Tuesday, May 3, 2011

REZA SALLEH - REALIZE (2010)

Penerbit: Reza Salleh / Melina Wiliam
Jururakam / Juru Adun: Keith Yong
Creative: BLAM / Reza Slleh
Verdik: 3/5

Sebetulnya dalam legasi indie nama Reza Salleh bukanlah sesuatu yang asing, hasil pengalaman lebih sepuluh tahun dalam bidang muzik dengan penghasilan beberapa ep, debut Realize menjengah pasaran perdana. Meletakkan sejumlah 14 trak keseluruhan berserta 2 trak bonus, Reza nyata optimis dengan karya yang semuanya dihasilkan sendiri. Album dibuka dengan trak Kasih yang cukup refreshing! Mood pop rock kental melatari trak ini dan catchy lirik Reza memberi justifikasi menarik dalam penghasilan lagu ini. Stracciatella yang menjadi single pertama debut ini hadir dengan mood akustik pada awal lagu yang memberi nyata kepada vokal macho Reza persis John Mayer dan nyata killer sebenar terletak pada korus lagu ini yang buat saya mahu ulang dengar. Antara trak lain menarik pendengaran adalah Soultune dan Ocean Spanning Sorrow yang punya groove jazz yang sempoi.

Angan-Angan Permata antara trak yang mampu menjadi kayu ukur kepada hasil kerja Reza untuk diperdengarkan pada massa. Lagu ini antara yang terkuat untuk menarik perhatian peminat muzik tempatan. Kekuatan melodi, lirik dan susunan muzik yang ampuh membuatkan Anga-Angan Permata menjadi trak favourite saya dalam Realize.

Mungkin dengan sedikit ruang yang adil Reza mampu menyaingi kebanyakan karyawan muzik tempatan yang ada. Lagu-lagu yang dibikin hasil pengalaman 10 tahun dalam bidang muzik ini harus diberi kredit kerana Reza sememangnya punya visi muzik yang jelas dalam journey yang diletakkan melalui Realize. Buat anda yang senang dengan muzik jenisan apa yang pernah dibawa John Mayer atau Jason Mraz, Reza menjadi intrepretasi lokal kepada muzik mereka. Ayuh santai bersama Reza! Realize menghidangkan nuansa selesa buat pendengaran anda. Mungkin jika ada yang perlu ditambah selepas ini adalah sedikit punch pada dinamik melodi dan susunan muzik!

No comments:

Post a Comment