Sunday, September 25, 2011

ANUAR ZAIN (2011)

Penerbit: Anuar Zain / Andi Rianto / Irwan Simanjuntak / Tohpati
Jururakam: Tommy P. Utomo / Oki SMR / Kris Choi
Juruadun: Nick Lee / Don Bartley
Kreatif: Anuar Zain / Alice Teoh / Simon Chin
Verdik: 4/5

Album ini beredar senyap tanpa publisiti dan pasti sesenyap manapun manakan tidak untuk aku hidu. Terus terang aku tak letak harapan tinggi untuk album keempat anuar ini. Sebab bila aku tahu album ini masih dibikin di Indonesia aku dapat bayangkan draft muzik dan momentum yang akan dibawa oleh Anuar sama seperti album sebelum ini(Lelaki Ini/Ketulusan Cinta). Dan ya seperti yang aku jangkakan juga masih berlegar nama Numata, Andi Rianto dan Tohpati mengisi berat album ini.

Album ini dibuka dengan Kuberjanji Kerna Cinta (Nico Ajie Bandy) yang juga single pertama album ini. Seusai habis mendengar aku faham kenapa trak ini tewas pada Sedetik Lebih di radio. Terus terang trak ini sangat buat aku mengantuk dan begitu menguji kesabaran sekali untuk sampai ke hujungnya. Sebab apa yang dihidang terlalu predictable bagi aku. Namun aku tak nafikan kualiti rakaman dan susunan string dalam trak ini maha hebat!

Nadi Terhenti (Aylwin Santiago/Tinta) sekali lagi dibuka dengan string yang menawan. Namun masih berlegar mood yang sama buat aku teringat trak Tak Lelah, Bidadari dan Hanya Milikmu dari album sebelum ini. Ajari Aku (Adrian Martadinata) lebih menarik dari segi susunan muziknya. Drum line Ari Aru really work on this track! Ia jadi ballad yang lebih refreshing daripada dua trak sebelum. Aku enjoy this time dengan susunan string serta blend vokal Anuar yang superfine. Pernahkah (Jimmy Sogarlrey/Ari Bias) buat aku teringat trak-trak lama Ruth Sahanaya. Melodi sedap masih boleh layan namun it's just sound too indonesian. Dan disebabkan aku memang dibersarkan dengan lagu-lagu begini buat aku fikir Anuar agak ketinggalan untuk hidangkan pendengaran aku dengan melodi begini.

Simpati Cintamu (Hazami) lebih menarik. This the main attraction dalam album ini! Melodi Hazami sebenarnya selamat kerana ia disusun baik oleh Irwan Simanjuntak, kalau Hazami yang susun aku dapat bayangkan hanya sound2 programming murah yang akan kedengaran (rujuk album pertama/running). Sekali lagi susunan muzik, vokal + back-up vocal dan kualiti rakaman melalui trak ini amat baik! Aku ulang dengar sambil drive lagu ini berkali-kali sebelum move to the next track! Its a beautiful track! Harap Anuar push this song untuk radio. Its refreshing sebab tak pernah rasanya kita dengar trak begini daripada Anuar dan aku personally mahu Anuar bikin trak begini lebih lagi pada masa akan datang.

Sempurnakan Aku (Numata) kembali biasa tiada apa yang menarik selain melodi ballad mendayu yang boleh buat aku hafal setelah 2-3 kali mendengar dan Terindah (Nico Ajie Bandy) bagi aku lebih melodious kerana punya korus yang baik dan sedap . Album ini ditutup dengan Cinta Harus Memiliki (Numata). This is the best balllad in this album! Oh man the arrangement is just so beautiful! Momentum keseluruhan album ini berubah dengan trak ini. Lagu ini disusun baik Andi Rianto dengan mood yang lebih deep. Towards the end ia jadi ballad yang sempurna buat penutup album ini.

Secara total album ini masih punya mood yang sama dengan album sebelum ini dan ia jadi seperti apa yang aku jangkakan. String dalam semua trak, mellow leleh vokal Anuar dan kualiti rakaman yang baik. Aku pandang positif hal ini bila Anuar nampaknya betul-betul mahu jadikan Indonesia sebagai paksi muziknya. Membawa maksud aku dah tak boleh berharap sound-sound Keabadian Cinta, Jangan Bersedih lagi, Mungkin, Bila Resah, Sesucinya Cintamu, Perpisahan dalam rakaman Anuar untuk masa akan datang. Walaupun aku masih positif juga peminat mahukan Anuar yang di dalam dua album terawal karier solonya.

