Thursday, February 3, 2011

3 SUARA - NING / JAC / SHILA

3 SUARA - NING / JAC / SHILA
Penerbit: Irwan Simanjuntak / Alwyn Santiago / Paul Morrison / Kevin Chan
Juru Rakam: Lee Steven / Paul Morrison / Ivan
Juru Adun: Greg Henderson
Design: Kevin / Shahrul / Wan / Zee

Verdik: 3.5/5





"3 Suara merupaakan sebuah album dengan berkonsep yang membawa zaman kegemilangan muzik sekitar era 80-an dan 90-an. Lagu-lagu dimuatkan berinspirasikan penyanyi wanita tanah air era 80-an seperti Noorkumalasari, Franceska Peter dan Zaiton Sameon"

Baiklah since awal-awal dalam release dia dah tulis album ini retrospektif 80-an aku kena a bit narrowkan review ini. Maksudnya juga aku tak letakkan high expectation sangatlah. Ok album ini dibuka baik dengan It's A Beautiful Life (Irwan Simanjuntak) mood pop dance yang minimal. Tapi pendengaran aku lebih terarah pada trak kedua Menari Dalam Hujan (Kevin Chin/Tinta) mood 70's pop ala Noorkumalasari dalam Mata bring the fullest joy pada trak ini. Apa yang istimewa sekali blend vokal ketiga mereka lebih dirasai dalam trak ini. Especially Ning. Fresh untuk kita dengar Ning dalam trak yang begini.Catchy melody dan korus adalah killer pada trak ini. Aku boleh ulang dengar jugalah.

Semua Isi Hatimu (Irwan Simanjuntak) sekali lagi jual blend vokal 3 diva ini. Aku amat kagum dengan susunan vokal yang dibikin. Semua diberi nyata pada kebolehan yang ada terutama Shila even dia paling junior dalam 3 ini, she delivered this song very very well. Mood gospel pop dengan spirit susunan muzik ala Aubrey Suwito buat aku melayang dengan trak ini. Plus lagu ini menang pada kualiti rakaman string dan orkestra livenya, sebab yang lain programming. Punch lagu ini benar-benar dirasai pada bahagian kedua sehingga ke akhir lagu ini. Soul yang diberi dari melodi, susunan dan vokal amat menjadi. Dimana Dimana (Irwan Simanjuntak) pop moderate dengan suntikan muzik dangdut moden atau dangdut r&b sebab programming lagu ini. Memikat! perkataan yang boleh aku beri pada trak ini. Especially part korus ooooo-nya yang killer itu.

Beribu Sesalan (Kevin Chin/ Tinta) ballad biasa yang a bit boring. Im not a fan of this track sangat plus aku rasa blend vokal ketiga mereka dalam trak ini agak suck. Ada part Ning bagai terlalu mencuba dan hilang harmoni. Hanya Satu (Kevin/Karmila) kembali mood swinging 70's yang cool. Macam mana aku enjoy trak Menari Dalam Hujan begitu juga dengan trak ini. Mengenangmu (Kevin/Tinta) kembali mood mellow Beribu Sesalan - which is so boring lalu aku skip ke trak Tomorrows Callin' (Paul Morrison) easy pop dalam trak ini menarik ala-ala pop Westlife dalam Season In The Sun. Trak begini memang menang pada Shila sebab big ballad dalam Beribu Sesalan dengan Mengenangmu tadi buat Shila too old. Jac juga beri justifikasi baik dalam Tomorrow Callin' dan korus again a big hit dalam trak ini. Album ini ditutup dengan Teman (Alwyn/Tinta) dengan tema easy-pop juga jadi penamat yang baik dalam 3 Suara. Blend vokal ketiga mereka kali ini terasa harmoninya cuma bila Ning solo aku rasa kosong dan keras. Tak tahu kenapa tapi bila bab adlib terasa pulak soulnya dan yang pasti diselamatkan Jac dan Shila dengan baik.

Pada awalnya aku tak terasa sangat nak dengar album ini. Pertama disebabkan cover album yang sangat tak kreatif itu dan kedua kerana promosi yang tak kuat juga buat aku kaget album ini kemana arahnya. Tapi bila dah dengar whole album buat kali kedua dan ketiga album ini sebuah easy-pop yang amat baik terutama di department penciptaan lagu, minimal namun kuat dari segi susunannya. Cuma trak Seribu Sesalan dan Mengenangmu itu tak perlu rasanya. Dan it's a good exposure buat Shila juga selepas kegagalan Bebaskan hope orang akan nampak siapa Shila.

2 comments:

  1. Indeed! cover album biasa2 saja..

    tp, lontaran vocal mereka dlm tiap lagu wajar diberi pujian..

    ReplyDelete
  2. i beg to differ sbb i think beribu sesalan is one of the strongest songs in this album,same goes to mengenangmu. it's hard to get these kind of great ballads skang ni. and dimana dimana perhaps one of the weakest after listening to it for few times. and for it to be pushed as the first single rasa mcm , a mistake. anyway, this is a good review. like it!

    ReplyDelete