Wednesday, December 29, 2010

BEST OF THE DECADE: YOUR ALBUM SUCKS!

*Kategori ini dinilai atas dasar kualiti yang diberikan sama ada tidak mencapai standard yang diberikan sebelum ini atau membosankan yang akhirnya menjadikan album yang dihasilkan betul-betul sucks!

NING - EAST TO WEST
Nampaknya journey Ning ke Europe merosakkan kariernya. Nyata East to West sebuah album yang gagal. Muzik Ning jadi makin keliru dan remake Drama yang dibikin dance sangat merosakkan karya Audi Mok tersebut. Lesson learn here, you guys tak usahlah berangan pergi jauh ke Europe untuk dapat market international sebab dah nyata karya tempatan lebih agung (rujuk Bunkface/Yuna/Zee Avi) This album sucks!

HAZAMI - YANG PERTAMA / RUNNING
Nak cakap apa lagi? review running yang aku buat awal tahun ini bukti Hazami semakin yakin untuk membunuh kariernya. Double album sekali gus nyata buat aku muak dengan muzik Hazami. Di satu bahagian melayunya terlalu leleh dan satu bahagian lagi ia jadi terlalu zaman Fairuz Hussien dan Liza Aziz dulu. Oh man, you should just be a producer and thats all!

MISHA OMAR - AKSARA
She does impress me on her debut. But Aksara buat aku hilang interest dengan Misha. No matter how good she's on stage but Aksara dan album ketiga yang ada trak Cinta Adam dan Hawa tu betul-betul sucks!

SHAYNA ZAID - HALF OF MY WORLD
Well it suppose jadi album yang baik. Sebab ada few track yang bagus dalam album ini. Namun bila aku ulang dengar album ini seakan lebih terarah kepada definisi syok sendiri. Nyata journey Shayna juga melayang jauh ke tempat yang entah kemana tapi hanya berlegar di ruangnya sendiri. End upnya? ya, syok sendiri.

JAC - III
Ini album terburuk sepanjang karier Jac. III membawa Jac ke lembah komersial yang tanpa arah. Bertamu Di Kalbu yang aku sangka remake 80-an bagi sountrack filem rupanya menjadi single utama album ini. Belum lagi masuk trak ballad lain yang terlalu biasa dan yang paling penting aku nak high lightkan adalah betapa buruknya gambar yang dipilih sebagai cover ini.



DATO' SITI NURHALIZA & KRIS DAYANTI - CTKD
Album paling caca marba sepanjang dekad ini. Idea Audi amat baik memberi dimensi bunyi berbeza dalam trak Amarah dan Jika Kau Tak Datang. Namun bila idea itu tidak seiring jalinan muzk dari komposer lain, makanya konsep dah jadi celaru. Audi should really lead this album tnpa perlu nama lain seperti Aubrey, Sharon dan St 12. Sebab akhirnya memang album ini jadi simpanan peribadi peminat Siti sahaja jauh sekali jadi favourite.


ZAINAL ABIDIN - PUTERI
Entah kenapa. Zainal Abidin dengan Puteri jadi karya paling buruk dalam sejarah karier solo beliau. Album ini sama seperti CTKD tidak berarah. Walau sekuat mana sekalipun trak Puteri itu, konsistensi kualiti yang diberi amat rendah. Zainal harus mengambil Gamal kembali menjadi rujukan beliau untuk the next project!


M.NASIR - SANG PENCINTA
Terkejut? Sang Pencinta amat membosankan bagi aku. Apa yang sifu buat dalam album ini sekadar intepretasi dan refleksi album sebelumnya sejak dari zaman Kembara. Aku sekadar kagum dengan trak 7 Nafas Lagi yang amat refreshing kerana trak yang lain belum buat aku mahu ulang dengar apa jua bentuk sama ada melodi atau lirik humanis reptitionnya itu.

HUJAN - MENCARI KONKLUSI
Ok raingers mungkin akan marah tapi terus terang kalau ini album pertama Hujan, they are not in their position now. Album ini sucks all time, trak aesteticless Mencari Konklusi itu bagi aku sangat flat dan nothing much to say. Debut mereka melaui Aku Skandal, Pagi Yang Gelap dan Neon antaranya yang paling baik dan buat aku fikir Hujan is different. Tapi end upnya? macam tu jugaklah.Kita tunggu 2-3 tahun lagi macam mana.

