Saturday, December 24, 2011

ALBUM OF THE YEAR 2011/10


2011 bikin jadi tahun manis buat beberapa nama seperti Yuna, Edry KRU, 3 Suara, Awi Rafael dan Najwa Latiff. Penerimaan terhadap karya mereka dilihat begitu baik sekali.Dan dengan kemunculan beberapa nama lain yang hadir dalam pakej kualiti lengkap seperti Najwa, Reza Salleh mampu menentukan aras baru dalam perkembangan muzik tempatan. Tahun ini juga nampaknya menjadi seperti kalam akhir buat beberapa penyanyi hebat seperti Kaer, Misha Omar dan Sarah Raisudin yang satu masa dulu pernah menjadi antara the next generation in music even Kaer dan Misha punya album tahun ini nampaknya gagal meneruskan impak Bunga-Bunga Cinta dan Izinkan Ku Pergi mereka. Dan apa yang mengejutkan album inggeris Dato' Siti Nurhaliza tidaklah boom seperti apa yang dijangkakan malah album Anuar Zain juga kalah pada trak Sedetik Lebih yang dibikin untuk runut bunyi Merongmahawangsa. Nah, berikut 10 yang aku nantikan buat 2012 ini. Dan tahun ini bagai mudah ditebak album mana yang benar-benar beri kejutan dalam persembahan kualiti muzik yang hebat secara total.

  P.RAMLEE - SATU INDIRPRETASI
Aku meletakkan album ini sebagai album terbaik tahun ini. Remake ini benar-benar refreshing dan reprsent taste muzik pemuzik muda tempatan. Dan setiap trak diadun baik dengan susunan serta cara tersendiri pemuzik yang terlibat. Dengan kualiti rakaman dan rendisi yang tersendiri album ini memang beri definisi terkini terhadap muzik P.Ramlee yang saat akhir aku mendengar rendisi terbaik tribute buat P.Ramlee dalam album Legenda - Sheila Majid kira-kira 20 tahun lalu.

NAJWA - INNOCENT SOUL
Innocent Soul antara album paling menyerlah kualiti daripada pemilihan lagu, melodi yang baik, kualiti rakaman sehingga kepada packaging dan yang pasti album ini benar-benar hebat diterajui vokal hebat milik Najwa. Ia hadir dalam pakej muzik soul dan r&b sebenar dan Najwa tidak sedikitpun hilang momentum dalam setiap trak yang dicipta hampir sempurna keseluruhannya.


AIZAT - URUSAN AIZAT AMDAN
Aiza merupakan genius baru muzik tempatan. Album ini lari jauh daripada apa yang kita dengar dalam debut Percubaan Pertama. Tiada lagi mellow pop seperti Hanya Ku Yang mampu, malah Aizat bawa pendengar jauh dalam isu-isu yang lebih kemanusiaan dengan melodi lebih eksperimental untuk pasaran melayu. Dan kejutan juga buat aku bila trak Sungai Lui berjaya menjadi antara yang paling hebat mendapat airplay tahun ini.


TILU
Debut ini antara yang terbaik buat band tempatan. Muzik mereka segar dengan suntikan jazz dan groove yang tersendiri. Namun seperti apa yang selalu aku tegaskan Tilu tewas di department vokal. Banyak momen yang baik dalam album ini digagalkan dengan vokal flat Mira. Atau idea aku Tilu boleh jadi seperti Meet Uncle Hussain, tanpa perlu vokalis tetap hanya mengundang mereka yang tepat sahaja untuk memberi justifikasi sebanar terhadap muzik yang diperjuangkan.


SHEILA MAJID - MPO CELEBRATES 25 YEARS IN MUSIC
Dah lama rasanya kita tidak mempunyai album live yang besar seperti ini. Seingat aku antara album live yang menjadi simpanan hanya album rakaman Ferhad - Soul Alive dan Dayang Live. Search menerusi konsert double trouble mereka bersama Wings tahun ini juga menaskahkan karya mereka dalam sebauah album live namun impak rakaman dan kualitinya tidak sehebat apa yang Sheila Majid lakukan bersama MPO ini. Album ini antara yang penting sepanjang tahun ini walaupun pada hemat aku album ini bukanlah yang terbaik sepanjang tahun untuk dijulang sebagai best album oleh AIM lepas.


