Sunday, August 14, 2011

Nashrin (2010)

Penerbit: Audi Mok / Acap / Neves / Rudi / Mohariz Yaakup
Jururakam: Audi Mok/Acap/Faizal Ghazali/Mohariz Yaakup
Kreatif: Nizam / Kamm Studio
Verdik: 2/5

Album ini dah agak lama terperap atas rak sejak aku dapat sekitar awal tahun ini. Bukan apa selepas sekali dengar aku tak dapat rasa apa-apa yang menarik tentang debut Nashrini ni. Bagi aku Nashrin ada suara yang amat baik berdasarkan pemerhatian aku sepanjang dia di My Star LG. Jadi bila debut ini gagal buat aku bagi perhatian pada awal kali usai mendengar ia jadi simpanan semata.

Trak Fobia Cinta (Audi Mok/Shah Samsiri) menjadi pembuka yang baik buat album ini. Dan surprisngly juga trak ini quite success di radio. He has a good shot in here. Melodi Audi sekadar biasa namun masih ok buat aku ulang dengar.

Percaya Pada Luka (Acap/Roy) merupakan trak yang buat aku ulang dengar recently. Melodi lagu ini amat-amat baik dan di sini menjadi titik uji akan penyampaian Nashrin yang aku sifatkan sebagai cukup jiwa dan justifikasi buat melodi lagu ini. Trak ini dibantu baik dengan lirik dan pastinya power chorus yang ada. Ada big potential untuk jadi hits!

Semuanya Mungkin (Neves) agak bosan dan ketinggalan. Melodinya kedengaran sangat mudah dan murah, tiada elemen komersil. Tanpamu Tiadalah Aku (Kuncidemak) kembali mellow. Bagi aku kekuatan Nashrin adalah pada trak-trak ballad begini, lagu ini pada dasarnya biasa dan buat aku teringat trak-trak ballad dari band Sixth Sense. Good shot la untuk anthem tv series.Album ini ditutup dengan Ada Kamu (Mohariz Yaakup) sebuah trak pop rancak ala-ala Keliru (Ajai-Nurul) Hanya Memuki (Marcell) oklah untuk penutup.

Keseluruhan album ini akusifatkan sebagai sebuah album yang biasa-biasa sahaja. Agak wasted juga sebenarnya untuk satu talent yang sebaik Nashrin. Buat pihak Warner nasihat aku dapatkan a good hits track yang mampu bawa Nashrin to the right track. Sebab debut ini terlalu biasa dan orang akan lupa pun dalam beberapa bulan mendatang. But it's a good thing dapat lihat Nashrin ada album dan trak Percaya Pada Luka itu harus diberi lime light utama album ini!


2 comments:

  1. dalam album ni suka lagu ada kamo =)

    ReplyDelete
  2. oh i plak xleh stop repeating this song. haha..

    ReplyDelete