SALEEM - DEMI CINTA
The worst remake ever. Tapi success! Sleem terangan menghancurkan trak Caramel - Tinggal Kenangan dengan jayanya malah trak lain seperti my all time favourite Gelombang (Salamiah Hassan) dan Mustika (M.Nasir).

BEST OF THE DECADE: BEST ALBUM COVER

SHEILA MAJID - KUMOHON (2000)
Fotografi: Tate Mario Ghazi
Konsep & Rekabentuk: Joe Leong

Dinamik mood warna dan arahan seni yang dilakukan Yasmin Yusoff dan Joe Leong ini benar-benar beri nyata kepada mood sebenar Ku Mohon. I can say this is the best cover of the decade.

NING - SELAGI ADA (2003)
Fotografi: Barney Studio
Konsep & Rekabentuk: Publicis Malaysia

Rekabentuk komersial persis editorial. Aku sangat suka dengan idea pemilihan cover album ini menampakkan mood dan ruang gaya yang tersendiri. Buat aku teringat cover Snow Fall On The Sahara dari Natalie Cole.
GERHANA SKA CINTA - BOSS SOUND (2002)
Fotografi: Nazmin @ Musicexchange
Rekabentuk: Troy @ Juxtapoze

Klasik! persis gaya legend band dari zaman 50's. Dan pemilihan cover ini beri kelas tersendiri pada kandungan keseluruhan album ini. Yeah it's arkaik!


RESHMONU - MONUMENTAL THE JOURNEY CONTINUE (2004)
Fotografi: Simon Chin
Konsep & Rekabentuk: Linus Teoh

Konsep whole layout dari cover ke inlay mudah black & white. But it works many times, Dengan memberi fokus pada silhouette Reshmonu, unik rambut dan pemilihan font yang betul jadikan keseluruhannya hadir dengan execution yang amat baik.


NIKKI - HAWA (2008)
Fotografi: Boon Chee Fuy, Jeremy Teoh, Choong Foo Chuan @ Character Studio
Konsep & Rekabentuk: Florence Lee

Bila seseorang designer dan art director itu faham dengan content, hasilnya pasti saja terbaik. Ini contohnya bagaimana Florence Lee dan team melakukannya. Selain konsep album ini menang bab packaging yang amat-amat baik. Thumbs up!


YUNA - DECORATE (2010)
Fotografi: Zel Atif
Konsep & Rekabentuk: Yuna Zarai & Zel Atif

Yuna luar biasa! Bukan saja boleh buat lagu album design ini juga dihasilkanya bersama Zel Atif. Hadir dengan konsep simetri dan geomatik. Ibarat sebuah pelan arkitektur, keseluruhan layout album ini buat ia kelihatan benar-benar international!


NORANIZA IDRIS - SAWO MATANG (2004)
Fotografi: Bustamam Mokhtar @ White Studio
Konsep & Rekabentuk: Rauna Judd @ Urban Ad.

Buat yang tak kenal Rauna Judd, he's the one yang turut bikin sampul album Tahajjud Cinta Siti. Dan dalam Sawo Matang, Rauna telah beri definisi sebenar kepada keseluruhan konsep Sawo Matang. It works really well.


CAMELIA - MIMPI (2001)
Fotografi: Tate Mario Ghazi
Konsep & Rekabentuk: Magie Abang Saufi & Joe Leong

Joe Leong jarang gagal beri kualiti dalam setiap hasilnya banyak bekerja dengan nama-nama besar antaranya Sheila Majid dan Anuar Zain selain Camelia sendiri. Mimipi mendapat pencalonan kulit album terbaik namun tewas di tangan Phoenix Bangkit. Namun ini menang banyak markah di deparment artistik komersil.


AIZAT AMDAN - URUSAN AIZAT AMDAN (2010)
Fotografi: Raja Petra
Konsep & Rekabentuk: Muzaimi & Zulamran

Berilhamkan sampul surat terhasil sampul album Urusan yang aku sifatkan sebagai antara yang paling kreatif tahun ini! Berapalah bajet diorang bikin agaknya.


SEVEN COLLAR T-SHIRT (2009)
Konsep & Reka Bentuk: Rewan Ishak

Ini antara yang tercantik dengan mood gerakan dan warna yang sangat lively, no wonder dapat nominasi best album cover last AIM.

