Wednesday, September 15, 2010

MIX TAPE SEPTEMBER

Yuna - Decorate (2010)
Dari cover album sudah buat aku cukup teruja dengan debut penyanyi popular Dan Sebenarnya ini. Antara yang menarik dan perlu diberi perhatian lebih Gadis Semasa, Penakut, Decorate dan Random Awsome. dengarkan juga trak Super Something yang bagi aku impresif dari segi susunan muziknya. Sayang tak ada lagu Deeper Conversation.

Marcell - Peri Cintaku (2010)
A very fine ballad daripada penyanyi seberang yang sentiasa menjadi favourite aku ini. Seperti juga single sebelumnya Takkan Terganti, trak ini juga amat menangkap pendengaran kala pertama kali mendengar. Lirik lagu ini buat aku trfikir jugak adakah ia merujuk pada isu perkahwinan nya dengan pelakon Rima Melati antara baitnya "Aku untuk kamu, kamu untuk aku. Namun semua apa mungkin iman kita yang berbeda, tuhan memang satu kita yang tak sama". But apa pun it still a fine ballad yang best.

Mia Palencia - Sayang
Dah lama aku cari trak ni, finally dapat juga dengar. Lagu ini buat aku teringat trak dari Maman dalam sountrack Layar Lara. Soothing dan vibe vokal besar milik Mia beri justice yang baik untuk trak ini.

Radiohead - Kid A
OK Computer secara personal adalah album terbaik Radiohead. Namun bila start dengar balik Kid A, album ini bagai melekat dalam cd player. Antara yang paling kerap aku ulang dengar How To Dissapear Completely, Motion Picture Sountrack dan Everything In It's Right Place.

India.Arie - Testimony Vol.2 (Life and Politics)
Rasanya aku prefer Testimonial Vol. 1, namun siapa yang boleh mengatakan tidak kepada soulfull vocal milik india. Antara yang betul-betul menarik He Heals Me (yang sangat romantikal) Long Good Bye, The Cure dan Theraphy.

Sheila Majid
Since aku betul-betul kecewa dengan jualan tiket konsert 25 years beliau di dfp yang habis dalam masa 2 hari, bulan ini antara bulan yang paling banyak trak2 Sheila yang aku dengar antara yang paling kerap Embun, Kau, Jentayu, Cinta Jangan Kau Pergi, Rintihan Harimau, Di Himpit Keraguan dan Wanita. Hopefully akan ada konsert Sheila lagi buat masa terdekat ini even aku tau takkan ada.damn!

4 comments:

  1. hehe

    bro, i managed to get dato sheila's tixs dfp dis 1st oct. hehe

    ReplyDelete
  2. Hi Hafiz,
    Saya suka baca blog awak dan saya gembira apabila awak mention pasal LIZA AZIZ dalam posting sebelum ini. Saya dah lama mencari CD nie secal kaset hilang time sekolah menengah dulu.
    I was hoping, kalau boley u share kan mp3 or burn kan CD album nie untuk saya. Rindu sangat suara Liza. Details nanti boleh discuss camner...

    shaz

    ReplyDelete
  3. hi shaz.
    sy pn ada kaset je bt tgh manage to get the mp3 files dr someone. once i get i will tell u. nti share email. =)

    ReplyDelete
  4. Thanks Hafiz :)
    my email is shazwans@hotmail.com should you wanna get in touch with me...

    ReplyDelete