Sunday, July 25, 2010

Music Issue: Jazz dan Shopping Mall

Ramai orang anggap Jazz muzik kelas atasan. Untuk orang yang ada citarasa tinggi, susah nak tonton persembahan jazz di tempat terbuka dengan kos yang murah. Bagi aku itu semua mind set yang tak sihat. Dari zaman P.Ramlee lagi aku rasa muzik Jazz ni dah diperkenalkan. Pendekatan yang P.Ramlee beri dengan jazz, bossa dan twist bukan asing sepatutnya untuk kita semua namun apabila ia hanya diminati segelintir orang sahaja dan kebetulan ia banyak didengarkan di majlis-majlis tertentu dan bukan keramaian buat orang fikir muzik jazz itu mahal. Ada pro dan contra bagi aku. Bila ia tidak diminati ramai, jazz jadi lebih eksklusif dan perkara ini buat orang lebih appriciate muzik jazz.

Apabila jazz sering dipasang di shopping mall yang menjual hi fashion brand buat orang bertambah fikir muzik ini hanya untuk orang kaya. Bagi aku ini semua kebetulan. Jazz music yang soothing, ia beri leasure, relax dan calm dalam melodi yang buat aku fikir ia juga alasan utama mengapa jazz sering dimain di shopping mall. Maybe untuk buat orang rasa selesa untuk santai di mall. What if kita ke Lot 10 atau Star Hill dan dimainkan lagu-lagu Slipknot, Korn, Marilyn MansoN atau Prodigy? Ia tidak beri apa-apa kesenangan, keselesaan untuk pengunjung mall rasa selesa untuk bershopping. Dan atas dasar itu jugalah muzik jazz dianggap muzik shopping mall.

Masih ingat lagi saat berkerja di Damansara Intan dulu, aku selalu mainkan album Ratu dan few track jazz lain. Sehingga satu hari disapa office boy "lagu-lagu ko ni memang la aku akan igt macam jalan-jalan dekat The Mall. Lagu shopping complex" dan itu bukan satu-satunya kes yang terjadi. Di office baru ini pun terjadi juga apabila salah seorang rakan sepejabat menyapa "Aku rasa macam kt shopping complex weh lagu ni" but this time around is my senior table depan saat dia memasang few track dari legenda Kenny G.

Ah! pedulikan. Jazz mungkin makin sebati dengan aku. Chet Baker, Maxwell dan Sade akan sentiasa menjadi favourite. The real survivor dalam industry yang struggle dengan genrenya, Sheila Majid juga. Even Sheila sendiri tidak pernah claim dirinya penyanyi jazz, orang jepun yang menggelarnya begitu namun sehingga kini gelaran ratu jazz melekat pada Sheila. Jazz itu soothing bagi aku. I can be so cool and calm by listening Incognito, Immaniar or Cagnet. Dan apabila Edry sedaya upaya mem-pop kan jazz dalam album buadak2 AF8, aku cuma boleh cakap he just make it sound cheap and worthless! dont do it if its not your forte. Lets Roslan Aziz, Mukhlis Noor, Michael Veerapan, Jenny Chin and TK did it. They master in it!

2 comments: