Friday, June 17, 2011

RHYTHM & BLUES REVISITED

Rhythm & Blues (2011)
Warner Music
4/5

Tak pernah rasanya aku review album kompilasi. Namun yang satu ini buat aku kagum dengan usaha Warner dalam mengumpul trak-trak r&b tempatan benar-benar menarik perharian aku. Nora, Ferhad, Innuendo, Anuar Zain, Farra dan Liza Aziz antara nama yang buat aku teruja dengan kompilasi ini. Cd pertama dibuka dengan Dia (Sheila Majid) dan Tekad (Hazami) yang bertahun aku tinggalkan sebab overrated! But this time around both track aku sangat enjoy mungkin kerana mood yang diberi untuk seluruh ambient album ini.

Hati Ini (Liza Aziz) dan Ku Menyintaimu (Fairuz Hussein) merupakan antara trak ulung yang menajdi favorite. Masih ingat trak Sahabat (Jee) yang merupakan antara makanan buat halwa telinga aku ketika membesar. Beautiful r&b track in here. Dan keterujaan aku bertambah bila sampai ke trak yang aku sifatkan sebagai One Sweet Day tempatan tapi flop! Jac dan Ruffedge dalam trak Kerinduan yang amat aku sanjungi akan kimia vokal mereka dan susunan muzik beriring kekuatan melodi yang amat baik. This this one of the best duet song ever made ini Malaysia begitu juga Rentak Jantung (Nora) juga antara yang buat aku betul-betul enjoy cd pertama ini.

Masih ingat Farra - Bagaikan Puteri? trak Kedua Kalinya menjadi pengisian hebat buat cd kedua ini. This is one of my all time favorite track citaan Zuraini sekitar 1996 ini antara yang berpengaruh ketika aku membesar! Begitu juga dengan duet Casey bersama Nora dalam Meniti Janji yang cukup buat aku letak ini antara koleksi kompilasi yang amat bernilai. Duet Liza Aziz dan Remy (Innuendo) dalam Bisikan Rindu juga antara trak hebat di dalam kompilasi ini. I dont know how to describe but both vocal really makes this track perfectly melodious!

Antara trak hebat lain yang ada antaranya Pasti (Ning) Pelangi Mimpi (Atilia) Andai Ia Tahu (Vince) Bersatu Hati (Liza, Sheila,Azlina) Kasih Berubah (Ferhad) Gemawan (Innuendo) dan Bila Resah (Anuar Zain). Usaha Warner bersama EMI dalam mengumpulkan trak-trak hebat dalam satu album kompak ini adalah satu belian yang sangat berbaloi buat peminat r&b tempatan. I can drive safely and have a good nite with this album. Kudos!

p/s: tq Liyana


2 comments:

  1. x penah dgr lagu farah ni - kedua kalinya... 1st time dgr.... haha tp mantap..... layan....

    ReplyDelete
  2. mantap kn? utk 1996 lagu ni kedepan sket la bebanding lgu lain zaman ni :)

    ReplyDelete