Friday, July 15, 2011

NING - DEWA (2011)

NING - DEWA (2011)
Penerbit: Audi Mok
Juru Rakam: Audi Mok@ Fuse
Kreatif: Sharon Wong / Aida Khalid
Fotografi: Bustamam Mokhtar
Verdik: 3.5/5

Aku tak ambil masa yang lama sangat untuk hadam pendengaran dalam Dewa. Basically secara dasarnya album ini seperti apa aku boleh expect more or less it's sounds a lighter version of Nikki - Hawa. Album ini dibuka dengan trak Raksasa (Audi Mok/Pam Yuen/Ad Samad). It is a very good opening! Sound dance dengan groove yang amat tipikal Audi. Aku suka akan penulisan Ad Samad dalam lagu ini. Pengisiannya amat besar dan buat trak yang dasarnya biasa ini jadi sangat menarik. Antara bait yang paling kuat "Awas langkahmu, jangan terpijak orang berjiwa kecil".

Trak Sampai dan Bila (Audi Mok/Nurfatimah) basically adalah dua trak yang sama dengan judul dan susunan yang sedikit berbeza. Powerfull vokal Ning jadi taruhan yang diblend baik dengan kuasa melodi Audi. Dan again kedua-dua trak ini hebat kerana penulisan Nur Fatimah pula kali ini. "Sampai Bila Harus Kusabar, Sampai Bila harus kudengar perbalahan dua jiwa" Wow.. This Fatimah girl really got a right words for this powerfull ballad. Mama Papa (Audi Mok/Ad Samad) punya mood dance yang sama seperti trak Raksasa tadi. It's a revolution sebab masa awal-awal trak ini keluar radio dulu aku tak expect pun Ning yang nyanyi trak begini. Nyanyian Ning lebih baik kali ini buat hampir keseluruhan trak di dalam album ini.

Melodi dalam trak Pencarian (Audi Mok/Nurfatimah) agak boring. Mellow yang buat aku skip to the next track. Propaganda (Audi Mok/Ning) pun agak boring. Buat aku teringat trak Bukan Sebarangan dalam album Erti Pertemuan.

Alhamdulillah
(Audi Mok/Nurfatimah) jadi titik uji kepada album ini. Again Nurfatimah is the reason why trak ini sangat besar buat aku. Belum ada lagi lagu pop tempatan yang berani menggunakan perkataan Alhamdulillah dalam lagu-lagu mereka. Sekalipun mesej ketuhanan dalam Ku Mohon milik Sheila Majid! Aku ulang dengar lagu ini berulang kali sebelum ke trak seterusnya. Seawal bait "Indah Terbuka sepasang mata pantas melihat" Nurfatimah bagi aku amat humanis! Ilham dalam lirik-lirik yang dibikin buat aku fikir she's got a potential to be the next Habsah Hassan. Dan rendition vokal Ning dalam trak ini aku sifatkan sebagai yang terbaik! Album ini ditutup dengan Aku Bukan Dewa (Pam Yuen/Ad Samad) yang menjadi penutup yang baik buat album ini. Melodi dan susunan dalam trak ini cukup menawan.

Secara total album ini pengisiannya amat kuat dari segi penulisan. Aku salute setiap trak diisi dengan penulisan yang amat-amat baik. Cuma dari segi melodi aku tak rasa ini yang terbaik dari Audi dan Ning jika benar ia dibikin dalam masa 7 tahun! Hasil begini bagi Audi 3 bulan pun bukan mustahil untuk dia lakukan! Dari segi effort aku rasa Erti Pertemuan punya scale pop yang lebih besar dari segi pengisian melodi, susunan, lirik dan penyampain penuh soul Ning. Dan Dewa aku lihat sebagai another side of Ning dari segi penyampaian sebab aku betul-betul suka akan kejelasan vokal Ning dalam album ini. Sebuah album yang aku sifatkan sebagai album yang penuh spiritual dan humanisme daripada Ning. Kudos!

No comments:

Post a Comment