Tuesday, September 28, 2010

Sheila Majid Re-Release Album


Album: Sheila Majid - Gemilang...Timeless
Producer: Roslan Aziz
Year: 1993
Verdict: 5/5

Ah! Finally aku dapat jugak one of my Sheila's favourite album ini. Thanks to Warner Music kerana effort mengeluarkan album ini semula kalau tak memang putus jugaklah tali kaset yang aku keep ulang dengar over the years. 11 trak dengan gabungan koleksi live show dan rakaman istimewa sepanjang karier Sheila dari tahun 1989 ke tahun 1992. Apa yang istimewa setiap trak membawa makna tersendiri kepada Sheila dan peminat.
Antara yang paling menarik adalah trak You Should Know By Now yang menurut Sheila adalah lagu yang mula-mula beliau nyanyikan ketika audition pertama bersama the maestro, Roslan Aziz. Persis (Michael Veerapan) yang dirakam untuk album Emosi antara trak favourite aku. Rakaman live version ini buat aku lebih enjoy untuk dengar berbanding rakaman studio. Dan menurut Sheila juga, ini adalah antara trak yang mula-mula membawa beliau ke dalam legasi muzik Indonesia.

Rakaman Tunggu Sekejap yang ada dalam cd dan tiada dalam kaset. Aku suka version Sheila sebab gabungan pop fusion dengan ending yang dramatik buat aku enjoy dengan trak ini. 2 killer ballad yang sangat haunting Selamanya (Chrisye) dan Gerimis Semalam (Mazlan Hamzah) juga antara trak special album ini. Selain trak Gemilang karya Johan Nawawi yang punya punch chorus yang mantap.

After all album Gemilang...Timeless ini akan sentiasa jadi one of my favourite production daripada Sheila. Thanks agai kepada Warner Music atas effort re-release the cd.

Album: Sheila Majid - Cinta Jangan Kau Pergi
Producer: Roslan Aziz
Year: 1996
Verdict: 5/5

Album yang di release untuk pasaran Indonesia ini antara yang aku tunggu. Sebab ada beberapa rakaman yang betul-betul aku tunggu. Antaranya all time favourite, versi asal Wanita (Mac Chew/Habsah Hassan) dengan arrangement berbeza daripda pasaran Malaysia. Selain Nada, Bahagia, Dia dan Kasih. Semua dengan arrangement yang lebih jazzy daripada pasaran Malaysia. And again i put put this as one of my all time favourite Sheila's cd!

No comments:

Post a Comment