Wednesday, December 29, 2010

BEST OF THE DECADE: YOUR ALBUM SUCKS!

*Kategori ini dinilai atas dasar kualiti yang diberikan sama ada tidak mencapai standard yang diberikan sebelum ini atau membosankan yang akhirnya menjadikan album yang dihasilkan betul-betul sucks!

NING - EAST TO WEST
Nampaknya journey Ning ke Europe merosakkan kariernya. Nyata East to West sebuah album yang gagal. Muzik Ning jadi makin keliru dan remake Drama yang dibikin dance sangat merosakkan karya Audi Mok tersebut. Lesson learn here, you guys tak usahlah berangan pergi jauh ke Europe untuk dapat market international sebab dah nyata karya tempatan lebih agung (rujuk Bunkface/Yuna/Zee Avi) This album sucks!

HAZAMI - YANG PERTAMA / RUNNING
Nak cakap apa lagi? review running yang aku buat awal tahun ini bukti Hazami semakin yakin untuk membunuh kariernya. Double album sekali gus nyata buat aku muak dengan muzik Hazami. Di satu bahagian melayunya terlalu leleh dan satu bahagian lagi ia jadi terlalu zaman Fairuz Hussien dan Liza Aziz dulu. Oh man, you should just be a producer and thats all!

MISHA OMAR - AKSARA
She does impress me on her debut. But Aksara buat aku hilang interest dengan Misha. No matter how good she's on stage but Aksara dan album ketiga yang ada trak Cinta Adam dan Hawa tu betul-betul sucks!

SHAYNA ZAID - HALF OF MY WORLD
Well it suppose jadi album yang baik. Sebab ada few track yang bagus dalam album ini. Namun bila aku ulang dengar album ini seakan lebih terarah kepada definisi syok sendiri. Nyata journey Shayna juga melayang jauh ke tempat yang entah kemana tapi hanya berlegar di ruangnya sendiri. End upnya? ya, syok sendiri.

JAC - III
Ini album terburuk sepanjang karier Jac. III membawa Jac ke lembah komersial yang tanpa arah. Bertamu Di Kalbu yang aku sangka remake 80-an bagi sountrack filem rupanya menjadi single utama album ini. Belum lagi masuk trak ballad lain yang terlalu biasa dan yang paling penting aku nak high lightkan adalah betapa buruknya gambar yang dipilih sebagai cover ini.



DATO' SITI NURHALIZA & KRIS DAYANTI - CTKD
Album paling caca marba sepanjang dekad ini. Idea Audi amat baik memberi dimensi bunyi berbeza dalam trak Amarah dan Jika Kau Tak Datang. Namun bila idea itu tidak seiring jalinan muzk dari komposer lain, makanya konsep dah jadi celaru. Audi should really lead this album tnpa perlu nama lain seperti Aubrey, Sharon dan St 12. Sebab akhirnya memang album ini jadi simpanan peribadi peminat Siti sahaja jauh sekali jadi favourite.


ZAINAL ABIDIN - PUTERI
Entah kenapa. Zainal Abidin dengan Puteri jadi karya paling buruk dalam sejarah karier solo beliau. Album ini sama seperti CTKD tidak berarah. Walau sekuat mana sekalipun trak Puteri itu, konsistensi kualiti yang diberi amat rendah. Zainal harus mengambil Gamal kembali menjadi rujukan beliau untuk the next project!


M.NASIR - SANG PENCINTA
Terkejut? Sang Pencinta amat membosankan bagi aku. Apa yang sifu buat dalam album ini sekadar intepretasi dan refleksi album sebelumnya sejak dari zaman Kembara. Aku sekadar kagum dengan trak 7 Nafas Lagi yang amat refreshing kerana trak yang lain belum buat aku mahu ulang dengar apa jua bentuk sama ada melodi atau lirik humanis reptitionnya itu.

HUJAN - MENCARI KONKLUSI
Ok raingers mungkin akan marah tapi terus terang kalau ini album pertama Hujan, they are not in their position now. Album ini sucks all time, trak aesteticless Mencari Konklusi itu bagi aku sangat flat dan nothing much to say. Debut mereka melaui Aku Skandal, Pagi Yang Gelap dan Neon antaranya yang paling baik dan buat aku fikir Hujan is different. Tapi end upnya? macam tu jugaklah.Kita tunggu 2-3 tahun lagi macam mana.

SALEEM - DEMI CINTA
The worst remake ever. Tapi success! Sleem terangan menghancurkan trak Caramel - Tinggal Kenangan dengan jayanya malah trak lain seperti my all time favourite Gelombang (Salamiah Hassan) dan Mustika (M.Nasir).

1 comment:

  1. for shayna zaid. i beg for differ. album tu terbaik pasal it talks about love. it carries the emotion well. from track 1 to track last. shayna really delivers her vocal and carry weight for the song. as if she sit next to you tell you stories of hope,dreams,love.

    kelemahan album hanya sebab ada featuring by sazzy and Johan farid yg bagi aku tak perlu.

    itu aje.hehehe

    ReplyDelete