Aku bukan fans Anuar tapi aku salute dia seorang yang amat mementingkan kualiti dan itu jaminan yang pasti aku akan dapat dalam setiap karyanya. Sound-sound di dalam album ini begitu nyata akan hebatnya cuma personally aku rasa album Anuar bunyinya semakin berat untuk mass Malaysia tapi dengan branding Anuar Zain itu sendiri aku harap orang boleh mula hargai sound-sound expensive begini. Ini mungkin bukan favorite aku dari Anuar tapi ia jadi antara karya yang paling mencabar pendengaran aku sepanjang tahun ini. Kudos!

Wednesday, September 21, 2011

MUSIC SPLURGE SEPTEMBER



Peluang menonton live performance mereka semasa preview Levi's spring/summer lepas buat aku gler dengan sound band ini. Foo Fighters anyone?



Shila sentiasa menjadi favorite aku! Bagilah apa rentak apa melodi apa mood sekalipun dia dengab lenggok lunaknya tak pernah tewas buat aku terus mendengar!

Saturday, September 17, 2011

GYM PLAYLIST!

Ramai lelaki urban era ini menghabiskan banyak masa mereka di gym baik seusai tugasan di pejabat mahupun masa senggang di hari minggu. Kolum muzik MASKULIN bulan ini memberi ilham kepada anda untuk menyemarak lagi semangat ketika di gym!



Shut-up and Let Me Go – The Ting Tings
Mulakan workout anda di track-mill dengan lagu ini! bermula dengan beat cukup baik buat anda mulakan setiap langkah larian dengan tempo yang semakin laju hingga ke hujung lagu ini.



Romantic Rights - Death From Above 1979
Duo berasal dari Kanada ini memang terkenal dengan melodi dalam riff gitar yang keras. Romantic Right mampu memberi ruang untuk anda bekerja keras di gym sehingga di hujung lagunya sekalipun berapa berat besi yang dipikul!



99 Problems – Jaz-Z
Trak ini mampu mengekalkan energi semaksima mungkin! Infeksi melodinya yang hadir dalam beat keras mampu membangkit semangat biar sebelum berbuka mahupun selepas work out!



The Strokes - Under Cover Of Darkness
Sound retro dalam nuansa post-punk revival The Strokes ini membolehkan anda tone down momentum pada energi yang dikeluarkan. Lebih relaks dan cool mungkin untuk aktiviti weightlifting.  



Seven Nation Army - The White Stripes
Formula garage rock dengan intro yang menggetarkan cukup beri justifikasi baik bagi trak ini. Drum dan steady-bass dalam trak ini bikin adrenalin anda laju dan kencang! Ditutup kemas bikin ia jadi penutup workout yang baik!

*Artikel ini boleh dibaca di dalam Maskulin isu oktober'11

Thursday, September 15, 2011

WOMEN THAT MEN SHOULD LISTEN!


Menidakkan muzik dunia digerakkan kerana adanya bakat wanita dalam industri ini adalah sesuatu yang boleh disangkal. Melihat sejarahnya Billie Holiday, Aretha Franklin, Roberta Flack antara nama besar yang banyak menyumbang pada perkembangan muzik dunia. Karya dan originaliti dalam rangkaian muzik yang mereka persembahkan merupakan antara penggerak dan penyumbang awal muzik dunia sehingga menjadi arkaik muzik dunia. Dilihat pada dekad 80-an bagaimana Madonna menjadi ikon pop yang amat disanjung tinggi sehingga kini. Begitu juga pengaruh muzik disco Cher dan Gloria Gaynor menjadi siulan ramai ketika
itu. Buat ilham pendengaran anda bulan ini MASKULIN mneyenaraikan 5 wanita penuh identiti muzik dan imej yang patut anda perhati dan dengarkan!



ADELE
Big, bold, beautiful! Ini frasa terbaik menggambarkan bakat dari Britain ini. Seawal debut 19 dia sudah mengejutkan dunia dengan kehebatan luar biasa dalam muzik yang dipersembahakan. Rollin In The Deep yang turut dirakam kebali oleh penyanyi r&b John Legend menjadi bukti bahawa dia antara soul keeper yang semakin dihormati!

ESPERANZA SPALDING
Kejutan pada malam Grammy lepas sudah pasti menjadi menjadi momen manis buat pemuzik yang sinonim dengan instrumen double-bass ini. Bebrbekal 3 album buat Esperanza semakin menjadi perhatian apabila mendapat undangan white house untuk menghiburkan tetamu bersama legenda Stevie Wonder. Alunan jazznya mungkin agak urban untuk pasaran massa namun atas bakat tinggi miliknya dia kini merupakan antara pemuzik muda yang digeruni akan keunikan yang dimiliki.