YUNA - DECORATE
Sejujurnya album ini hebat hanya pada beberapa trak sahaja. Terutama dalam trak-trak melayunya. Debut Yuna ini adakala bikin aku rasa ep yang diterbitkan lebih hebat. Namun untuk menidakkan ia sebagai salah satu karya paling original tahun ini adalah mustahil. Trak Gadis Semasa yang menjadi single pertama bagi aku amat current dan segar. Aku sanjung kualiti rakaman pada album ini yang ditangani dengan amat baik selain kejutan hidden trak Dan Sebenarnya yang lebih deep darpadaversi asal yang bikin aku ulang dengar. Dan ya penakut is a goosebumps!


BITTERSWEET - EMPIRE TRANSITION
Ini antara band hebat yang harus diberi perhatian lebih. Bittersweet buat aku teringat kala Butterfingers mula menjengah pasaran dulu. Mereka punya identiti tersendiri dan setiap trak benar-benar memberi impak sehingga kita benar-benar rasa dengan mood melodi yang dipersembahkan. Album ini akan selalu jadi teman setiap kali aku memandu.


DAYANG SAYANG & CAHAYA
Dayang menerusi Sayang & Cahaya memberi refleksi pada mood sebenar r&b. Setiap trak diberi penekanan pada melodi dengan baik sekali. Dan perhatian aku sudah pasti pada trak-trak ciptaan Zain Almohdzar yang memahami kemampuan Dayang. Rasanya Dayang should stick with this man sebab kolaborasi melodi dan vokal mereka memberi justifikasi terbaik dalam album ini. Namun sayang album ini tidak diberi perhatian baik oleh stesen radio. Sebab aku sangat percaya peminat yang sukakan Seandainya Masih Ada Cinta pasti akan suka trak Sabarlah yang ada dalam album ini.

NING - DEWA
Projek 3 Suara nampaknya menenggelamkan sedikit kewujudan album ini. Ning memberi rendisi baru dalam journey muziknya secara total dalam album yang dikemudi Audi Mok ini. Album ini bagi aku terbagi kepada dua bahagian antara r&b pop dan r&b dance yang melengkapkan antara satu sama lain. Sayang trak seperti Bila, Alhamdulillah, Raksasa dan Aku Bukan Dewa tidak mendapat sambutan yang baik.
PROJEK PISTOL - STEREO ANDROMEDA
Projek Pistol bagi aku adalah pemuzik yang matang dan faham akan pengertian rock n roll. Lagu-lagu mereka bagi aku adalah definisi kepada muzik rock melayu yang diberi suntikan sedikit moden. Cukup sekadar mendengar Wanita Seluruh Dunia, Metaforia dan Syurga aku sudah boleh relate dengan kualiti yang diberi. Dan pastinya vokal seksi Boy Clifford menjadi nadi penghidup setiap trak yang disusun baik.

3 SUARA
Aku pada awal hanya ingin melengkapkan senarai Album if the Year ini dengan 10 album sahaja namun album 3 Suara ini ada momen yang baik pada trak-trak dalam mood 70-an dan 80-an dengan sentuhan moden terutama pada vokal ketiga-tiga mereka. Walau kadang aku rasa kacau dengan vokal Ning yang tidak blend ini bersama Jac dan Shila yang harmoni. Alangkah baik Ning diganti Dayang atau Adibah Noor.

Thursday, December 22, 2011

BEST PLAYLIST 2011/10

2011 mencatat beberapa momen baik dalam penciptaan lagu dalam legasi pop khususnya. Nama-nama seperti Yuna, Aizat, AG, Edry KRU, 3 Suara dan seperti biasa bakat-bakat AF menjadi antara perhatian baik di radio, tv, print media mahupun Youtube. Najwa Latiff bagi sedikit kejutan buat aku bila video Cinta Muka Buku mendapat lebih 5 juta dalam masa 5 bulan diupload. Itu satu rekod dalam industri muzik sebenarnya. Kemunculan semula beberapa nama besar seperti Dayang dan Ning menerusi album hebat mereka nyata tidak mampu menandingi bakat-bakat baru ini sekalipun diakui album Sayang & Cahaya serta Dewa memiliki kualiti secara total sebaik album yang baik sehingga mendapat nominasi utama AIM lepas.

