Sunday, October 10, 2010

Yuna - Decorate

YUNA - DECORATE (2010)
Penerbit: Yuna Zarai
Juru Rakam: Jeffery Little / Nic Nac / Ully
Juru Adun: Roslan Aziz / Ethan Carlson / Huzai
Creative: Yuna Zarai / Zel Atif

Verdik: 4/5

Tak taulah berapa kali dah aku ulang dengar sebelum menulis review debut singer songwriter ini. Gadis Semasa yang jadi pembukaan Decorate aku sifatkan sebagai trak yang sangat fresh dan cool. Aku suka dengan vibe dan groove yang Yuna beri dalam melodi dan susunan lagu ini. Dan pastinya selamba vokal Yuna adalah beri lebih justifikasi dalam nyanyian beliau. I dig this track! These Street lebih deep terutama dalm penulisan Yuna antara bait lirik yang melekat dala fikiran aku "And even you left a long time ago i miss you so and it's hard to tell if you felt this way with someonelse" Ah bagi aku korus lagu ini terlalu jujur dan hanya Yuna saja yang mampu memberi nyawa begini dalam penyampaian melalui vokal selambanya.

Penakut is a killer man! Aku ulang dengar berkali-kali before move ke next track! This is the best track in the album! Again melodi, arrangement dan vokal Yuna jadi nyawa pada trak mellow ini. Seawal petikan piano sehingga korus yang sing-a-long "Ini tidak adil tidak adil baginya" semuanya PERFECT! Fireworks juga tidak kalah dengan eksperimental muzik Yuna. Tapi mungkin agak berat untuk radio. Random Awsome lebih chill dan aku sekali lagi enjoy dengan lirik selamba Yuna. Reebok Shoe, Chakered shirt, a friend of your cousin and all other simple words yang ada dalam trak ini betul-betul buat aku enjoy.

Decorate dan Super Something tampil nuansa lebih simple dan catchy. Both enjoyable to listen and remind. Korus dalam Decorate buat aku teringat melodi-melodi hebat Damien Rice tapi sayang kejap sangat lagu ni tak puas nak dengar. Turut dimuatkan dua trak yang kita sering dengar Rocket dan Cinta Sempurna dengan susunan baru. Dan jangan terlepas untuk dengar hidden track rakaman terbaru Dan Sebenarnya yang aku lebih enjoy berbanding rakaman asal . Sebab version hidden track ini sound lebih live dan raw.

Overall album ini aku sifatkan sebagai sebuah album dengan kualiti produksi yang paling baik tahun ini. Daripada kerja kreatif dalam penghasilan cover dan inlay album ke penciptaan lagu, susunan muzik, rakaman dan penulisan lirik, Yuna butikan bahawa dia buka sekadar Gadis Semasa! Yes she's might not the singer who can hit the high note that well but she's one of a kind yang bawa muzik kita jauh daripada apa yang ada. This is one of the best this year (decade) to date!

2 comments: