Friday, May 27, 2011

DAYANG, SAYANG & CAHAYA

Penerbit: Zain Almohdzar, Omar K, TC Meng, Zuriani, Jenny Chin, Audi Mok, Yassin
Juru Rakam: Yasin / Audi Mok / Rahmad Ayob / Jenny Chin / Zuriani
Fotografi: Bustamam Mokhtar
Edaran: Warner Music
Verdik: 4/5

Kita cakap hal-hal yang tak menarik tentang album ini dulu. Satu, kualiti printing di muka depan album ini sangat sucks! Inlay yang ala-ala wedding album dengan font dan susun letak gambar yang kurang menarik buat aku fikir designer album ini betul-betul membunuh kualti gambar yang diambil oleh one and only Bustamam Mokhtar. Banyak gambar yang cantik bak menyelak sisipan editorial yang biasa buat untuk Glam khususnya namun hilang habis seninya dengan reka atur dan rekaan sisipan yang amat buruk bagi aku. Ok sudah tentang yang fizik kita masuk bab spiritual Dayang dalam muzik dipersembah, Dayang, Sayang & Cahaya ini.

Dibuka dengan re-make Mulanya di sini (Royston Sta Maria/Syed Haron) yang pernah dialun dendang oleh band pop Freedom sekitar 80-an. Ya semua amat familiar dengan lagu ini dan susunan semula yang dibikin Zain dan Omar K ini sekadar memberi serlah aura Dayang sebagai pembukaan yang baik bagi album ini. Sama seperti apa yang dilakukan dalam pembukaan Dayang 2007 menerusi trak Cerita Cinta Dayang. Trak kedua, Sayang (Omar K/NuurIman) single pertama bagi solo album kelapan r&b diva ini seperti biasa yang kita dengar soothing, relax dan softer side of Dayang. Aku lebih tertarik dengan r&b Rahsia Cinta (Zain Almohdzar/Omar K) yang punya korus yang amat kuat secara keseluruhannya. Groove melodi dan susunan yang diblend baik dengan power vocal Dayang buat aku fikir yes no other than this women who can sing this song perfectly! Aku sangat suka selingan sax pada penghujung lagu ini yang sangat seksi! Sabarlah (Zain Almohdzar/Omar K) bermula dengan indah petikan piano. Again lagu ini ada korus yang amat kuat dengan moment yang mudah buat kita kenal dan ingat kekuatan Dayang. At this point buat aku fikir siapa Zain Almohdzar ini? He really know what really drive baik penyanyi mahupun yang mendengar untuk kita lekat dengar trak sehingga ke akhir. I can’t help but wonder how beautiful Dayang perform live untuk trak ballad yang cukup hebat ini.

Kau Bintangku / My Sunshine (Stella Reid/Zuriani/NuurIman) dan Stay (Chuckii Booker/Zuriani) hadir sekali lagi dengan groove yang mengancam aku lebih suka deep jazz mood dalam Stay yang yang buat aku melayang! The way how Dayang present lagu ini buat melodi ini selamat! Rujuk Najwa & Noryn Aziz untuk trak soul begini. Hingga Ke Akhirnya (Afdlin Shauki) kembali dengan nuansa ballad yang menjual vokal hebat Dayang. Saat Itu (Audi Mok/Shah Shamsiri) punya verse yang baik cuma kurang gemar dengan korus pada trak ini. Life With You (Zain Almohdzar/Omar K) hadir dalam mood akustik yang amat soothing. Ibarat mendengar nyanyian live Dayang trak ini one of the best ballad yang beri punch luar biasa pada keseluruhan album ini.

Perlukan Cinta ft. Tompi (Audi Mok/Ad Samad) is the best trak dalam album ini. Audi Mok mencipta melodi ini dengan hebat dan apa yang boleh aku katakan this the best collaboration so far untuk tahun ini. I’ll keep repeating this track before move to next track. Groove dalam melodi dan susunan trak ini buat aku benar-benar enjoy dan yes this is a perfect match! Album ini ditutup dengan trak Kutemu Cahaya yang dicipta Yasin. At the very first listening ini bukan trak yang aku rasa sesuai buat Dayang namun bila didengar dua tiga kali buat aku fikir trak ciptaan Yasin ini indah Cuma penyampaian Dayang agak keras di beberapa part yang sepatutnya lebih soft. But after all ianya masih yang bagus.

Dayang, Sayang & Cahaya aku letakkan antara album terbaik Dayang selepas Dayang Sayang Kamu, Kasih, Seandainya Masih Ada Cinta dan ya pasti album livenya yang masih aku dengar sampai hari ini selepas kelahiran 2007 yang kurang menarik pendengaran aku. Spirit dan soul Dayang amat kuat di dalam album ini dan pastinya penantian 3 tahun untuk full album begini adalah sesuatu yang amat berbaloi!

7 comments:

  1. tak sempat2 lagi nk beli album ni....

    ReplyDelete
  2. kena beli cepat. sangat bebaloi

    ReplyDelete
  3. I x dapat rasa apa yang u rasa dalam album dayang nih... mungkin i terlalu skeptikal dan mengharapkan dayang hadir dgn kualiti yang sama dengan album Dayang SAyang Kamu... :(

    ReplyDelete
  4. well itulah dayang. she always challenge the listener dgn sound baru dr. music maker baru. it would be a nice suggestion for you to follow start to listen this 6 track frst

    1)perlukan cinta
    2)sempurna selamanya
    3)rahsia cinta
    4)hingga ke akhirnya
    5)sabarlah
    6)life with you

    yg lain tu abaikan dulu. dengar ikut susunan dalam masa 3 bulan ni, then bole try dgr the other track ;)

    ReplyDelete
  5. akhirnya, dpt gak beli album ni.... mmg berbalOi.... my rank list :
    1. rahsia cinta
    2. perlukan cinta
    3. life with you
    4. sempurna selamanya
    5. hingga ke akhirnya
    6. ku temu cahaya
    7. saat itu
    8. sabarlah
    9. stay
    10. sayang
    11. bermula disini
    12. kau bintangku

    overall, muzik mmg mantap.... susunan muzik sgt bagus.. kualiti terbaik... vOcal? x perlu dipertikai... cuma kurang lagu yang betol2 mencabar vocal dayang.... apa2 pown mmg 4/5 star

    ReplyDelete
  6. ur review almost matched my faves. i love the composition of rahsia cinta tu. my friend said that "sabarlah" was a remake tu. Zain Almohdzar is actually the singer for Sad Angry Babies (this grup is actually popular before the hypes of bunkface+yuna+etc etc). good song!

    n kudos, good review!

    ReplyDelete
  7. Hi blogger boy. yes sabarlah lagu asal sad angry babies with a diff rendition. i like dayang the most, simple n really shows dayang ability!!

    ReplyDelete