Dalam senarai di bawah aku akui ia dinilai secara personal bukan mengikut apa yang mass inginkan but personally juga aku rasa 10 lagu inilah yang patut dijadikan rujukan buat kerana kualiti, originaliti dan nilai komersial yang ada. Ada beberapa trak lain yang dalam pertimbangan seperti Got To Go, Wanita Seluruh Dunia, Years From Now, Pokok, Sabarlah dan beberapa trak daripada album Indipretasi.

Untuk tahun 2012 aku berharap band Projek Pistol akan lebih giat bikin lagu kerana muzik mereka benar-benar bagus dan matang. Selain menanti trak-trak hebat Yuna. Dan ya bercakap tentang Yuna menjadi wishlist aku untuk melihat Yuna merakam semula lagu-lagu melayu klasik 50-an dan 60-an dalam rendisinya sendiri kerana aku melihat dia seorang bintang yang mampu memberi justifikasi kepada trak-trak klasik seperti yang dilakukan dalam Gelora Jiwa dan Bula Ditutup Awan. Aku agak suka dengan apa yang dilakukan Monologue dan beberapa nama lain seperti Mafa dari rancangan Vokal sebab  ada beberapa momen dalam persembahan beliau yang buat aku rasa she's got something to offer for the mass especially kala aku mendengar rendisi Kotak Hati yang dibwa dengan begitu baik sekali. Selain double album Faizal Tahir yang aku cuba membayangkan bagaimana gimiknya kali ini pastinya AF All Star bakal jadi perhatian hebat!


1) SUNGAI LUI – AIZAT
Skala muzik dan susunan Sungai Lui luar biasa bagi aku dan kreativiti Aizat nyata terbukti pada trak ini. Enough said this my best playlist this year!


 2) SEDETIK LEBIH - JACLYN VICTOR

Jujur aku lebih tersentuh dengan versi Jaclyn Victor. Dia buat bulu roma aku meremang and yes she sang this song beautifully berbanding Anuar yang terlalu in control dan over-emotion. Dan buat pertama kali Edry berjaya buat aku meremang dengan melodi hebat yang dibikin bersama dengan susunan orkestra MPO yang amat membuai. Aku akan bersetuju jika trofi AIM yang dipulang atas tiket kredibiliti penyampaian Jac. Aku berharap akan ada rakaman versi studio untuk Jac. Kudos for Jaclyn Victor!



3) PENAKUT - YUNA 
Bak kata seorang teman lagu ini ibarat goosebumps kala pertama kali mendengar dan aku tidak menafikan pernyataan tersebut. Yuna sebagai pelapis baru pemuzik tempatan nyata seorang genius dalam membentang idea luar daripada norma tipikal pop melayu. Trak ini bakal menjadi evegreen denagn originaliti serta kualiti melodi yang yang sungguh segar. Dan sekali lagi vokal Yuna merupakan alasan terbaik dalam memberi justifikasi buat trak ciptaannya ini. 



4) ALHAMDULILLAH - NING
Trak ini amat besar buat aku. Soul yang dibawa dalam penyampaian Ning dan humanis lirik NurFatimah bikin Alhamdulillah jadi antara trak paling besar jiwanya. Belum ada kiranya trak pop yang melaung kalimah Alhamdulillah sebegini rupa. Yup bagi sesetengah orang trak ini kedengaran taboo tambahan ia dinyanyi oleh ratu kontroversi seperti Ning. Namun bagi aku dalam legasi pop yang mengangkat tema ketuhanan lagu ini mampu berdiri sehebat Ku Mohon - Sheila Majid/Mac Chew.




 5) BAGAI BIDADARI - TOMOK
Melodi indah ciptaan Aubrey Suwito ini antara yang paling romantis dan jujur tahun ini. Pelik bila lagu ini tewas ke pentas final Anugerah Juara Lagu - mungkin faktor airplay yang kurang. Tomok memberi impak pada emosi pada trak yang ditulis sendiri liriknya ini. Verse lagu merupakan killer utama yang buat aku ulang dengar berkali-kali.


6) DIMANAPUN ENGKAU BERADA - DJ FUZZ FT. AIZAT
Trak ini agak underrated untuk pasaran 2011 yang banyak dimonopoli balad semacam Kisah Hati dan Beribu Sesalan. Melodi ciptaan DJ Fuzz ini antara yang refreshing bagi aku. Dengan lirik penuh humanis dan pernyampaian penuh jiwa Aizat  memberikan justifikasi trak penuh groove ini.