INDIA.ARIE
Persembahan penuh humanis baik dalam lirik mahupun penyampaiannya buat India.Arie menjadi antara yang harus diberi perhatian. Dalam satu pernyataan India pernah berkata dunia ini digerakkan cinta dan atas alasan itu juga jati muzik soul r&b yang dijuangkan berlatar pengisian dan tema yang sama iaitu kemanuasiaan dan keharmonian.



REGINA SPEKTOR
Imej unik penyanyi ini menjadi identitinya. Piano pula menjadi instrumennya. Mendapat pendidikan formal Manhattan School of Music Spektor sentiasa muncul di pentas dengan penuh kelainan. Menjadi pilihan banyak produser mengangkat lagunya sebagai lagu tema bagi filem dan drama bikin Regina Spektor menjadi antara yang ulung dalam legasinya. Forget the Gaga! Ini masa untuk Spektor be on top!



KATHLEEN HANNA
Jika anda hard-core Nirvana, Kathleen Hanna harus jadi perhatian! Punk rock yang dibikin buat ramai mengaguminya. Biar kadang keras mengkritik sesuatu isu dia antara pemuzik wanita yang agak ‘loud’ dalam berkarya sehingga dilabel feminist activist! Namun apa yang pasti bila di pentas no one gonna say no!

*Artikel ini boleh dibaca di dalam Maskulin isu Ogos'11

Tuesday, September 13, 2011

10 ALBUM SEPANJANG ZAMAN



SEARCH – FENOMENA (1989)
Tanyalah mana-mana pun jua peminat tegar band rock ulung tempatan ini pasti mereka akan menjawa Fenomena merupakan antara masterpiece Search. Sebut saja trak hebat seperti Isabella, Pawana, Fenomena dan Gadis Misteri siapa tidak bisa mengalunkan lagu-lagu ini. Hakikatnya jika anda bukan peminat rock sekali pun album ini pasti akan sentiasa menjadi arkaik seni yang berharga.

RADIOHEAD – OK COMPUTER (1997)
Symphonic! Itu frasa terbaik menggambarkan album ini. Thom York dan rakan band lain bikin Ok Computer menjadi naskah muzik yang amat berbaloi untuk didengar. Trak hebat seperti Karma Police, Paranoid Android, No Surprises dan Let Down membawa pendengar kepada satu evolusi muzik yang nyata berbeza.


NIRVANA – NEVERMIND (1991)
Menidakkan Nirvana sebagai pengaruh besar kebanyakan peminat muzik adalah sesuatu yang tidak mungkin. Pengaruh grunge begitu kuat dibawa band ini dan tanyalah mana-mana peminat Nirvana sekalipun, Nevermind pasti diletakkan antara all time favourite mereka. Trak hebat seperti Smell Like Teen Spirit, Lithium, Breed dan Something in the Way sememangnya menjadi ikutan sehingga hari ini.

JONI MITCHELL – BLUE (1971)
Blue bukan album pertama penyanyi yang mendukung genre folk-soul ini. Namun ini antara album terpenting singer songwriter ini. Jiwa yang dimiliki Joni Mitchell begitu dalam dan jiwa itu jugalah membuatkan ramai meletakkan album ini sebagai album penting sepanjang zaman.

ZAINAL ABIDIN – GAMAL (1995)
Zainal Abidin bagi saya bergerak 10 tahun kehadapan. Album ini merupakan contoh terbaik buat penyanyi yang punya visi dan berani eksperimen dalam memberikan kelainan dalam pasaran. Di saat penyanyi sezamannya sibuk menjual pop penuh nilai komersil Zainal tegar menghidangkan pendengar dengan sound tribal, etnik dan jazz yang diadun baik sebagai sebuah karya yang amat mengagumkan.
M.NASIR – CANGGUNG MENDONAN (1993)
Ini merupakan album dengan pengaruh paling  besar sepanjang perjalanan karier M.Nasir. Kita semua dikenalkan dengan trak-trak hebat seperti Mentera Semerah Padi, Bonda, Sentuhan Listrikmu, Tanya Sama Itu Hud-Hud dan Anak-Anak Kita. Mengungguli Anugerah Industri Muzik sekitar 1995 meletakkan M.Nasir sebagai sifu dalam industri muzik tempatan.

THE BEACH BOYS - PET SOUNDS (1966)
Pengaruh The Beach Boys mungkin tidak sekuat The Beatles namun muzik yang diperjuangkan berlandaskan tema dan genre yang sama. Malah album ini telah mengatasi album hit The Beatles, Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band  ketika itu. Trak hit mereka seperti Wouldn’t It Be Nice dan I Just Wasn’t Made For This Time menjadi siulan ramai sehingga kini!

