Sunday, January 16, 2011

BEST OF THE DECADE: BEST PRODUCTION / ALBUM OF THE DECADE

Innuendo - brandNuEndo (2001)
Penerbit: Pot/Remy/H.Claudfield

What more that i can say? This is the best r&b album ever made oleh anak Malaysia. Terus terang belum ada vocal group yang mampu menandingi Innuendo sepanjang sedekad pepecahan mereka.brandNuEndo memberi dimensi muzik berbeza kepada band ini. Daripada retro Only Dancin' kepada power balllad Gemawan semuanya dibikin jadi amat sempurna. Buat anda yang mahu tahu apa itu sebenar muzik r&b, brandNuEndo mampu jadi rujukan terbaik! Salute!


Camelia - Mimpi (2001)
Penerbit: Bodeng / Budi Bhidun

Album fusion pop dengan sound jazz dan r&b ini aku akui amat berat buat pendengar Malaysia. Tapi keberanian Camelia menongkah arus dengan menghasilkan Mimpi harus diberi pujian. Album ini amat tinggi nilai artistik dan estetika muziknya. Apa yang dilakukan Bodeng dalam album ini adalah sebuah journey muzikal yang kaya dengan bunyian fusion dan etnik yang diblend dengan nuansa muzik pop yang kental jazznya. This is always my favourite especially trak Erti Kehidupan, Bawa Cinta dan Terlanjur Sayang.

Faizal Tahir - Adrenalin (2010)
Penerbit: Audi Mok/Faizal Tahir

Album ini memenangi kategori album rock terbaik dan sekali gus Album Terbaik AIM 2010. Dan nyata bukan percaturan yang salah gabungan FT dan Audi. They do have a chemistry dan kedua-duanya memberi nyata kepada tiap trak di dalam Adrenalin. Seawal trak pertama ia hidup berkesinambungan sehingga ke trak penutup yang aku ibaratkan sebagai album dengan penutup terbaik sepanjang dekad ini. Seriously habis je dengar perasaan macam dengar live album. This can be a great reference kepada junior muzik yang lain.

Sean Ghazi - Semalam (2006)
Penerbit: Sean Ghazi / Peter Chong / Guy Noble

Aku bersalah kerana terlalu skeptikal dengan Sean. Semalam benar-benar tunjukkan Sean serius dalam muzik setiap remake diberi suntikan berbeza dan tersendiri. Antara yang selalu mampu buat aku ulang dengar adalah Jauh Jauh, Punchcard, Hujan DiTengah Hari dan Semalam. It's about time for Sean start the new record!

Atilia - Sangkar (2007)
Penerbit: Roslan Aziz


Atilia menghasilkan Sangkar lebih 7 tahun dan apa yang aku boleh katakan jika ini usaha yang perlu dikorbankan untuk hasilkan album sebaik ini, aku bagi kredit besar buat Atilia, Roslan, Jason Voo dan the whole team. Album ini berdiri sendiri, tak boleh dibanding dengan mana-mana album yang ada sepanjang dekad ini. Apa yang boleh aku katakan jika Harapan - Reshmonu refleksi kepada Gamal, Sangkar adalah apa yang dilakukan oleh Sheila dalam Ratu dan tak semua boleh lakukan apa yang terhasil ini. Album terbaik Atilia!

Reshmonu -Harapan (2008)
Penerbit: Reshmonu

Ibarat refleksi Gamal, Harapan aku letakkan sebagai Gamal versi dekad ini. Seawal trak pertama sehingga terakhir, Resh seolah memberi definisi sebenar terhadap journey muzik beliau. Tapi sayang album ini seperti dianak tirikan radio hanya sekadar trak Oh Anok-Anok sahaja yang dimainkan. Sedang pada masa yang sama terlalu banyak lagi lagu yang baik dalam album ini antaranya Hijau Pun Kelabu, Kau Ucap Ku Alur (ft. Hunny Madu) dan Aku punya teman (ft. Noryn Aziz)

Dato` Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta (2009)
Penerbit: Audi Mok/Dato` Siti Nurhaliza/Eddie Marzuki/Tya Subiakto

Aku rasa Siti patut berterima kasih banyak-banyak pada Eddie Marzuki. Album ini ditangani Eddie dengan sangat baik. Setiap susunan dan rakaman dalam album ini berpaksi pada kiblat muzik yang betul dan tanpa ragu aku meletakkan ini adalah album terbaik dan paling serius sepanjang karier Siti. Membuai, penuh ilham dan kualiti rakaman yang amat-amat baik. Sekali lagi Siti, anda harus berterima kasih banyak pada Eddie Marzuki yang juga antara teraju utama Brannuendo.

Yuna - Decorate (2010)
Penerbit: Yuna

Aku keliru nak letakk Decorate atau Urusan Aizat Amdan. Namun bila diulang dengar Decorate banyak menang markah kualiti produksi. Yuna bukan calang-calang talent. Kualiti yang dia berikan dalam debut ini benar-benar beat banyak album yang terhasil sepanjang 2010. Ini adalah album yang punya sound paling internasional. Seawal groove Gadis Semasa sehingga hidden-trak akustik Dan Sebenarnya, album ini buat Yuna meletakkan tempatnya begitu tinggi dalam industri. Tak percaya? Kita tunggu AIM depan kalau tak menang best recording, best english dan best album baik bungkus saja AIM tu!

Nikki - Hawa (2009)
Penerbit: Audi Mok

Nah! Album paling power dalam penerbitan muzik penyanyi wanita tempatan. She is a mind breaking! dan Audi Mok memberi nyata yang luar biasa dalam intepretasi beliau terhadap pengkomersialan muzik klasikal. Trak hebat Hawa, Oh My, Belasmu dan lain-lain meletakkan Nikki pada kelasnya yang tersendiri. And i am really looking forward for what's next. To Nikki and Audi dont stop make the music!

Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia (2004)
Penerbit: Butterfingers

Aku letakkan album ini sebagai album dengan produksi terbaik sepanjang dekad. Dari idea, kualiti muzik, lirik malah persembahan pertama Emmet dalam melaung lagu dalam malay juga faktor utama mengapa album ini begitu sempurna. Nyata masih utuh bermain dalam benak, Selamat Tinggal Dunia harus jadi paksi kepada indie band tempatan dalam setiap perincian yang diberikan.



2 comments:

  1. Salam,

    Nice blog, terima kasih kerana jadi pengikut, skrg aku pula jadi pengikut kamu

    ReplyDelete