7) JERITAN BATINKU - AZLAN & THE TYPEWRITER
Susunan AG dalam trak ini antara yang paling brilliant tahun ini. Even remake ini tewas pada version Shiela Majid menerusi konsert di MPO bagi aku AG dah bawa lagu ini pada satu tahap lebih hebat dalam susunan yang dibikin dan vokal Lan melengkapkan trak hebat ini. Aku tak boleh bayangkan penyanyi lain yang mampu beri puch emosi sehebat Lan untuk trak ini.



8) BULAN DITUTUP AWAN - YUNA
Penyampaian luar biasa Yuna dalam trak rakaman semula Rokiah Wandah ini buat aku fikir she's the new voice of 50's-60's. Tak ramai penyanyi baru yang mampu membawa jiwa klasik seperti apa yang Yuna miliki. Dengan trak lain seperti Gelora Jiwa dan Terukir Di Bintang bikin she's one of the best in the industry and this rendition tak pernah gagal buat aku ulang sepanjang tahun ini.




9) PENDAM - SHAHIR
Shamril Salleh dan Nor Farazilah Bt Abdul Jabar menjadi tunjang di balik melodi indah ini. Trak ini buat aku teringat beberapa trak ciptaan Melly Goeslaw dalam runut Ada Apa Dengan Cinta dan lain-lain. Melodi lagu ini sangat baik dan diberi justifikasi baik oleh Shahir and for the very first time i admit he can really sing with emotion!




10) PATAH SERIBU - SHILA
Shila aku anggap sebagai pejuang muzik sebenar. dia tidak pernah patah walau berkali gagal dalam percubaan. Dan bukti dengan kemampuan trak sulungnya ini Shila bikin Patah Seribu antara yang segar sepanjang tahun. Dengan mood pop country minimal yang buat aku teringat trak-trak Taylor Swift kala pertama mendengar trak ini di You Tube.

Thursday, November 24, 2011

TROFI YUNA DITARIK BALIK - AIM YANG MENGHIBAKAN

 ..Tak semua kau rancang akan terjadi, mungkin nasib tak menyebelahi aku..

Trofi Yuna ditarik balik dengan mengejut. Aku hanya gelak pada awalnya sebab aku tak terkejut benda-benda macam ni boleh jadi. Dari awal pun memang ada keraguan bila dalam pc post-mortem selepas malam AIM tu, Rosmin tercungap-cungap nak jawab kenapa Yuna menang lagu terbaik pada masa yang sama tewas pada kategori pop. Kredibiliti AIM benar-benar tercalar bagi aku sebab keputusan menarik balik sebab salah kira atau apa pun alasan lain bikin anugerah ini jadi makin stupid. Aku ingat Juara Lagu je yang stupid sebab nak kejar rating dan aku sangat kecewa sebab selama ini aku anggap AIM yang paling telus mengangkat karya-karya terbaik jadi tunggang-langgang macam ni.

Ini bukan soal Yuna, Edry atau Anuar Zain. Ini soal ketelusan. Bagaimana cara Earnst & Young mengemudi undian dan bagaimana cara juri-juri diberi skema permarkahan. Aku betul-betul sedih sebab disaat kita mampu bangga dengan bakat-bakat hebat baik Yuna mahupun Edry saat itu jugak ia dihancurkan oleh orang-orang yang ada duit dan kuasa tanpa perlu faham seni muzik itu jauh lebih tinggi nilainya daripada 'seketul' trofi yang terjojol itu!

Friday, November 18, 2011

PRE-VERDIK MM - SEPARUH AKHIR 26

Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
Janji oleh Akim (Akim/Akim)
Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)    
Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)


*Verdict as bold
*Since AJL is rating based so aku tak terkejut kalau Cinta Muka Buku atau Ilusi di final nanti

Friday, November 11, 2011

RUMUSAN KRITIS AIM 18: ALBUM TERBAIK




"Gua akan menang besar, sebesar badan gua dulu, haha"

Album Terbaik – Produser
Kevin Chin, Aylwin Santiago, Paul Morrison, Irwan Simajuntak – 3 Suara
Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd – Urusan Aizat Amdan
Zain Almodzar – Sayang & Cahaya
Audi Mok – Dewa
Magada Entertainment Sdn Bhd – The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrater 25 Years of Sheila Majid

Untuk pertama kali dalam sejarah AIM aku sangat-sangat happy melihat pencalonan album terbaik yang mana tidak dipilih melalui kategori album terbaik. Dan usaha ini sepatutnya dah diwujudkan dari beberapa tahun dulu lagi. Cuma aku sedikit terkilan terlepas melihat album P.Ramlee – Sati Indiepretasi terlepas dari senarai pencalonan (rujuk album Nikki – Hawa).


