Tuesday, September 13, 2011

10 ALBUM SEPANJANG ZAMAN



SEARCH – FENOMENA (1989)
Tanyalah mana-mana pun jua peminat tegar band rock ulung tempatan ini pasti mereka akan menjawa Fenomena merupakan antara masterpiece Search. Sebut saja trak hebat seperti Isabella, Pawana, Fenomena dan Gadis Misteri siapa tidak bisa mengalunkan lagu-lagu ini. Hakikatnya jika anda bukan peminat rock sekali pun album ini pasti akan sentiasa menjadi arkaik seni yang berharga.

RADIOHEAD – OK COMPUTER (1997)
Symphonic! Itu frasa terbaik menggambarkan album ini. Thom York dan rakan band lain bikin Ok Computer menjadi naskah muzik yang amat berbaloi untuk didengar. Trak hebat seperti Karma Police, Paranoid Android, No Surprises dan Let Down membawa pendengar kepada satu evolusi muzik yang nyata berbeza.


NIRVANA – NEVERMIND (1991)
Menidakkan Nirvana sebagai pengaruh besar kebanyakan peminat muzik adalah sesuatu yang tidak mungkin. Pengaruh grunge begitu kuat dibawa band ini dan tanyalah mana-mana peminat Nirvana sekalipun, Nevermind pasti diletakkan antara all time favourite mereka. Trak hebat seperti Smell Like Teen Spirit, Lithium, Breed dan Something in the Way sememangnya menjadi ikutan sehingga hari ini.

JONI MITCHELL – BLUE (1971)
Blue bukan album pertama penyanyi yang mendukung genre folk-soul ini. Namun ini antara album terpenting singer songwriter ini. Jiwa yang dimiliki Joni Mitchell begitu dalam dan jiwa itu jugalah membuatkan ramai meletakkan album ini sebagai album penting sepanjang zaman.

ZAINAL ABIDIN – GAMAL (1995)
Zainal Abidin bagi saya bergerak 10 tahun kehadapan. Album ini merupakan contoh terbaik buat penyanyi yang punya visi dan berani eksperimen dalam memberikan kelainan dalam pasaran. Di saat penyanyi sezamannya sibuk menjual pop penuh nilai komersil Zainal tegar menghidangkan pendengar dengan sound tribal, etnik dan jazz yang diadun baik sebagai sebuah karya yang amat mengagumkan.
M.NASIR – CANGGUNG MENDONAN (1993)
Ini merupakan album dengan pengaruh paling  besar sepanjang perjalanan karier M.Nasir. Kita semua dikenalkan dengan trak-trak hebat seperti Mentera Semerah Padi, Bonda, Sentuhan Listrikmu, Tanya Sama Itu Hud-Hud dan Anak-Anak Kita. Mengungguli Anugerah Industri Muzik sekitar 1995 meletakkan M.Nasir sebagai sifu dalam industri muzik tempatan.

THE BEACH BOYS - PET SOUNDS (1966)
Pengaruh The Beach Boys mungkin tidak sekuat The Beatles namun muzik yang diperjuangkan berlandaskan tema dan genre yang sama. Malah album ini telah mengatasi album hit The Beatles, Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band  ketika itu. Trak hit mereka seperti Wouldn’t It Be Nice dan I Just Wasn’t Made For This Time menjadi siulan ramai sehingga kini!

U2 – THE JOSHUA TREE (1987)
Soal saja manapun peminat tegar U2 mereka pasti menjawab The Joshua Tree sebagai album paling meninggalkan kesan! The Joshua Tree merupakan album U2 dengan penjualan tertinggi sepanjang karier mereka iaitu sebanyak 25 million seluruh dunia. Trak hebat seperti With or Without You, One Tree Hill dan Where The Street Has No Name menjadi siulan sehingga kini.

SIMON & GARFUNKEL – BRIDGE OVER TROUBLED WATER (1976)
Dalam legasi folk dan pop nama Simon & Garfunkel mungkin bukan sehebat Bob Dylan namun Bridge Over Troubled Water merupakan antara album yang menjadi kegemaran kebanyakan peminat muzik dalam genre ini. trak hebat seperti Bye Bye Love, Cecilia dan The Boxer merupakan antara arkaik sepanjang pembikinan muzik pop sehingga kini.

MARVIN GAYE – WHAT’S GOIN ON (1971)
Rolling Stone meletakkan album ini antara 10 album terbaik sepanjang zaman. Groove dalam melodi soul dan r&b Marvin Gaye beriring kesinambungan vokal yang memukau buat album ini begitu istimewa. Trak hebat seperti Mercy Mercy Me, What’s Goin On dan Right On menjadi ikutan kebanyakan pemuzik yang memperjuangkan irama Motown.






*Artikel ini boleh dibaca di dalam Maskulin Isu Sep'11

4 comments:

  1. Isabella by Search - memang my all time favorite. The best ever by Search, no doubt!

    ReplyDelete
  2. Yup. The taste of the music that time is tremendous.
    No one can deny tht fact..

    ReplyDelete
  3. Appetite For Destruction pun macam wajib ada kot? Guns N' Roses for life! :D

    ReplyDelete
  4. yup album tu a bit underrated, dalam mana2 list jarang dpt tgk guns n roses di limelight legend album. bole try ;)

    ReplyDelete