Tuesday, May 10, 2011

AWI RAFAEL (2011)

Penerbit: Hang Dimas
Juru Rakam: AG COCO / Kamar Seni
Juru Adun: Ahmad Huzaini / Peter Chong
Creative: Badlyshah Amiruddin / Peter
Verdik: 2/5

Seawal trak pembuka Pulanglah, Awi dah cukp grab telinga pendengar rasanya dengan catchy melodi yang ada dalam trak ini especially lirik english pada korus yang amat sing-a-long. Aku Bukan Bintang juga begitu. Formula yang sama dengan tema muzik dan lirik yang lebih kurang. But at this stage aku rasa Awi betul tahu bagaimana tangkap pendengaran pendengar dengan hidangan korusnya yang sangat baik menurut aku. Bukankah Aku dibuka dengan soft touch piano dan dengan susunan orkestra minimal. Vokal Awi jelas di trak ini cuma melodinya yang sedikit berarah ke indo pop buat aku ragu akan originaliti lagu ini. Begitu juga trak Bila Aku Jatuh Cinta yang betul buat aku ingat trak-trak indo pop seperti D'Massive, Letto dan yang lain-lain. Ok sedap melodi melayang buat kita melayang dan paling layan buat lagu karaoke! Sedap tapi again tiada apa yang baru.

Panas trak terakhir di dalam debut ini. Terus terang aku tak berapa suka sangat dengan lirik pada korus lagu ini. Tak best! serius tak best macam dah takde modal "Mungkin akulah lelaki yang panas hati.." Tapi biasanya lagu begini yang jadi tumpuan radio. Album ini ditutup dengan dua lagi trak Pulanglah dalam versi full melayu dan radio edit which aku rasa tak perlu sangat rasanya.

Overall aku album ini terlalu biasa buat aku. Awi ada potntial namun debut ini terlalu ringan mungkin menurut kehendak radio atau pasaran sekarang atau Warner ingin benar-benar jual album kali ini setelah beberapa album local mereka seperti Wana, Fiq dan Nashrin yang agak gagal. Percayalah album ini hanya akan hebat di radio bukan album yang akan dibeli dan disimpan kerana kepuasan maksimum yang akan diperoleh peminat tegar yang memandang tinggi kualiti muzik. Buat Awi work harder do your best sebab album yang semamcam ini M.Nasir boleh buat seminggu je.

No comments:

Post a Comment