3 Suara bagi aku sebuah album pop yang bagus. Album ini punya lagu dengan melodi retrospektif 80-an yang dideri suntikan r&b pop yang baik. Cuma ideanya masih sama seperti kebanyakan album pop yang lain cuma bagi aku kehebatan album ini memang terletak pada vokal. It’s a vocal album dan idea itu yang bikin album ini bagus namun bukan secara total. Namun melihat sejarah AIM album begini yang paling kerap diangkat sebagai album terbaik (rujuk album Sarah, E.M.A.S, Transkripsi)

 

Zain Almozar menerusi Sayang & Cahaya bangkit mood r&b sebenar dan diberi justifikasi yang sangat baik oleh Dayang. Ini kelebihan album ini dan kekuatan melodi dalam album ini sebenarnya boleh aku katakan sebagai yang paling baik secara total berbanding 4 album lain. Audi Mok juga menerusi Dewa punya konsistensi muzik yang baik secara total. Album Dewa di dokong dengan satu jalinan tema/mood yang baik secara keseluruhan. Namun apa yang kurang pada kedua-dua album ini adalah elemen kejutan secara total. Maksudnya dari segi kualiti susunan muzik dan originaliti pada setiap trak (walaupun awal tadi aku beritahu Sayang & Cahaya ada setlist yang paling kuat).

AIM memang suka merai album live yang baik dan atas alasan itu The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid mendapat nominasi ini. Melihat sejarah AIM, Dayang tahun lalu mengejutkan ramai apabila mengungguli kategori album pop menerusi album Dayang Live-nya namun tewas di kategori album terbaik. Payah sikit untuk judge album live sebab bagi aku sebuah album rakaman semula / konsert harus ada paksi baru dalam susunan muzik yang dibikin. Dan ya The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid disokong elemen-elemen ini. Namun aku rasa kurang adil mengangkat album live/rakaman semula sebagai album terbaik kerana akan wujud isu apa jadi dengan album-album yang menawarkan idea baru dan bagus?

Dalam hal ini penilaian aku amat berat pada album Urusan Aizat Amdan. Bagi aku album ini berjaya secara keseluruhan. Trak-trak yang hebat dan fresh, isu dalam setiap penulisan, kualiti rakaman dan disokong massa dengan mood keseluruhan yang melengkapkan Urusan Aizat Amdan. No doubt this is album of the year! 


Juri Suka:  The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid / 3 Suara
Pilihan ATHM: Urusan Aizat Amdan

RUMUSAN KRITIS AIM 18: LAGU POP / ROCK / INGGERIS


Lagu Rock Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Wanita Seluruh Dunia – Boy Clifford/Boy Clifford – Project Pistol
Pelita – Loque/Loque – A.P.I
Ekstravaganza – Sam/Bunkface – Bunkface
Pokok – Taja/Tun Teja – Meet Uncle Hussain feat Hazama
Kita Satu - Spider


Formula Sam dalam mana-mana lagu pun sama je jadi tiada apa yang menarik dalam Ekstravaganza begitu juga dengan Kita Satu yang bagi aku yang hanya sekadar rendisi berbeza trak awal Spider – Relaku Pujuk. Pokok (Taja) bagi aku ada idea dan susunan yang sangat menarik disokong kekuatan lirik yang puitis dan dalam banyak-banyak pencalonan ini Wanita Seluruh Dunia sahaja yang ada real mood rock n’ roll yang mana kita boleh dengar riff gitar hebat, vokal jantan dan lirik ‘playboy’ Boy yang sangat buat lagu ini berada di landasan rock yang betul. Pelita (Loque) sebuah lagu dengan scale yang besar dan baik Cuma masih kurang originaliti.


