Sunday, September 11, 2011

PENYATUAN MUZIK DALAM FILEM

Pengalaman menonton filem-filem bertaraf antarabangsa dapat terlihat akan kepentingan muzik dalam menyatukan jalinan cerita dengan emosi yang membentuk perasaan yang boleh dirasai sama ada dalam asas penceritaan atau pembentukan watak. Kita lihat bagaimana sejarah filem blockbuster Titanic membawa penonton melayang dalam emosi Celine Dion melalui My Heart Will Go On yang menyentuh jutaan penonton Titanic. 

Sejarah awalnya muzik dalam filem atau tepat dipanggil skor muzik berperan menambah ruang kosong di dalam sesebuah visual yang menggambarkan sesuatu babak yang dibikin. P.Ramlee sendiri tidak pernah gagal membentuk nuansa seni dalam penyatuan muzik dan filem-filemnya. Atas alasan itulah kita benar-benar mampu bersatu dengan emosi yang dibentang melalui lakon layar yang dilakukan seniman agung tersebut. Sebut sahaja Madu 3 dan Bujang Lapok siapa sahaja yang tidak pernah dan boleh mengalunkan lagu tema bagi kedua filem tersebut. 

Arkaik perfileman tempatan sekitar 90-an juga merupakan antara era yang paling nyata penyatuan sebenar muzik dalam filem. Antara yang paling dikesan ketika ramai penyanyi mula menjadi nadi kepada perfileman. Sebut saja Erra Fazira, Awie, Ziana malah sekitar 80-an bagaimana kumpulan Search menguasai dunia perfileman dalam beberapa filem tempatan. Pengaruh ini memperlihatkan kepentingan muzik dalam menjadi nadi kepada penceritaan khususnya filem yang berlegar dalam dunia pop. Di awal kebangkitan generasi perfileman indie tempatan dapat dilihat bahawa penggunaan muzik dalam filem-filem mereka agak minimal. Lebih gemar bermain dengan bunyian ambient yang ada dan hal ini sedikit menyuntik elemen yang lebih dark dalam memberi menyampaikan emosi pemeran. Hanya beberapa momen yang penting sahaja dapat kita lihat dan dengar akan bunyian yang menjadi klimaks kepada cerita yang disampaikan. Ini dapat saja dilihat dalam beberapa karya Ho Yu Hang terutama dalam filem Rain Dogs misalnya bagaimana satu scene panjang diadun dengan melodi Sometimes I Feel Like a Motherless Son yang menjadi anthem kepada negro spiritual. 


 Begitu apa pun cara penyatuan yang dibikin oleh pengarah dalam menjalankan filem mereka, tidak siapa boleh menidakkan kepentingan muzik dalam menyatu menyampaikan emosi baik pemeran dalam melangsungkan watak mahupun buat si penulis dalam mencari mood yang sesuai buat jalinan cerita yang ditulis. 

Film is - or should be - more like music than like fiction. It should be a progression of moods and feelings. The theme, what's behind the emotion, the meaning, all that comes later” – Stanley Kubrick 



*Artikel ini boleh dibaca di dalam Maskulin isu Jun'11

No comments:

Post a Comment