiri. Oh man who's this Poopa girl she really got the voice! really lookin foward toward this girl. Vokal dia amat international! Kurnia (Noh) wow bagi aku, mood rnb jazz yang hebat dalam lagu ini. Yes sekali dengar kita boleh tahu ini melodi Noh but the arrangement is really great. Blend vokal Nina dan Noh maybe agak pelik but atas pas pelik itu jugalah punch lagu ini dirasai. I really can move with this.

Overall album ini sebuah album dengan sound-sound yang current. Even Christina Aguilera pun come out with this kind of music untuk Bionic. Macam aku cakap tadi kalau korang jenis dengar Hitz FM or Fly FM this is you guys material. Bukan untuk aku dengar selalu tapi bak kata Anuar Zain Nikmati Muzik Tanpa Prejudis. Sebuah album dengan produksi yang amat baik. She sing, She rap and thats count! Keep doin what you do now Nina!

No comments:

Post a Comment