Wednesday, November 24, 2010

FINALIS AJL 25 - BILA NILAI KOMERSIAL MENDAHULUI NILAI ESTETIKA.

Ok je kalau diorang yang menang!

Nampaknya juri-juri professional kita sebulat hati mengangkat genre muzik indie ke pentas akhir bila dilihat hampir 80% dikuasai habis oleh band-band indie tempatan. Lapangan minda aku masih positif pada saat ini, terbuka menerima jika mereka benar-benar bagus, mengapa tidak?

Persoalan satu
Aku ulang dengar Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan mencari di mana lebihnya Ku Ada Kamu berbanding aesthetic value dan rich melodius yang ada dalam Sejujur Hatimu. Jujur aku katakan, Ku Ada Kamu sekadar intrpretasi biasa terhadap kagu-lagu ballad tempatan yang ada dengan mengambil sedikit semangat gospel pop ala-ala Aubrey Suwito (rujuk Gemilang) dan IDENTITI muzik Azlan Abu Hassan. Aku mencari dimana letak tingginya originaliti Ku Ada Kamu berbanding Sejujur Hatimu yang aku sifatkan sebagai karya paling jujur penuh attitude Azlan dan Adibah yang bertindak sendiri sebagai penulis lirik.

Mencari Konklusi yang Ekstravagan!
Formula berulang Sam dalam Ekstrvaganza amat mengejutkan aku bila juri angkat lagu ini antara 14 terbaik. Ya, secara peribadi aku dan ramai tahu Bunkface pelapis yang amat baik. Namun formula 1+1=2 yang mereka guna pakai dalam Ekstravaganza, Situasi dan Revolusi mahupun trak-trak intrepretasi Green Day yang lain itu sememangnya kurang markah dari segi originaliti dan apa yang betul-betul kuat ada pada lagu ini adalah nilai komersial juara carta radio yang berlegar dikepala setiap kali diputar diudara. Dan konklusinya? Hujan pun sama diangkat dengan tanpa sebarang pengertian indah dan kosa kata yang mengagumkan.

Gelap gelita berPelita
Terus terang jika aku Loque (insan yang aku sangat hormati atas kreativiti beliau sepanjang bersama Butterfingers) Juara Lagu bukan landasan untuk aku ukur di mana letak tinggi karya sebenar. Makin terdesak mencari ruang mungkin. Ibarat memasukkan lagu Satu Malaysia dalam pertandingan nyanyian. Pelita bukan lagu yang tepat untukk dipertandingkan kerana lagu itu berada di kelas yang sedikit berbeza dan Loque sendiri harus tahu di mana status sebenar lagu ini.

Juri Jahat Berlari terlupa Susun Silang Kata
Aku menjadi semakin tak faham bila salah seorang juri yang dulu pernah heboh mencari sesuatu yang yang fresh katanya, mampu mengetepikan karya sehebat Susun Silang Kata. Oh! man lagu semacam Jahat tu 10 tahun lepas pun Edry pernah bikin. Ok tak mengapa kita letak Jahat as a filler untuk bagi color dalam AJL. Juri, saya maafkan kamu sebab mungkin jauh sangat adrenalin kamu gerak Berlari sehingga terlupa Silang Kata yang harus disusun bijak.

Noktahnya?
The judges are spoken! dan lagu-lagu mesra radio diangkat ke Pentas final. When indie goes commercial they concur us all and i wonder is there another aestethic value that count in this stage? Lu pk lah sendiri. Good luck to all! Dan aku restukan sesiapa sahaja yang menang sekalipun Edry diangkat sebagai Juara. Jikalah!


SENARAI FINALIS (Yang sangat bertuah)

Sofea Jane
Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril

Pelita
A.P.I / Loque / Loque

Cinta Sempurna
Yuna / Yuna / Yuna

Tolong Ingatkan Aku
Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali

Ku Ada Kamu
Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Hanyut
Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Jahat
Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Kebahagian Dalam Perpisahan
Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Mencari Konklusi
Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

Selamat Malam
Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Drama King
Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja

Extravaganza
Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface

Noktah Cinta
Hafiz / Ajai/ Shah Qalam

Berlari
Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok

4 comments:

  1. Interesting observation.....u hit it on the nail. Hope to hear that judge's idea of 'fresh' now.

    ReplyDelete
  2. yeah. aku agak terkejutgak dgn finalis AJL kali ni. few lagu yang betul2 layak diNAFIkan oleh juri!

    pemilihan lagu lebih pada komersial je.

    ReplyDelete
  3. xfaham jugak. juri pun kena org org yg betul jugak sebenanya, better bg org yg btl2 pakar tp xpenah ada kepentingan dalam AJL. Mcm roslan aziz, izham omar, michael veerapan. bru la real! ini juri pn org2 giler glam je sume..

    ReplyDelete