Lagu Pop Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

Penakut – Yuna Zarai/Yuna Zarai
Beribu Sesalan – Kevin Chin/Tinta
Sungai Lui – Aizat & Anas/Aizat & Anas
Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
Dengarkanlah – Acis/Sheila Majid

Pencalonan Lagu Pop bagi aku sangat menarik sebabnya menggabungkan beberapa trak daripada different generation. Beribu Sesalan bagi aku it’s just another ballad yang dibantu dengan power vocal. Sejarah AIM jarang mengangkat lagu begini sebab kategori lagu terbaik biasa akan dimonopoli trak ballad yang ada sound rnb (Rujuk Izinkan Kupergi, Selamanya, Selagi Ada Cinta, Menyemai Cinta Bersamamu, Ku Mohon). Sedetik Lebih (Edry) mungkin ada kelebihan dari susunan namun melodinya masih masih disekitar idea yang sama dan juri AIM biasanya suka trak-trak begini!

Saingan aku rasa terletak pada trak Penakut (Yuna) Sungai Lui (Aizat) dan Dengarkanlah (Acis) sebab ketiga-tiga lagu ini lengkap secara total. Melodi yang baik dengan sokongan susunan kreatif dan kualiti rakaman serta idea. Namun antara tiga trak ini Dengarkanlah aku letakkan sebagai paling kurang originaliti. Puitis dan emosi trak Penakut aku rasa antara yang terbaik sepanjang tahun ini. Ia seperti the best heart-break song of the year. Melodi Yuna sangat haunting dan power lagu ini terletak pada korusnya yang amat-amat baik.

Sungai Lui paling menarik minat aku sebab bagi aku kerana scale muziknya besar dengan penggunaan instrument yang fresh – antara mendengar etnik muzik yang disulami elemen pop dan orchestra di penghujung lagu yang sangat awesome! Dan penulisan Aizat dan Anas adalah yang paling humanis lari daripada mesej cinta yang tipikal.


Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Stracciatella – Reza Salleh – Reza Salleh
Year From Now – Aizat n Anas – Aizat
Innocent Soul – Najwa – Najwa
Got To Go – Najwa – Najwa
What The Hell Just Happened Im Not Really Sure – Reza Salleh – Reza Salleh

Reza Salleh merupakan potensi terbaik untuk mengungguli kategori ini. Namun bila didengar balik kedua-dua trak yang tercalon Reza bagi aku sekadar berlegar idea pop yang biasa yang kita dengar. Begitu juga Najwa, aku tak berapa faham kenapa trak Innocent Soul yang tercalon sedangkan banyak trak lain yang bagus seperti Monday Blues dan Go Ahead yang lebih kuat melodi dan susunan. Got To Go ada good shot untuk kategori ini memandangkan ia lengkap sebagai satu pakej komposisi dan vokal yang terbaik but still bagi aku Aizat ada momen yang sangat menarik dalam Years From Now. Melodinya hebat, susunan power dan seperti Sungai Lui, Years From Now ada scale muzik yang besar! Pilihan aku mudah dan Years From Now harus menang kategori ini.

Thursday, November 10, 2011

RUMUSAN KRITIS AIM 18: SUSUNAN MUZIK

 hgpa tolong la bg aku dah lama tgu kot..

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah
Jenny Chin – Ku Mohon
Helen Yap – Asmara
Edry Abdul Halmi – Sedetik Lebih
AG – Jeritan Batinku
Syed Sharir Faisal Syed Hussain – Jeritan Batinku

Kategori Susunan Muzik antara yang paling menarik perhatian aku. Trak Jeritan Batinku ciptaan karyawan ulung P.Ramlee mendapat dua nominasi dengan sentuhan yang berbeza. AG aku letakkan sebagai calon terbaik untuk menggunguli kategori ini. Elemen dramatik yang amat nyata dalam susunan AG buat aku kagum kerana dibikin sempurna dengan scale muzikal yang besar serta diberi justifikasi amat baik. Rendisi nukilan AG ini bagi aku adalah yang paling menonjol anatar 5 yang tercalon. Deep mood susunan Syed Sharir Faisal Syed Hussain bagi aku indah namun agak predictable dan buat aku fikir mood Ku Mohon (Jenny Chin) lebih bernyawa berbanding Jeritan Batinku (Syed Shahir). Susunan Sedetik Lebih oleh Edry juga menawan namun masih menawarkan idea yang sama seperti ballad yang telah sedia ada begitu juga dengan Halen Yap menerusi Asmara.