Sunday, January 23, 2011

BEST OF THE DECADE: BEST SONG

KU MOHON
muzik & lirik: Mac Chew / Sheila Majid
Susunan: Mac Chew
Album: Sheila Majid (Ku Mohon)

Lagu ini punya weight di department estetik dan komersil yang seimbang. Bagi aku Ku Mohon adalah pop yang berkiblatkan dakwah. Lirik doa Sheila ini antara yang paling diingat sepanjang zaman "Oh tuhan terangkan hati dalam sanubariku". Dan siapa boleh menidakkan kekuatan melodi lagu Mac Chew ini sehingga dinobatkan sebagai lagu terbaik AIM.

"Adakala kumerasa hidup ini seperti kaca jikalau tidak bersabar hancur berderailah akhirnya"


MENADAH GERIMIS
Muzik & Lirik: Azmeer
Susunan: Ramli MS
Album: Ziana Zain (Aku Cintakan Mu)

Antara melodi lagu ini bagus atau susunan mengancam Ramli MS. Keduanya complete each other. Antara trak paling berat dan serius pernah dimiliki Ziana. Azmeer bertuah melodi ini diarrange indah Ramli. Seawal petikan piano dan susunan arkodian semuanya buat ia benar-benar membuai. Yes lirik Azmeer betul-betul deep kali ini dan the line "berarasy ke syurga cinta" itu betul-betul killer!


SALAH SANGKA
Muzik & Lirik: Jason Voo / Atilia / Mukhlis Noor
Susunan: Jason Voo
Album: Atilia (Sangkar)

Trak ini memang kalah pada commercial valuenya. Namun melodi kuat ilham Jason Voo dan Atilia sendiri ini beri justifikasi sempurna pada kompleks lirik tulisan Mukhlis Noor. Bagai bicara antara diri dan tuhan sekali lagi ia jadi bahan fikir yang amat-amat-amat baik. Cant help but wonder how beautiful and deep was this line

"Perasaanku tahu sebermula, mancari-Nya dibayangi bimbang, kucuba melewati syakwasangka, membara segalanya datang...Apalah harga dirimu yang kuakui ketika menyusuri senjakala tertawa dan salah sangka"


AWAN YANG TERPILU
Muzik & Lirik: Lin Li Zhen / Loloq
Sususnan: Lin Li Zhen
Album: Ning (Erti Pertemuan)

"Kerana cinta aku kembara" Need to say more? Ini merupakan antara karya paling indah pernah dihasilkan. Intepretasi lirik arwah Loloq dalam penceritaan Awan Yang Terpilu amat baik. Dan ya pasti saja dibantu soulful vokal milik Ning yang penuh jujur buat kita melayang jauh ke alam Awan yang Terpilu.


AKU SKANDAL
Muzik & Lirik: Noh
Susunan: Noh
Album: Hujan (debut)

Aku Skandal aku pilih sebab ia hadir sebagai antara trak paling fresh dan original! Berbanding Itu Kamu (Estranged) dan Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein) aku lebih sanjungi originaliti yang ada pada trak Noh ini. Ia refleksi terbaik jika indie itu trend dan aku akui Aku Skandal menang banyak markah di deparment komersilnya.


PIRIVU
Muzik & Lirik: Reshmonu
Sususnan: Reshmonu
Album: Album (Monumental)

Jika anda belum pernah dengar trak ini, pergilah cari dengan apa jua cara sekalipun. Trak ini amat besar scalenya. Secara muzikalnya lagu ini sebuah karya yang bijak bermain dengan emosi dalam penyatuan melodi, lirik dan susunan serta pemilihan instrumen yang tepat. Sayang lagu ini tidak pernah keluar di radio atau mendapat tempat di mana-mana majlis anugerah. Namun buat anda yang ingin disentuh oleh sebuah karya hebat, Pirivu adalah jawapannya.


WHO FOR YOU
Muzik / LiriK: Pete Teo
Susunan: Pete Teo
Album: Television

Sebagaimana deep mood Pirivu begitu jugalah hebatnya Pete dalam mengarang melodi dan lirik Who For You. Ia benar-benar sebuah naskah yang sangat baik. Dan deep performance Pete dalam menyampaikan lagu ini harus diberi kredit yang amat besar. Ini yang aku maksudkan bila Aizat menang untuk Pergi, Pete dah buat yang lebih bizaar daripada itu dan ini ada pada Who For You. Fizikal dan jiwanya berarah nilai harafiah yang tinggi.

If I could paint a sad goodbye, I’d paint your eyes a clear blue sky.
Pluck you grace from a pale faced moon, And slumber down this tattered room.

KUPERCAYA ADA CINTA
Muzik / Lirik: Audi Mok / Habsah Hassan
Sususnan: Audi Mok
Album: Dato' Siti Nurhaliza (Tahajjud Cinta)

Ini antara trak terbesar Audi Mok. Lagu ini terbahagi dua. Dan bijaknya lirik Habsah Hassan menjadi penyampai cerita yang amat ulung dalam perjalanan Melodi ini. Dan apa lagi yang hebat jika bukan nyanyian sempurna Dato' Siti. Takkan jadi sehebat ini jika melodi yang dicipta dijadikan cerita oleh penulis dan penyanyi yang lain. Ini maksud pada karyawan yang comlete each other untuk hasilkan karya sehebat ini.


SEJUJUR HATIMU
Muzik / Lirik: Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
Susunan: Azlan Abu Hassan
Album: Adibah Noor (Teman)

Aku letak Sejujur Hatimu dalam senarai kerana aku benar merasakan kejujuran secara total dalam sebuah karya. Melodi Azlan masih berlegar pada nuansa dan rasa yang sama namun lirik Adibah Noor yang benar menyentuh buat trak ini begitu kuat. Sekali lagi ini contoh baik bila komposer membuat melodi yang baik dibantu dengan penceritaan lirik dan vikal yang hebat. Nah adikarya ulung yang takkan mudah aku ketepikan. Dan baik "Cukup beranikah kau nyatakan cinta? Apakah benar aku yang kau inginkan?" jadi bahan fikir yang amat jujur dari Adibah Noor.


NGILU
Muzik / Lirik: Loque / Emmet
Susunan: Loque
Album: Butterfingers (Selamat Tinggal Dunia)

Kalau diikutkan top 10 untuk song of the decade ni memang aku letak satu album Selamat Tinggal Dunia ni. Dan Ngilu paling menyerlah dalam pembentukan momentum muziknya. Darihal muzik ke susunan dan rakaman lagu ini antara yang paling aku salute! Dan aku tak rasa akan ada lagu yang begini lagi.

ERTI KEHIDUPAN (KAULAH SATU)
Muzik / Lirik: Bodeng / Budi Bidhun / Rian
Susunan: Bodeng / Budi Bidhun
Album: Camelia (Mimpi)

Susunan string orkestra dari Arol Music Chamber Orchestra Indonesia di awal lagu ini amat memikat. Ia sebuah kembara muzik yang cukup buat aku fikir muzik Malaysia mampu berada di tahap antarabangsa. Melodi Bodeng ini jarang kita dapat dengar dalam pasaran Malaysia. Ambitious, berani dan kental! Buat yang tak pernah dengar, ini karya wajib buat anda yang betu-betul faham apa itu muzik. Sting dengar menangis! Sebab Dessert Rosess dia tu bukan apa-apa sangat nak dibanding dengan trak ini.

No comments:

Post a Comment