Friday, December 10, 2010

BEST OF THE DECADE: ARTIS REALITI TERBAIK

FAIZAL TAHIR
One In A Million

Need to say more? 2 album Aku.Muzik.Kamu dan Adrenalin dan keduanya bolot best album AIM, Karisma dan identiti muzik beliau makin sebati dengan masyarakat Malaysia. Malah keberanian buka baju depan public, dituduh berlagak dan poyo, bukti he's a real rock star! Faizal Tahir bukan calang-calang produk realiti tv bukan juga mee segera.Pernah bikin 2 showcase full house di Hard Rock Cafe Penang dan KL, dear FT We`re ready for your real concert!

JACLYN VICTOR
Malaysian Idol

Fuhhh... She's might beat Siti dulu tapi aura Siti kuat sangat. Namun bukan alasan untuk letakkan Jac sebagai penyanyi kelas satu Malaysia. 3 album penuh Gemilang, Inilah Jac dan Jac III mengukuhkan namanya di persada seni tempatan! She dont need that mic!

AIZAT AMDAN
Akademi Fantasia

Kalau ada yang betul-betul baru kenal dan kagum dengan Aizat melihat bagaimana dia di AF antara surprise paling hebat aku rasa. Transisi bukan saja pada fizikal malah kualiti dalam kerja yang dilakukan buat aku betul-betul kagum dengan Aizat. Keep it up a good work. Aizat bukti benar yang rakyat Malaysia dah salah pilih juara dulu!

KAER AZAMI
Akademi Fantasia

Ada beberapa faktor utama kenapa Kaer dalam list top 5 aku. Pertama pasti vokal! Kaer beri soul luar biasa dalam penyampaian beliau. Ketika pertama kali menyanyi di AF aku dia pasti ada sesuatu yang luar biasa. Dan hasil daripada itu debut Menjelma dipasaran pada 2007 diikuti Unique album repackage Menjelma. Muzik adikarya Azlan Abu Hassan yang melatari keseluruhan single utama meletakkan Kaer sebagai seorang lagi crooner tempatan setelah legasi Anuar Zain.


DINA
Malaysian Idol

Dimana pun Dina perform sebesar-besar majlis anugerah sehingga sekecil-kecil show prom night Dina tak pernah gagal buat orang bersorak dan bertepuk kagum dengan abiliti beliau. Walau sekadar hanya satu album, Cinta Datang Lagi Dina aku letakkan pada kelas yang tersendiri. Namun kerana ruang yang tidak menyebelahinya kita sekarang hanya boleh dengar Dina bercakap di radio. sayang!

NIKKI
Malaysian Idol

Terus terang she never grip my soul pun sepanjang di Idol. Namun hasil kerja keras Audi, Vernon dan Ning, Nikki hadir luar biasa dalam debut Maharani yang melambungkan namanya melalui trak Caramu. Dan eksperimentasi berjaya dalam Hawa buat aku letakkan Nikki sebagai penyanyi kelahiran realiti tv yang boleh kita banggakan.

FARHAN
Akademi Fantasia

Farhan antara personal favourite aku. Tak banyak talent begini di Malaysia yang tahu muzik yang ingin mereka bawa, terutama dalam legasi jazz. Dengan dua pencalonan AIM bagi artis baru terbaik dan vokal wanita terbaik melalui kompilasi live AF she prove that she got something to sell. To Farhan lagi cepat keluar album lagi baik rasanya. Bukan apa takut orang lupa.

STACY
Akademi Fantasia

She sing she dance beautifully! even ada lagu-lagu dia yang aku memang tak boleh terima especially Jahat. Kreadibiliti Stacy sebagai penghibur pentas aku tidak nafikan. Teringin nak dengar single ballad stacy.

AMYLEA
Akademi Fantasia/One In A Million

Apa yang bagus tentang Amylea adalah visi muziknya. Dia tahu dan faham muzik setiap kali keluar pentas terutama semasa di OIAM she never failed to impress me. but apa yang kurang pada Amylea adalah vibe mungkin sedikit charm dan sweet. Sebab after all kita semua suka pada benda yang nampak cantik keseluruhan.

BOB
Akademi Fantasia

Vokal adalah kuasa Bob sepertimana Dina, Bob tak pernah buat kita semua tak suka dengan nyanyiannya. Penyanyi macam Bob ni bila dia di atas pentas kita dah lupakan segala hal package cantik segala. He's the master on stage hanya dengan membuka mulutnya.


Sunday, December 5, 2010

WHAT DID YOU GUYS WILL GET AT THE END OF THIS DECADE FROM THIS BLOG?


BEST OF THE DECADE

best production | best vocal album | best reality tv talent | worst album

- s o o n -