U2 – THE JOSHUA TREE (1987)
Soal saja manapun peminat tegar U2 mereka pasti menjawab The Joshua Tree sebagai album paling meninggalkan kesan! The Joshua Tree merupakan album U2 dengan penjualan tertinggi sepanjang karier mereka iaitu sebanyak 25 million seluruh dunia. Trak hebat seperti With or Without You, One Tree Hill dan Where The Street Has No Name menjadi siulan sehingga kini.

SIMON & GARFUNKEL – BRIDGE OVER TROUBLED WATER (1976)
Dalam legasi folk dan pop nama Simon & Garfunkel mungkin bukan sehebat Bob Dylan namun Bridge Over Troubled Water merupakan antara album yang menjadi kegemaran kebanyakan peminat muzik dalam genre ini. trak hebat seperti Bye Bye Love, Cecilia dan The Boxer merupakan antara arkaik sepanjang pembikinan muzik pop sehingga kini.

MARVIN GAYE – WHAT’S GOIN ON (1971)
Rolling Stone meletakkan album ini antara 10 album terbaik sepanjang zaman. Groove dalam melodi soul dan r&b Marvin Gaye beriring kesinambungan vokal yang memukau buat album ini begitu istimewa. Trak hebat seperti Mercy Mercy Me, What’s Goin On dan Right On menjadi ikutan kebanyakan pemuzik yang memperjuangkan irama Motown.






*Artikel ini boleh dibaca di dalam Maskulin Isu Sep'11

Sunday, September 11, 2011

PENYATUAN MUZIK DALAM FILEM

Pengalaman menonton filem-filem bertaraf antarabangsa dapat terlihat akan kepentingan muzik dalam menyatukan jalinan cerita dengan emosi yang membentuk perasaan yang boleh dirasai sama ada dalam asas penceritaan atau pembentukan watak. Kita lihat bagaimana sejarah filem blockbuster Titanic membawa penonton melayang dalam emosi Celine Dion melalui My Heart Will Go On yang menyentuh jutaan penonton Titanic. 

Sejarah awalnya muzik dalam filem atau tepat dipanggil skor muzik berperan menambah ruang kosong di dalam sesebuah visual yang menggambarkan sesuatu babak yang dibikin. P.Ramlee sendiri tidak pernah gagal membentuk nuansa seni dalam penyatuan muzik dan filem-filemnya. Atas alasan itulah kita benar-benar mampu bersatu dengan emosi yang dibentang melalui lakon layar yang dilakukan seniman agung tersebut. Sebut sahaja Madu 3 dan Bujang Lapok siapa sahaja yang tidak pernah dan boleh mengalunkan lagu tema bagi kedua filem tersebut. 

Arkaik perfileman tempatan sekitar 90-an juga merupakan antara era yang paling nyata penyatuan sebenar muzik dalam filem. Antara yang paling dikesan ketika ramai penyanyi mula menjadi nadi kepada perfileman. Sebut saja Erra Fazira, Awie, Ziana malah sekitar 80-an bagaimana kumpulan Search menguasai dunia perfileman dalam beberapa filem tempatan. Pengaruh ini memperlihatkan kepentingan muzik dalam menjadi nadi kepada penceritaan khususnya filem yang berlegar dalam dunia pop. Di awal kebangkitan generasi perfileman indie tempatan dapat dilihat bahawa penggunaan muzik dalam filem-filem mereka agak minimal. Lebih gemar bermain dengan bunyian ambient yang ada dan hal ini sedikit menyuntik elemen yang lebih dark dalam memberi menyampaikan emosi pemeran. Hanya beberapa momen yang penting sahaja dapat kita lihat dan dengar akan bunyian yang menjadi klimaks kepada cerita yang disampaikan. Ini dapat saja dilihat dalam beberapa karya Ho Yu Hang terutama dalam filem Rain Dogs misalnya bagaimana satu scene panjang diadun dengan melodi Sometimes I Feel Like a Motherless Son yang menjadi anthem kepada negro spiritual. 


 Begitu apa pun cara penyatuan yang dibikin oleh pengarah dalam menjalankan filem mereka, tidak siapa boleh menidakkan kepentingan muzik dalam menyatu menyampaikan emosi baik pemeran dalam melangsungkan watak mahupun buat si penulis dalam mencari mood yang sesuai buat jalinan cerita yang ditulis. 

Film is - or should be - more like music than like fiction. It should be a progression of moods and feelings. The theme, what's behind the emotion, the meaning, all that comes later” – Stanley Kubrick 



*Artikel ini boleh dibaca di dalam Maskulin isu Jun'11