Sunday, July 24, 2011

KAER - A NEW CHAPTER (2011)

Penerbit: Kaer / Azlan Abu Hassan / Lauren Aswin / Audi Mok
Kreatif: Yam Mursit / Roy Macam / Edline
Jururakam: Azlan / Lawrence Aswin / Audi Mok
Verdik: 2/5

Debut Menjelma (2007) buat Kaer jadi antara solois yang dikagumi. A New Chapter masih pada haluan yang sama dengan kematangan muzik yang lebih cuma ada kurang magisnya! Album ini dibuka baik dengan tiupan flute Mohar dalam trak Kamu (Teguh). Muzikal nya ini saya sifatkan a piece of pop dengan nuance r&b yang baik, masih boleh diulang dengar! Rendisi vokal Kaer masih pada signatur yang biasa kita dengar.

Apa Adanya (Tengku Shafick) merupakan makanan Kaer. Ballad begini kedengaran cukup menawan dengan blend vokal Kaer buat ia jadi sempurna especially seawal verse pada trak ini. Cinta Tak Ternoda (Tengku Shafick) is my favourite track! Lagu ini buat aku ulang dengar berkali-kali sebelum ke trak lainnya. Vibe dan groove pada melodi Tengku Shafick dan susunan Lawrence Aswin cukup memikat terutama bahagian korusnya yang amat sing-a-long! Trak begini buat aku fikir Kaer semakin matang dalam pemilihan lagu pada keseluruhan album ini!

Masih Mencintaimu (Tengku Shafick) kembali ballad. And this time ballad-nya terlalu Marcell, terlalu indo-pop jadi aku skip ke next trak sebab tak ada apa yang terlalu istimewa tentang ballad ini. Atas Nama Cinta (Yovie Widianto) masih ballad yang mana kali ini terlalu kuat sound Afgan! Dan bagi aku bila back to back ada trak yang pernah aku dengar before ini yang dah menjadi signatur penyanyi lain, Intepretasi Kaer pada trak begini buat aku fikir tiada apa yang istimewanya plus ia makin bunuh identiti Kaer. Originaliti adalah hal yang aku maksudkan di sini dan aku tak berapa happy dengan dua trak ini yang terlalu kuat pengaruh Indonesianya.

Bisikan (Audi Mok/Nurfatimah) kembali rancak dengan mood dance yang sekadar bersifat fill in untuk lengkapkan album ini begitu juga dengan Pacar Rahasia (Bemby Noor) yang buat aku kurang sense of attraction. Orang tak iktiraf trak begini biar di department marhean / komersil atau majlis ulung anugerah. Fizikalnya ia jadi trak yang buat orang dengar dan lupa!

Trak Berakhir Disini (Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak) buat aku layan akan susunan string Eddie Marzuki yang aku sifatkan cukup power! Asas melodinya masih seperti apa yang biasa kita dengar sebelum ini namun kuasa susunan muzik dan string lagu ini amat baik sekali! Album ini ditutup dengan dengan Kamu Summer Night Version ft. Yuyun yang kali ini disusun oleh Lawrence Aswin yang dibuka cukup menarik dengan improvise vokal Yuyun!

Total album ini bagi aku kurang elemen surprise dan magis yang aku harapkan selepas bertahun-tahun menanti. Journey Kaer ke Indonesia buat aku teringat akan album ketiga Anuar Zain dan album Cinta Kita - Sheila Majid yang turut dibikin di sana. Kedua-duanya merupakan album paling kurang menarik minat perhatian aku dan hal ini terjadi pada album Kaer ini. So bila sudah 3 penyanyi hebat tempatan yang mengendong karya Indonesia dan gagal membawa magis dan surprise yang diharapkan buat aku fikir ia bukan jalan terbaik sama ada untuk membina nama di sana atau at least mendapat hit trak untuk pasaran di sana (kecuali Sheila Majid). Dan dalam hal ini aku menyanjung tinggi Dayang yang sentiasa berani tampil dengan penerbit dan komposer baru tempatan dalam setiap albumnya!

4 comments:

  1. setuju sangat statement perenggan akhir

    ReplyDelete
  2. this is a good album. so inspired by ur writings, i bought this

    ReplyDelete
  3. Betul. Memang aku x faham kenapa diorang nak sebok2 buat album guna komposer Indonesia. To be frank, aku rasa lagu komposer Malaysia buat lagi best. BTW, aku x setuju dengan statement ko pasal lagu Atas Nama Cinta. Aku x terbayangkan langsung Afgan pada lagu tu. In fact, sth. sring arr. lagu tu sangatlah exquisite dan mewah. Good review though.

    ReplyDelete