Sunday, October 10, 2010

Sean Ghazi - Semalam

SEAN GHAZI - SEMALAM (2006)
Penerbit: Guy Noble / Peter Chong / Sean Ghazi
Juru Rakam: Phil Punch
Juru Adun: Peter Chong / Mixman Production
Design: Justin Goh / Paul Gadd
Verdik: 5/5

Ini antara album yang paling banyak menerima pencalonan dalam AIM 2007 lepas dan aku ambil masa 4 tahun jugalah untuk dengar full album ini and surprisingly skeptikal pada awalnya jadi kekaguman aku pada Sean. He's a serious about music! Album ini dibuka dengan trak ciptaan Sean sendiri bersama Izlin Ramli, Semalam yang punya mood classical pop dengan melodi dan susunan yang cukup dramatik. Ditambah dengan vokal jantan milik Sean buat aku melayang dengan trak ini. Kuimpikan Bintang (China Forbes/Thomas M. Lauderdale) lebih energi dengan groove dalam melodi ditambah pula dengan korus yang catchy. Trak ini buat aku
layan habis! Rambut Hitam Matanya Galak sekali lagi menyaksikan mood classical jazz yang mantap, aduh saat ini buat aku benar-benar berdosa sebab pandang sebelah mata dengan Sean before this! He's got a real tune in here.
I have Dreamed rakaman semula daripada muzikal The King & I juga menrik. Kalau aku tak tau Sean yang nyanyi memang aku akan ingat it's international singer. Hujan Di Tengahari yang jadi one of all time favourite P.Ramlee trak au turut ada. Melodi masih begitu, namun susunan string dan orkestra dalam trak ini betul-betul beri jiwa luar biasa dalam remake ini. Juah Jauh masih perlahan namun momentum muzik dan soul dalam susunan muzik buat aku tak henti terdetik perkataan wow dalam hati. This is one of the big emotion in this album. Dan deep mood dan vokal Sean beri justifikasi luar biasa dalam trak ini.

Punch Card is my number one favourite dalam album ini. Cheeky blend vocal Sean dan back-up vocal amat luar biasa! Especially whisper Sean sepanjang verse sehingga ke korus. What can i say again susunan dalam trak ini amatlah wow! Aku hanya mampu imajin how beautiful trak ini diperform di stage yang besar dengan koroegrafi hebat, oh man this going to be a memorable performance. i love this track so much!

Getara Jiwa sekadar biasa buat aku mungkin sebab dah terlalu ramai yang rakam semula trak ini begitu juga dengan Dengar Ini Cerita but Adibah Noor and Ida Nerina Voices makes this track much way fun to listen! Somewhere We Love sekali lagi jual muzikal classic jazz yang kental dan Sabar Menanti lebih menarik perhatian aku. Sedap dan sedap dan sedap. And this time around Ahmad Nawab takkan banyak cakap sebab trak ini disusun semula much way better than the original one.

Again aku rasa sangat berdosa sebab terlalu memandang rendah dengan usaha Sean Ghazi, sebab dengan penghasilan Semalam kualiti yang diberi Sean amat luar biasa. Dan ini adalah bukti bahawa he is serious dan tahu apa yang dia lakukan dalam muzik and that's count sebab effort yang diberikan betul-betul teruji dalam debut ini. To Sean yes i am still dont think you can do live very well but you Shouldn’t stop doing this!

No comments:

Post a Comment